Ubi Kemili

2/12/2017 04:31:00 PM


Siapa yang tahu dan kenal rupa ubi kemili? Siapa pula yang suka makan ubi kemili?

Kalau yang tak tahu rupanya, meh Eyda belanja gambar ubi kemili yang dah direbus.



Minggu lepas, Eyda sempat menjamah ubi kemili nih di pejabat. Lama benar Eyda tak makan ubi kemili. Sedap tau ubi kemili nih, kalau dah mula makan, fuh susah betul nak berhenti.

Ubi kemili nih sebenarnya dibawa oleh rakan pejabat dan direbus oleh kak cleaner. Rajin betul laa diaorang, sekurang-kurangnya dapat juga Eyda menjamah ubi nih kan.

Kalau ikutkan Eyda tak rasa nak buat pun sebarang entri hari ni. Tapi bila terpandangkan gambar nih dok dalam galeri handphone, terus mencetuskan idea untuk menulis. Dapat juga kikis mood malas menulis entri.

Okey lah, Eyda nak sambung rehat. Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ini dan selamat bertugas bagi yang bekerja.



You Might Also Like

20 comments

  1. Replies
    1. Ubi keling? 1st time dengar ubi ni orang panggil ubi keling.. tu la kan, satu-satu benda adakalanya ada pelbagai nama.. thanks sudi share nama lain untuk ubi kemili ni..

      Delete
    2. Kak nor sama la dgn ekin panggil ubi keling gak beli sokmo dekat stesen bus kb nuh mokcik hok jual situ siap kenal Hahahahaha

      Delete
  2. Lama betul tak makan ubi ni,..susah nak jumpa. Tapi memang kalau dah makan, dok mengadap je sampai habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa nih, kes lama tak jumpa.. tau tak pa, kalau dah mula makan, susah nak stop..

      Delete
    2. Memang susahhhh! Alang2 susah jumpa,..makan sampai licin!

      Delete
  3. selama ni xtau pulak nama ubi ni. cuma kalau nak beli tu, mmg prefer ubi kecik2 comel camni heheeh. sedap pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa ada yang tak tahu namanya.. saya selalu tak tahu nama ulam-ulaman, tau makan jer..

      Delete
  4. ekin panggil ubi keling hahahhaha.. aduhhh ma suka sangat ubi ni.. masa keje kelate dulu.. mesti wat balik ubi keling n ubi keladi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan ekin, lain tempat lain namanya.. ya ka, ma ekin suka.. ekin suka tak?

      Delete
    2. Ha ah ma suka.. Ekin suka gak kak.. Ma memey suka ni wat balik kat dia senyum sokmo masa tu keje kat kb balik keje dgn bus duk beli kat situ la sokmo..

      Delete
  5. Siqah tak pernah dengar pun ubi nie 😅

    ReplyDelete
  6. aida x pernah tgk.
    and x pernah makan rasa nyer eyda :)

    ReplyDelete
  7. ohhh ubi kemili ke nama dia. kira selalu jumpa dekat pasar

    ReplyDelete
  8. lama tak makan sebab tak jumpa org juai

    ReplyDelete
  9. ayu sejak dok kelantan baru ayu tau ade byk jenis ubi selain ubi kentang ubi keledek ubi kayu dgn keladi..
    ehh keladi spesis ubi ke ea?

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti