Hari Ini Dalam Sejarah | Runtuhan Terminal Feri Sultan Abdul Halim

7/31/2017 11:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Masih ingatkah anda dengan tragedi runtuhan Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth 29 tahun yang lalu?

Bagi yang berumur sekitar 40 tahun ke atas mungkin mengingati kejadian ini. Bagi yang muda mungkin tidak mengetahui mengenainya.

Jika anda tidak mengingati atau tidak mengetahui mengenainya peristiwa itu, apa kata Eyda cuba imbas kembali peristiwa yang berlaku itu.


RUNTUHAN TERMINAL FERI SULTAN ABDUL HALIM

Pengkalan Sultan Abdul Halim yang berada di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang runtuh. Kejadian ini berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana panik itu telah menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.

Gambar ketika kejadian

Runtuhan ini melibatkan laluan kiri jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim. Walaubagaimanapun, laluan kanan jambatan terminal masih boleh digunakan. Memandangkan ketika itu, Jambatan Pulau Pinang telah pun beroperasi, maka ramai pengguna telah beralih kepada Jambatan Pulau Pinang yang jauh dan lebih cekap.


PUNCA KEJADIAN

Runtuhan terminal feri Sultan Abdul Halim ini berpunca daripada dua perayaan yang disambut secara serentak pada 31 Julai 1988 tersebut.




Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Andul Halim yang melibatkan sekitar 10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988.

Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir meraikannya kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta ketika itu.

Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut agama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi hari Ahad dan pada petangnya mereka bergerak menuju ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keagamaan Buddha.

Kesesakan di Jambatan Pulau Pinang

Kebiasaan pada hujung minggu, ramai yang memilih ke pulau untuk menikmati keindahan selat Butterworth, menikmati keindahan matahari merah terbenam dan seterusnya berjalan kaki ke Padang Kota. Disebabkan itu, Jambatan Pulau Pinang yang telah dibuka pada 1985 itu tidak dapat menampung terlalu banyak kenderaan awam.

Kesesakan jeti

Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.

Mangsa

Seramai 32 orang mati dan pada masa yang sama mencederakan 1,674 orang. Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.

Berita pengkalan feri runtuh ini telah disiarkan melalui Berita Utama TV3 jam 8.00 malam.


Sumber disunting daripada Wikipedia


You Might Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum Eyda, masih kaknoor ingat trajedi ni, nasib baik kaknoor dah meninggalkan Penang 3 tahun sebelum tu, kalau tak memang dok ulangalik naik ferri ni lah hari2 seram lah kalau difikirkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak Noor.. nasib kak Noor dah berpindah kan, kalau tak mungkin kak Noor pun antara penumpang yang terlibat.. memang seram, kecoh juga masa tu.. antara tragedi terburuk yang berlaku..

      Delete
  2. assalamualaikum,

    wahhh sejarah yg Ana baru tahu ni.
    terima kasih sharing kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Anamizu.. pengetahuan atau sejarah yang makin dilupakan patut dikongsikan, walaupun ianya hanya pencarian di laman google.. moga generasi akan datang mengetahui sejarah sebegini..

      Delete
  3. Replies
    1. tak ramai yang tahu tentang sejarah lampau.. jika ianya tidak diceritakan semula, boleh luput dari ingatan generasi akan datang..

      Delete
  4. wow..SA ingat rasanya..masa ni memang tertunggu2 citer sebab SA mmg suka mengikuti perkembangan kejadian yang besar2 macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masa tu, banyak berita mengenainya di tv.. semua orang tertunggu-tunggu mengenai peristiwa ini..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti