ReSePi PaPRiK AyaM

8/16/2013 04:43:00 PM

Assalamualaikum semua.. Masih dalam mood berpuasa.. Jadi apa lagi mengambil kesempatan yang ada untuk berpuasa.. Alhamdulillah dah banyak ari berpuasa.. Disebabkan dah tak tau nak masak apa, kelmarin mendapat ilham masak paprik ayam.. Tak sangka menjadi plak, yelah resepi pun cilok dari internet..

Tapi edit2 la skit ikut kegemaran sendiri dan anak2.. Anak2 lebih sukakan sayur dan kuah dari ayam.. Tuh yang letak sayur banyak skit.. Kalau makan tomyam pun sama, suka makan sayur dan kuah jer lebih..

Ok la jom tengok resepi yang simple mample kat sini.. Kot lepas nih dah tak payah nak beli kat kedai makan, masak sendiri jer kat umah..





Bahan-bahan (4-5 orang)
* 150 gram isi ayam - direbus (saya guna dua ketul ayam yang bahagian isi)
* 1.5 inci halia - diracik halus
* 3 ulas bawang merah - diracik halus-halus (saya guna 1 biji bawang besar jer yang saiz sederhana)
* 1 batang serai - diketuk
* 4 sudu cili boh (saya letak cili giling)
* 5 helai daun limau purut - disiat-siat (saya tak siat pun daun limau purut)
* 6-7 biji cili padi - diketuk (saya guna 3 biji saja sebab cili padi yang ada pedas sangat)
* Kubis bunga
* Kacang panjang (saya tukar guna jagung muda - abiskan sayur yang ada)
* Lobak merah (saya guna sebiji bersaiz sederhana)
* Kicap Cap Kipas Udang - Lemak Manis (korang guna la kicap yang ada di rumah ja)
* Sos tiram
* Garam & Pasti Sedap (atau yang korang suka)

Cara-cara
1. Rebuskan isi ayam dengan kuantiti air yang sederhana.. Saya just bagi tenggelam jer ayam tuh dalam periuk kecil. Tujuan rebusan ini untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. Rebus sekejap jer.

2. Tumis halia, bawang besar dan serai sehingga garing dan berbau wangi. Masukkan cili giling. kacau hingga wangi lepas tu masukkan kicap, garam dan pasti sedap secukup rasa.

3. Masukkan isi ayam yang telah direbus dan juga stok ayam ke dalam bahan-bahan yang telah ditumis tadi. (Kalau inginkan kuah pekat, masukkan sedikit tepung jagung). Kacau dan biarakan selama 2 minit. (Kalau nak tukarkan ayam kepada udang, sotong atau daging pun boleh. Ikut kesukaan korang masing-masing).

4. Selepas itu, masukkan pula daun limau purut, cili padi, kubis bunga, jagung muda dan lobak merah. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali baru dimasukkan sos tiram.


Ok, sudah siap.. Boleh makan sekarang..





You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Sama-sama.. Dah cuba sedap, apa salahnya berkongsikan kan resepi yang ada.. Cubalah resepi nih, mudah dan senang utk disediakan..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti