Tayangan Perdana Filem Hunter Killer

10/25/2018 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 23 Oktober 2018 yang lalu, Eyda mendapat jemputan untuk menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer yang berlangsung di GSC, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Filem Hunter Killer ini merupakan filem penuh dengan pelbagai aksi dan babak yang mendebarkan. Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Gerard Butler, Gary Oldman, Common dan  Linda Cardellini.

 
Filem Hunter Killer ini berkisarkan mengenai Joe Glass yang ditugaskan sebagai kapten kapal selam Hunter Killer untuk menyiasat dan menjalankan misi mencari sebuah kapal selam Tampa Bay milik Amerika Syarikat yang telah hilang daripada radar ketika berada di Lautan Barents, di perairan Rusia.

Hasil pemantauan dan siasatan yang dijalankan, Joe Glass dan kru kapal selamnya mendapati kapal selam USS Tampa Bay tersebut telah diserang dengan torpedo oleh pihak Rusia. 

Malah dalam kejadian itu juga, Joe Glass mendapati ada sesuatu yang pelik berlaku kerana kapal selam Konek milik Rusia turut diserang seperti disabotaj.

Oleh itu, Joe Glass mengarahkan kru kapal selam untuk menyelamat kru kapal selam Rusia yang masih hidup untuk membantu mereka menyiasat mengenai kejadian tersebut.

Selain itu, pihak Amerika juga turut menghantar satu pasukan elit Amerika Syarikat Navy SEAL untuk menjadi pemerhati dan menyiasat di sekitar Pangkalan Angkatan Laut Rusia di Polyarny iaitu kawasan Teluk Kola, Rusia Utara.

Dalam tinjauan tersebut, mereka mendapati Presiden Rusia, Zakarin telah dijadikan tahanan oleh Menteri Pertahanan Rusia, Laksamana Dmitri Durov dan telah membunuh pengawal peribadi Presiden Rusia itu sendiri dalam usaha rampasan kuasa tanpa pengetahuan kerajaan Rusia.

Melalui maklumat ini, pihak Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menjalankan misi menyelamat Presiden Zakarin seterusnya mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Oleh yang demikian, Joe Glass bersama kru kapal selamnya bersama pasukan elit Navy SEAL diarahkan untuk berganding bahu dalam usaha menyelamat Presiden Rusia yang berada di Pangkalan Angkatan Laut Rusia, Polyarny.

Pelbagai ranjau yang perlu dilalui sepanjang perjalanan kapal selam Hunter Killer dan pasukan elit Navy SEAL dalam usaha menyelamat Presiden Zakarin. 

Dapatkah Joe Glass bersama kru kapal selam dan pasukan elit Navy SEAL menyelamatkan Presiden Rusia di Pangkalan Angkatan Laut Rusia, Polyarny?

Mampukah kapal selam Hunter Killer yang dinaiki Joe Glass bersama kru kapal selam melalui pelbagai alat senjata, periuk api dan pengesan sonar yang hebat? 

Adakah usaha Joe Glass dan pasukannya ini mendapat kerjasama yang baik daripada tentera laut Rusia dan kapten kapal selam Rusia, Kapten Adropov untuk membantu mereka dalam usaha menyelamatkan Presiden Rusia itu sendiri? 

Jom sama-sama kita saksikan filem yang penuh aksi dan babak yang mendebarkan selama 2 jam 2 minit ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 25 Oktober 2018.



Terima kasih Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd. dan Ringotail kerana sudi menjemput Eyda untuk turut sama menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer ini.
 
kredit IG @ninvhmd
 
Bagi yang meminati filem aksi sebegini, anda mesti tonton filem ini. Kalau anda nak tahu, Eyda bagi 5/5 bintang untuk filem yang mantap ini. Tidak rugi anda menontonnya. Selamat menonton


You Might Also Like

10 comments

  1. ramai komen kata best, Sally tak sempat nak g tayangan perdana kelmarin...err...sbnrnya malas..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best Sally. siapa yang minat filem aksi memang sesuai sangat tonton filem nih. laa rugi laa Sally tak tengok.

      Delete
  2. Replies
    1. Memang best Shafyqah, kena tengok baru tau tahap menariknya filem nih.

      Delete
  3. Bole inform kt husband sruh p tgk. .. Dia cita2 cm ni minat la. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inform jer kat sesiapa yang minat filem genre aksi macam nih. Cerita nih banyak pasal pertempuran dalam laut. Ada kelainan sikit, biasa kat darat kan. Akak pun antara peminat filem genre aksi.

      Delete
  4. Macam best je Hunter Killer ni. Tapi kalau Qiya tengok movie mesti asyik terkejut je kalau banyak sangat element suspend...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Qiya, banyak pertempuran di dalam laut. Tapi memang banyak babak suspen dalam nih. Apapun tak rugi menonton.

      Delete
  5. nanti nak suruh pokcik pi tgk laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa pokcik mesti suka kan filem nih Murni. Best, tak rugi menonton.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti