Hari Raya Virtual Run 2018

7/25/2018 11:44:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anda salah seorang yang suka berlari dan suka mengumpul medal yang cantik-cantik? Tapi anda memang sukar untuk menyertai acara yang dianjurkan di mana-mana tempat kerana kekangan masa.

Sebenarnya masih ada cara untuk anda aktif berlari sambil mengumpul medal yang cantik dan menarik. Anda juga boleh susun waktu anda sendiri.

Dengan menyertai Virtual Run anda juga boleh mengumpul medal sepertimana orang lain yang menyertai acara larian.

42race

Caranya memang mudah, anda hanya perlu mendaftar larian anda di laman web yang menganjurkan virtual run nih. Salah satunya ialah 42race di laman web ini ada pelbagai virtual run yang boleh anda pilih. Tarikh tutupnya sekitar sehari dua sebelum tarikh larian itu dijalankan, apapun bergantung kepada jumlah pendaftaran yang dibuka.

Setelah anda berlari mengikut tarikh yang ditetapkan, anda perlu menghantar screenshot bukti larian anda tu ke dalam akaun yang dah anda daftar di 42race. Setelah bukti larian anda disahkan, anda hanya perlu menunggu medal anda diposkan ke alamat yang didaftarkan. Mudah bukan.



HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Hari Raya Virtual Run 2018 ini merupakan virtual run pertama Eyda dengan 42race nih. Ianya menarik kerana dengan hanya RM29.90 anda akan menerima medal yang diukir nama anda sendiri pada medal tersebut (ianya hanya dibuka untuk beberapa tempoh yang ditetapkan). Selain itu, anda juga berpeluang untuk cabutan bertuah.

Selain itu, anda akan diberikan e-bib sama seperti nombor bib yang dipakai ketika acara larian. Selain itu, anda akan menerima e-sijil yang mengandungi jarak larian, catatan masa anda dan juga kedudukan anda.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima e-Bib masing-masing


e-Cert yang diberika

Menarik bukan virtual run yang dianjurkan pihak 42race nih.


TEMA VIRTUAL RUN 42RACE

Biasanya pihak 42race mengadakan Virtual Run mengikut tema yang sesuai dengan masa dan perayaan.

Seperti Hari Raya Virtual Run 2018 ini juga dianjurkan mengikut bermulanya tarikh Hari Raya. Biasanya virtual run sebegini pihak 42race hanya mengadakan selama 3 hari sahaja. Kali ini dijalankan selama lebih seminggu.

HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Fakta menarik : Adakah anda anda tahu Hari Raya jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi "Great Day"?

Hari Raya Aidilfitri dirayakan selepas 30 hari berpuasa untuk menandakan kejayaan dengan disiplin untuk berpuasa.

Umat Islam akan berpakaian pakaian tradisional yang cantik dan makanan makanan tradisional seperti ketupat, lemang, rendang dan kuih tradisional serta makanan yang lain.

Rayakan dengan 42race kerana kami menghargai perayaan yang indah ini.

Kalau diikutkan Eyda kurang sihat sepanjang tempoh virtual run ini dijalankan. Bermula dengan batuk dan diikuti selsema dan demam menjelang hari raya.

Tapi memandangkan Eyda dah daftar virtual run nih, makanya Eyda tamatkannya dengan hanya berjalan sahaja.

Alhamdulillah, walupun pace tak bagus, tapi Eyda berjaya juga menghabiskan jarak yang diberikan dalam tarikh yang diberikan.

Pandangan hadapan medal

Pandangan belakang medal


Cantikkan medal dan poskad yang diberikan bersama nih. Medal Eyda ni ada dicetak nama padanya. Lebih bermakna rasanya. Jangan tak tahu, ini bukan satu-satunya virtual run yang Eyda daftar dengan 42race, ada lagi larian lain.

Jom kita sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti berjalan, berlari atau berbasikal. Boleh juga keluarkan peluh dan menjaga kesihatan sendiri.



You Might Also Like

7 comments

  1. waalaikumussalam. menariknya. rugi lah saya baru dapat tahu. kalau lah dapat tahu lebih awal. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik, ehh tak rugi ada lagi virtual run yang lain lagi ni..

      Delete
  2. suka tengok Kak Eyda rajin join event2 cemni.. ada virtual run ni bukan alasan da kan xmo pegi lari. hehehe CT latu slalu kasi alasan ehehek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ke? jom laa join sama CT.. tak larat lari, jalan pun boleh.. asalkan ada bukti larian / jalan kita tu..

      Delete
  3. Medal tu menarik! Ada nama kita, laaagilah rasa best =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak medal menarik yang 42race keluarkan. ya part ada nama sendiri tu rasa best dan bermakna sangat.

      Delete
  4. eyda. aida baru jap register.
    just nak google pengalaman kawan2.
    jumpa eyda punyer medal raya nih !!! ohsem...
    aida akan start join next week in shaa Allah.

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti