SP Half Marathon 2017

9/29/2017 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aktviti sihat Eyda disambung kembali dengan aktiviti berlari. Aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak.

Untuk kali ini, aktiviti berlari Eyda ini terpaksa bergerak agak perlahan bagi mengikut anak-anak yang turut sama sertai aktiviti berlari. Kiranya agak santai aktiviti kali ini.


SP HALF MARATHON 2017

SP Half Marathon 2017 ini merupakan tahun ke 4 penganjurannya. Kali pertama acara ini dianjurkan pada tahun 2014. Acara ini kini menjadi acara tahunan dan ianya diadakan pertengahan bulan September setiap tahun.

SP Half Marathon ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Half Marathon (21 km), 12 km dan Fun Run 5 km. Bagi kategori Half Marathon ianya terbuka kepada peserta daripada negara luar. Manakala kategori Fun Run pula banyak disertai oleh pelajar sekolah.

SP Half Marathon 2017 ini sepatutnya dijadualkan diadakan pada 16 September 2017. Ianya terpaksa ditangguhkan ke 23 September 2017 berikutan kemangkatan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 September 2017.

Berikutan kemangkatan Sultan Kedah, sebarang acara keraian, keramaian terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan selama seminggu. Oleh yang demikian, semua acara terpaksa dilakukan selepas 17 September 2017.

Disebabkan itu, pihak penganjur SP Half Marathon 2017 menukar acara ini ke 23 September 2017. Walaupun ianya ditangguhkan, sambutan yang diterima daripad para peserta juga amat baik.

Tidak dinafikan ada yang tidak dapat menyertai acara ini kerana pertindihan tarikh dengan acara lain yang telah didaftarkan pada tarikh yang sama.

SP Half Marathon 2017 ini juga menampilkan peserta daripada luar negara. Kiranya acara ini tidak hanya tertumpu pada peserta dari dalam negara sahaja.

Seperti biasa pemandangan sekitar acara berlangsung akan Eyda rakamkan untuk simpanan dan kenangan buat Eyda.

Dapat memegang medal antara salah satu terapi buat diri Eyda, disamping untuk aktif dan sihat. Inilah salah satu cara untuk Eyda mengisi masa dihujung minggu yang mampu memberi kepuasan untuk diri sendiri.

Dapat juga posing di sini

Bila acara larian berlangsung di hari anak bercuti, Eyda akan dedahkan anak-anak dengan aktiviti sihat ini. Lagi pun anak-anak pun memang teruja nak turut sama sertai larian atau jalan seperti ini.

Sebelum acara bermula, posing dulu sementara muka masih segar bugar

Cantik pula gambar jam di Dataran Sungai Petani nih, dilimpahi cahaya lampu jalan.

Dataran Zero, Sungai Petani

Berdebar nak mulakan acara larian walaupun hanya banyak berjalan di sepanjang laluan sepanjang 5 km sambil menemani Izzat dan memberi semangat untuk dia habiskan acara.

Tempat permulaan dan akhir acara larian SP Half Marathon

Selfie lagi, banyak sungguh masa sementara nak menunggu acara Fun Run 5km bermula. Yang baju warna ungu tu mewakili pelajar sekolah berumur di bawah 17 tahun ya.

Selfie lagi

Inilah satu-satunya gambar bersama anak bujang Eyda, Izzat yang sempat dirakamkan semasa acara berlangsung. Memang nampak santai sangat kan.

Selfie dengan si abang Izzat

Izzat muka dah tak manis, asyik ajak nak balik jer. Nasib laa sempat juga berposing beberapa keping gambar di sini.

Selfie satu keluarga

Jenuh nak tunggu orang tak ada di belakang tu, inilah antara gambar yang agak lengang dari orang. Hehehe.

Selfie lagi, asyik ada orang jer duduk kat situ

Nak selfie juga dengan medal ke 12 pada tahun ini. Nampaknya makin bertambah koleksi medal Eyda. Nanti hujung tahun Eyda tunjuk semua koleksi medal yang telah berjaya dikumpulkan.

Alhamdulillah berambah lagi medal
Nasib baik sijil ni diletakkan di dalam plastik. Masa kami terima goodies bag, bahagian bawah beg sedikit basah, mungkin sebab terkena tempias hujan di awal pagi sebelum acara dimulakan.

Medal dan sijil penyertaan

Catatan masa yang hampir menyamai catatan masa berjalan Penang Starwalk 2017 yang lalu. Nampak sangat banyak berjalan dari berlari.

Catatan masa yang hampir menyamai catatan masa Penang Starwalk 2017

Untuk acara akan datang, Eyda nak lari seperti biasa. Kepuasan berlari itu pasti terasa bila dapat berlari mengikut target masa yang telah ditetapkan buat diri sendiri.



You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. seronok sangat bila join 1 family macam nih.. boleh juga sihatkan badan bersama dengan lakukan aktivit sebegini..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti