Majlis Kempen Pelancaran Bufet Ramadan dan Pengedaran Bubur Lambuk Percuma oleh The Light Hotel

6/03/2016 04:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah semalam telah pun berlangsung Majlis Kempen Pelancaran Bufet Ramadan dan Pengedaran Bubur Lambuk Percuma oleh The Light Hotel.


Majlis ini telah disempurnakan oleh Charmain The Light Hotel, En. Azhar Mohammad. Majlis ini merupakan Program CSR The Light Hotel bersama dengan Rapid Penang.





Di dalam program ini, pihak The Light Hotel telah mengedarkan sebanyak 1500 bekas bubur lambuk kepada sesiapa yang melalui hadapan The Light Hotel sekitar jam 4.30 petang sehingga 5.30 petang semalam.





Selain itu, pihak pengurusan dan kakitangan The Light Hotel bersama media menaiki bas Rapid Penang  singgah ke Tesco Seberang Jaya untuk mengedarkan bubur lambuk ini.



Untuk pengetahuan semua, majlis ini telah pun memasuki tahun kedua penganjurannya.. In shaa Allah, ianya akan diteruskan lagi di tahun akan datang.

Inilah antara barisan kakitangan The Light Hotel yang terlibat dalam Pengedaran Bubur Lambuk Percuma semalam..




Inilah rupanya bubur lambuk yang diedarkan semalam. Walaupun nampak kering, tapi ianya memang sedap. Alhamdulillah dapat juga Eyda dan anak-anak merasainya.. 




Bagi yang ingin merasai kelazatan bubur lambuk ini, korang kenalah berbuka di The Light Hotel. Pakej yang ditawarkan pun menarik. Untuk melihat antara menu yang disediakan dan juga tempahan, anda boleh baca di SINI..


Lokasi The Light Hotel




The Light Hotel

Lebuh Tenggiri 2, 
13700 Seberang Jaya, 
Pulau Pinang



You Might Also Like

9 comments

  1. Wahh seronok ni... pasti makin terasa mood Ramadan waktu sertai program ni... menarik... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terasa laa sebab staf hotel siap pakai baju kurung dan baju melayu lagi.. macam nak raya ja suasananya..

      Delete
  2. Selamat berpuasaaaa ! puasa penuh ye... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa buat Zaf juga.. In shaa Allah kalau tak tergelincir cuti bulanan.. hehehe..

      Delete
  3. selamat berpuasa untuk akak and anak2...

    ReplyDelete
  4. Semoga murah rezeki yang memberi..

    ReplyDelete
  5. Nak sikiiity.
    Saya suka sangat bubur lambuk ni.

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti