McDonald's Sunway City, Tambun, Perak

4/03/2019 11:44:00 AM


Hari Rabu minggu lepas Eyda bersama anak-anak berkesempatan singgah di McDonalds's Sunway City, Tambun.Yelah, makan-makan isi perut dulu sebelum bawa anak-anak berendam di Lost World of Tambun.

Lokasi yang agak baik kerana penduduk sekitar dapat menikmati menu fast food yang paling hampir tanpa perlu keluar jauh untuk mendapatkan makanan segera.

En. Fairuz duduk di kanan sekali merupakan pemilik fraincais McDonald's Sunway City, Tambun

Setibanya kami di sana, kebetulan dapat berkenalan dengan pemilik fraincais McDonalds's Sunway City, Tambun. Pemilik McDonald's Sunway City, Tambun ini ialah En. Fairuz dan beliau baru berusia 37 tahun. Muda kan pemilik McDonald's Sunway City, Tambun. Beliau telah pun berkahwin dan memiliki 3 orang anak.

Banyak kisah susah payah, jatuh bangun beliau daripada zaman belajar sehingga membuka fraincais McDonald's Sunway City, Tambun nih.

Tak sangka bakat berniaga yang ada dari umur beliau 19 tahun, berterusan sehingga kini. Satu jangka masa yang panjang untuk beliau terlibat dalam bidang perniagaan.

Semasa beliau berumur 19 tahun, beliau dah mula berniaga lebih kepada mencari duit poket ketika belajar di Australia.

Macam-macam cabang berniaga yang beliau lakukan ketika belajar dulu yang majoritinya berkaitan makanan. Makanan ini kebanayakkannya dijual kepada pelajar yang turut berada di sana.

Okay lanjutan daripada persinggahan Eyda dan anak-anak di sana, kami menikmati Hot N' Crispy Chicken dan Smoky Grilled Beef. Tapi Eyda dan anak-anak lebih sukakan Hot N. Crispy Chicken lagi.

Hot N Crispy Chicken

Smoky Grilled Beef

Tidak ketinggalan dapat mencuba desert Chicken Rendang Pie. Rasa Chicken Rendang Pie ni agak sedap, ala-ala karipap gitu. Yelah kulit diluar seperti kulit karipap pusing dan inti di dalam rendang ayam. Cukup rasa rendangnya.



Chicken Rendang Pie

Chicken Rendang Pie

Chicken Rendang Pie

Boleh laa bagi peminat rendang ayam nak mencuba Chicken Rendang Pie nih. Boleh juga mencuba kelainan pie daripada McDonalds.



You Might Also Like

6 comments

  1. wah.. rasa bangga sekejap, muda lagi tuan empunya premis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, terkejut juga bila bagitau umur dia baru 37 tahun. kiranya yang termuda yang menjadi pemilik fraincais McDonalds.

      Delete
  2. wow..sedapnya..lama xmkan mcd..:)

    ReplyDelete
  3. dulu selalu singgah sbb dkt dgn rumah. skrg dh pindah, jarang dh lalu belah sunway city. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ya ka noor atikah, sekarang pindah ke mana?

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti