Gelugor Power Run 2018

2/15/2018 04:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru nak mula bercerita alkisah larian untuk tahun 2018. Padahal dah sebulan setengah kita di tahun 2018 kan.

Maaflah bila kesibukan kerja hakiki disambut dengan kemalasan nak transfer dan edit gambar melanda memang agak lambat untuk sesebuah entry tu disiapkan.

Hari ini dengan kekuatan yang ada, Eyda cuba siapkan walaupun agak ringkas entry kali ini. Tahun 2018 ini Eyda mulakan dengan larian Gelugor Power Run 2018. Agak cantik baju larian kali ini.

Di pagi hari Ahad, 7 Januari 2018 yang lalu. Eyda menyertai larian Gelugor Power Run 2018 kategori 5 km fun run.

Memandangkan bukanlah agak awal Eyda sampai, nampaknya Eyda terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari tempat program tersebut.

Berpeluh jugak menapak ke tempat program tesebut. Memang awal-awal pagi lagi dah bakar kalori. Sampai saja ke tempat acara, apa lagi posing dulu. Ehh ada juga yang menumpang posing kat belakang tu.



Selesai saja acara berlari, acara zumba pula mengambil tempat. Silalah berzumba ya. Eyda tak berzumba sebab tak reti dan kalau ikut sekali pun silap step mau sakit badan nih.


Posing bersama medal, tak sah kan klu tak posing. Tapi ikut mood juga, klu tak ada mood memang gambar pun tak banyak.

Kali ini Eyda memakai seluar larian yang baru. Seluar dari ididactivewear Eyda beli Easy Fit 2.0 Skirtpant. Selesa sangat pakai seluar tu.

Easy Fit 2.0 Skirtpant
Material: 86% Nylon,14% Spandex

Gaya anggun dan keselesaan yang luar biasa! Skirtpant yang kemas dan menyerlahkan penampilan 
Adjustable drawcord, pinggang boleh laras
Kemasan jahitan flat lock yg kukuh
Gusset pants design ' gusset ' adalah kain tambahan di kawasan kelangkang seluar yang membuatkan pergerakan kaki lebih selesa
Tiga(3) pocket serbaguna di kiri, kanan dan di pinggang seluar
Design terkini, minimal
Skirt kuncup dgn belahan sisi kiri


Cantik medal larian Gelugor Power Run 2018 nih sebabnya berbentuk baju tshirt. Kombinasi warna yang digunakan juga cantik dan menarik.


Sedap juga air tenaga Warrior perisa strawberi nih. Memang betul-betul rasa strawberi. Kalau nak minum air nih pastikan habiskan ya. Sebabnya diaorang akan buka tin nih, jadinya memang kena minum air nih sampai habis.


Alhamdulillah berjaya tamatkan larian ini di bawah sejam. Memang catatan yang agak baik, walaupun bukanlah yang terbaik. Larian ini juga melibatkan sedikit berbukit sekitar Tesco.


Ini merupakan larian yang pertama Eyda di tahun 2018. Masih banyak larian yang telah pun Eyda sertai dan daftar buat masa sekarang. Tak sabar nak cerita semua larian Eyda dan juga berlari untuk event yang telah didaftarkan.


You Might Also Like

4 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti