Merdeka Day BBQ Buffet Dinner and Malaysia Day Buffet Lunch | Ixora Hotel

8/09/2019 10:15:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama menghilang, tiba-tiba bulan nih rajin plak menulis. Okay laa, rajin tak rajin hari ini Eyda nak berkongsi satu buffet hidangan yang pastinya mampu menggugat selera anda.

Memandangkan bulan ini merupakan bulan Kemerdekaan makanya pihak Ixora Hotel telah pun menawarkan promosi sempena Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia pada bulan September ini.

Pelbagai hidangan ditawarkan sempena meraikan ulang tahun Kemerdekaan negara kita yang ke-62. Untuk pengetahuan anda, Chef Eksekutif Ixora Hotel Penang, Cheng Ho dan pasukannya telah menyediakan lebih 50 hidangan yang berkonsepkan masakan Malaysia dari pelbagai kaum yang pastinya membuatkan anda rambang mata untuk memenuhi selera anda.

Anda boleh rasai pengalaman hidangan makan malam yang enak ini di The Straits Cafe & Lounge.

Ikan Pari dan Ikan Nyok-Nyok

Bermula dengan hidangan pembuka seperti salad, sup, nasi dan mi. Hidangan ini dihebatkan lagi dengan gerai aksi dan panggang seperti BBQ Whole Australian Lamb, Lamb & Beef Skewers, Garlic BBQ Oyster, Vermicelli Scallops, Skewers Udang, Ikan Pari dan Ikan Nyok-Nyok serta pelbagai menu panggang yang lain.



Hidangan buffet untuk Merdeka Day Buffet Dinner menawarkan pelbagai hidangan yang dipanggang termasuklah BBQ Whole Australian Baby Lamb, Beef Skewers, Garlic BBQ Oyster, Vermicelli Scallops, Ikan Pari dan Ikan Nyok Nyok, Prawn Skewers, Cheese Sasage dan juga pelbagai hidangan sayur panggang.

Beef Skewers dan Lamb Skewers

Skewer Prawns dan Garlic BBQ Oysters

Cheese Sausage dan Vermicelli Scallops

Manakala bagi hidangan buffet Malaysia Day Buffet Lunch menyajikan hidangan seperti Traditional Lemang dengan Rendang Ayam, Penang Char Koey Teow, Yong Tau Foo, Otak-otak,  Roti John, Satay Celup dan pelbagai hidangan lagi.












Merdeka Day BBQ Buffet Dinner
31st August 2019
7.00pm until 10.30pm
Selling price at RM88+ (Adult) and RM58+ (Child)
Promotion : Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before 26th August 2019)



Malaysia Day Buffet Lunch
16th September 2019
12.00noon until 2.30pm
Selling price at RM68+ (Adult) and RM42+ (Child)
Promotion : Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before 10th September 2019)




Kek Hari Istimewa Eksklusif Dari Ixora Hotel 

Selain anda dapat merasai hidangan Merdeka Day BBQ Buffet Dinner dan Malaysia Day Buffet Lunch pihak Ixora Hotel Penang juga telah menyediakan koleksi kek yang ekslusif.

Kek Premium ini menawarkan anda satu pengalaman luar biasa dan ianya sesuai untuk sebarang majlis dan tidak kurang juga sesuai untuk hadiah istimewa yang sempurna.

Koleksi kek ini ditawarkan dalam bentuk potongan dan juga kek penuh seberat 500gm. Anda disarankan untuk membuat tempahan 3 hari lebih awal sekiranya ingin menempah sebiji kek penuh.










Semua kek yang ditawarkan ini memenuhi tekak Eyda, sedap semuanya. Tak rugi kalau anda menempah kek anda di sini.

Antara kek yang menjengah tekak dan perut

Kek Mangolicious yang penuh dengan hirisan mangga

Campuran yang sedap kek Miracle Berries

Seronok bila dapat merasai kek secomel ini. Dah cantik, sedap pula tu.

Anda boleh hubungi di talian 04 382 8888 atau pun e-mail info@ixorahotel.com untuk tempahan dan maklumat lanjut.


Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Merdeka di Ixora Hotel

Berita baik bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang mempunyai minat, pandai mewarna dan melukis. Pihak Ixora Hotel akan mengadakan Pertandingan Mewarna dan Melukis di Ixora Hotel Penang pada 31 Ogos nanti.

Jadi bolehlah anda membawa anak anda bagi memenuhi jadual hari cuti Kemerdekaan nanti dengan menyertai Pertandingan Mewarna dan Melukis ini.



Anda perlu mendaftarkan anak anda sebelum 15 Ogos 2019 dengan bayaran RM20 bagi setiap penyertaan. Anda boleh hubungi pihak Ixora Hotel untuk maklumat lanjut.



You Might Also Like

2 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti