Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017

4/03/2017 10:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak bercerita sesuatu yang ada kaitan dengan rupa baru blog Eyda. Ianya memang berkait rapat dengan diri Eyda sekarang.

Alhamdulillah semalam Eyda dah berjaya menyertai aktiviti ke 6. Eyda banyak sertai pelbagai jenis aktiviti seperti larian, mendaki dan berjalan untuk tahun 2017 ini. Sehingga kini Eyda dah berjaya mengumpul 5 medal.

Banyak kan? Memang tak sangka, bila tiba-tiba mood untuk sertai lebih banyak larian meresap dalam diri. Eyda sekarang nih pantang jer buka satu blog yang ada senarai acara larian, mau ada yang tersangkut untuk daftar.

Cerita pasal macam mana Eyda boleh terjebak dalam aktiviti larian bagai nih, nanti Eyda tulis ya. Hari ni nak cerita pasal walk semalam.

Sebenarnya aktiviti semalam tu tercetus bila aktiviti zumba yang dibuat setiap hari Ahad pertama setiap bulan sempena MPSP Car Free Morning mendapat sambutan penduduk setempat. Bagi memberi kelainan, maka aktiviti walk dan ride ditambah daripada aktiviti zumba yang dibuat setiap bulan.

Banner mengenai Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017 sempena Hari Kesihatan Sedunia 2017 dengan tajuk "Depression : Let's Talk"


Berpagian di perkarangan Jalan Todak 2, Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Yeay dah sampai ke garisan penamat. Lengang kan. 


Dah sampai tu, boleh sertai zumba yang sedang berlangsung. Habis kalori dibakarnya.


Jangan tak tahu, YB Seberang Jaya pun sertai acara berbasikal dan YDP MPSP sertai aktiviti zumba.


Bagi merekodkan setiap aktiviti, Eyda menggunakan aplikasi Runkeeper. Aplikasi ini dapat merekodkan jarak, masa, purata setiap 1km dan kalori yang dibakar sepanjang aktiviti dijalankan.

Laju la plak tengok rekod Eyda berjalan nih. Macam tak percaya rekod berjalan. Selalu lari / jalan dengan anak-anak hancur lebur rekod nih.
 

Kenangan menyertai Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017. Medal dan nombor bib.


Eyda siap buat tempat gantung medal dan nombor bib kat dalam bilik di rumah Eyda. Bukan koleksi peribadi Eyda sahaja, malah koleksi anak-anak pun Eyda simpan bersama.

Seronok bila sertai aktiviti macam ni, dapat juga menyihatkan badan, kalau rasa tak mampu nak lari, jalan pun okey. Untuk permulaan sertai Fun Run sekitar 5km, tak perlu banyak lari, mulakan dengan sedikit larian selang seli dengan berjalan. In shaa Allah, nanti korang mesti seronok nak sertai lebih banyak larian. Buat setakat mampu, jangan paksa diri ikut orang yang mempunyai stamina yang bagus tau.


You Might Also Like

14 comments

  1. lovely entry with beautiful photos. Your writing poroves that activity is another good way to make us busy. I believe that activity is not an option but a must and that is one of the ways to build a healthy body.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks you en.adam. yes, i agree with your opinion.

      Delete
  2. wah..seronok tu, aktiviti sihat. kite pun nk try 'lari-lari' jugak ni, tapi belum sangkut lagi. insya-Allah, nk mula dgn larian yang paling pendek dulu..3 km kot..hiihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya seronok tau Dieyana. cuba laa dengan 3km, tapi jarang ada 3km ni. anak-anak Eyda pun banyak join fun run.

      Delete
  3. belum lagi sempat nak join mana2 run
    date x available sllu sabtu keje..ahad lak anak kecik xdak sapa jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fun run, boleh jer usung anak kecil.. masa Eyda lari yang kat Alor Setar tu, ada sorang tu husband dia tolak stroller anak, husband ngan wife lari sama-sama..

      Delete
  4. Wahh.. bukan shj menyihatkan, tp acara pun nampak sgt meriah.. best2 :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. di situ setiap hari Ahad minggu pertama selalunya ada zumba, mulai bulan ini dia cuba perbanyakkan aktiviti dan acara untuk menambahkan kemeriahan hari tanpa kereta..

      Delete
  5. Suka tengok Eyda join aktiviti2 begini. Sebenarnya memang once dah sangkut, akan rasa seronok dan addicted kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Farrah.. yup memang dah addicted dan seronok nak sertai lebih banyak acara sebegini..

      Delete
  6. Bila dapat join acara gini untuk sihat.. Buat kan rumah sorg2 x berjalan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat join anjuran sebegini, ekin boleh mulakan dengan jalan secara laju/cepat atau joging di kawasn yang dekat rumah ekin..bagus untuk mulakan dengan aktiviti sihat walaupun berhampiran rumah..

      Delete
  7. alahaii bestnye kak eyda..
    kalau ayu dekat ni rase da join kak eyda da ni..
    ayu suke tapi xde geng..
    campur dgn firash plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best ni ayu.. akak sekarang redah jer, ada geng ke tak.. macam walk atau fun run, okey jer kalau nak bawa anak-anak klu rasa ok..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti