Larian Dibatalkan Kerana Banjir Di Pulau Pinang

11/07/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah cuaca di Pulau Pinang nampaknya semakin baik. Banyak kawasan yang dah surut sepenuhnya dan tidak ketinggalan masih ada kawasan yang masih digenangi air.

Keadaan banjir

Keadaan banjir

Keadaan banjir

Keadaan banjir

Di kawasan tempat kerja Eyda masih ada tempat lagi yang ditutup jalan ke kawasan tersebut, berikutan air belum surut sepenuhnya. Hari ini, Eyda pun terpaksa gunakan laluan alternatif yang lain bagi mengelak melalui jalan yang ditutup. Moga cuaca yang cerah hari ini membantu proses surut air banjir ini.


LARIAN DIBATALKAN

Pada 5 November 2017 yang lalu, Eyda ada daftarkan diri dalam satu larian. Tapi akhirnya ia dibatalkan atas faktor keselamatan, banjir dan nasihat pihak atasan.

Hal ini kerana ada berlaku ribut dan banjir di kebanyakkan tempat yang terlibat dengan larian pada malam sebelum larian.

Makluman di dalam Facebook rasmi acara

Sepatutnya Eyda sertai larian Province Wellesley Run 2017 ini, tapi ianya dibatalkan atas faktor keselamatan dan banjir yang berlaku.

Pagi di hari larian, Eyda berasa tak sedap hati memandangkan hujan masih turun dengan lebat. Jadinya Eyda mengambil keputusan untuk semak email dan facebook rasmi acara memastikan sama ada acara diteruskan atau dibatalkan.

Nasiblah Eyda semak dulu yang acara ini dibatalkan. Bila tengok gambar di bawah ini, memang teruk keadaan di Padang Pemuda, Bagan Luar, Butterworth berikutan ribut yang berlaku pada malam sebelum acara. 

Kawasan permulaan dan tamat larian Province Wellesley Run 2017

Kawasan permulaan dan tamat larian Province Wellesley Run 2017

Pihak penganjur bersama YB Phee boon Poh

Memandangkan acara Province Wellesley Run 2017 terpaksa dibatalkan, jadinya makanan seperti roti dan air yang sepatutnya diberikan kepada 3000 peserta acara disalurkan kepada mangsa banjir di Bukit Mertajam.

Alhamdulillah tak membazir makanan dan minuman yang telah disediakan untuk para peserta kerana ianya menjadi rezeki mangsa banjir.


Pada tarikh yang sama turut ada dua larian yang terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama iaitu KPJ Penang's Just Run 2017 di KPJ Penang dan Occupy Beach Street di Jalan Pantai, Pulau Pinang.

Makluman di dalam Facebook rasmi acara

Makluman di dalam Facebook rasmi acara

Keadaan banjir di Pulau Pinang kali ini antara yang terburuk pernah direkodkan. Ada kawasan yang tidak pernah terlibat dengan banjir turut sama terkena tempias kali ini.

Moga air banjir ini kembali surut sepenuhnya dalam sehari dua ini dan mangsa banjir tabah menghadapi ujian dan dugaan ini. Aamiin.


You Might Also Like

4 comments

  1. semoga mangsa banjir terus kuat dengan ujian ni. be safe everyone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang diharapkan, ada juga staf yang kena banjir teruk sehingga paras bahu..

      Delete
  2. Banjir teruk eh tahun ni..umah eyda x kena?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, banjir paling teruk di Pulau Pinang.. Alhamdulillah rumah di sempadan Pulau Pinang tak terjejas, cuma jalan nak ke pejabat yang terjejas..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti