Semakan Pendaftaran Calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Sesi 2018

4/05/2018 07:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, sekarang telah pun memasuki suku kedua tahun 2018. Makanya peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Sesi Akademik 2018 pun makin menghampiri.

Apapun masih banyak masa lagi iaitu 6 bulan lagi sebelum peperiksaan UPKK tahun 2018 ini. Walaubagaimanapun kita sebagai ibu bapa perlu memastikan anak-anak kita layak atau tersenarai dalam sebagai calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Sesi Akademik 2018.

Kita sebagai ibu bapa juga boleh menyemak sendiri pendaftaran anak kita yang akan menduduki peperiksaan UPKK pada tahun ini. Sekurang-kurangnya kita boleh menyemak dan membetulkan sekiranya ada kesilapan maklumat yang telah dimasukkan.



Untuk semakan pendaftaran calon ini, anda boleh melayari laman web SEMAKAN PENDAFTARAN CALON UPKK 2018



Semakan ini bermula 1 April hingga 15 April 2018 sahaja. Anda hanya perlu masukkan no mykid anak-anak untuk menyemak pendaftaran calon ini.

Eyda dah semak untuk anak Eyda. Korang pun bolehlah juga semak untuk anak korang pula.


You Might Also Like

4 comments

  1. sekarang online je dedulu manual :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman teknologi laa katakan Misdiarios.. semua nak cepat dan mudah, hanya di hujung jari..

      Delete
  2. Tq pengkongsian ni kak.. Boleh sharing dekat sesiapa yg xtaw lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome Ekin.. itulah tak semua orang tahu, ini pun ustazah anak yang share kat whatsapp..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti