JaMuaN KeLaHiRaN & ReSePi PuDiNG MaRbLe
8/28/2013 11:15:00 AMAssalamualaikum semua.. Jamuan apa plak nih kan.. Ni lah lebih kurang tajuk surat yang cikgu bagi untuk Kimie dan kengkawan dia yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Julai-Disember..
Memandangkan birthday Kimie kena pada 13 Julai 2013 bersamaan bulan Ramadhan yang lepas makanya kali nih prepare apa yang patut untuk dibawa ke sekolah pada hari ganti sekolah ari Sabtu yang lepas..
Meh la layan hasil buah tangan yang dihasilkan malam sebelum nak bawak kat sekolah.. Oppss terlupa nak snap hasil bungkusan puding marble ngan sumi laici ngan strawberi.. Kalut nak bawak pegi sekolah punya pasal, sampai terlupa nak snap.. Hehehe..
Ni lah hasil Puding Marble.. Buat dua kali tau sebabnya tak cukup.. Hehehe salah kiraan..
Adiah dari cikgu.. Terima kasih Cikgu Nor Aishah..
Inilah rupanya adiah dari cikgu..
Meh nak berkongsi resepi Puding Marble yang terhasil dari tangan sendiri.. Resepi ni pun dikorek dan diselongkar dalam internet.. Sori terlupa plak tuan punya resepi nih, maaf ye tuan empunya resepi.. Ermm lama betoi tak buat puding, nasib menjadi.. Hehehe..
RESEPI PUDING MARBLE
Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
- saya buat semuanya dalam gandaan dua cuma telur saya kurangkan 2 biji untuk gandaan 2 dan sukatan gelas saya guna cawan plastik..
- 2 gelas air
- 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
- 2 Gelas susu segar
- 3 biji kuning telur
- 3 sudu besar mentega/majerin
- 1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)
Cara-cara
- Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
- Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
- Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
- Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.
Apapun puding nih memang sedap laa sesedap rasa.. Tak terlalu manis atau tawar.. Memang sedap.. Kalau nak sedap lagi makan bersama susu duch lady full cream @ susu segar atau pun bersama coklat yang dicairkan.. Boleh dibuat pencuci mulut..
Ok la nantikan entry perihal basikal baru Kimie plak.. Banyak sungguh entry baru nak coret kat sini.. Penat karang citer ngan upload gambar.. Hahaha..
3 comments
Ok MJ ambik resepi, nnti nak try buat.. TQ ye :D
ReplyDeleteu r welcome..cubalah, sedap..nasib first try jd sdap elok..hehehe..
ReplyDeletemudah jer resepinya.. Insya Allah nanti boleh try bila M dah xde.. hehehe
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..