Chefmanship Akademi Di Pulau Pinang

11/24/2015 02:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak cerita pasal Chefmanship Akademi yang membuat penampilan di Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga 2015 pada 21 November 2015 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.



Untuk pengetahuan semua, Unilever Food Solution (UFS) telah melancarkan Chefmanship Academy (CA) pertama di Pulau Pinang untuk membuka jalan kepada pengendali makanan agar mereka boleh berjaya di dalam industri makanan..

Chefmanship Akademi (CA) adalah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan menjadi chef yang lebih baik dengan penekanan kepada keusahawanan pintar.

Pengarah Urusan, UFC Malaysia, En. Matt Wilke berkata bahawa CA merupakan sebahagian Pelan Kehidupan Lestari Unilever dengan objektif untuk meningkatan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat kebersihan di Malaysia.

Bukan itu saja, matlamat mereka juga bertumpu dalam usaha untuk menangani kejadian demam kepialu, leptospirosis (pencemaran kencing tikus), cirit-birit dan keracunan makanan.

Selain itu, UFC telah terlibat dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT di seluruh Malaysia sejak tahun 2013 dengan hanya 400 pengendali makanan yang terlibat ketika itu. Sehingga kini, banyak PBT yang terlibat dengan UFC dan yang terkini Majlis Bandara Pulau Pinang (MBPP).

CA merupakan inisiatif pertama oleh pihak perkhidmatan makanan di negara ini yang telah mendapat penyertaan melebihi 43,000 pengendali makanan.

Selain itu, sesi ini juga membolehkan pengendali makanan memperoleh pemahaman lebih terperinci supaya mereka dapat meningkatkan pengendalian makanan dan menjimatkan masa, operasi dalam menghadapi cabaran penambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Program ini juga memperkenalkan kita dengan produk yang berada di bawah keluaran Unilever. Banyak sebenarnya produk Unilever yang kita boleh gunakan di dalam masakan kita seharian seperti Pasti Sedap, Chicken Stock, Lime Seasoning Powder dan Planta di dalam masakan kita di samping kita dapat menjimatkan wang jika menggunakan bahan tambahan yang lain.

Menu yang menggunakan produk Knorr keluaran Unilever

Di booth Chefmanship Akademi ini, ada diadakan demo masakan.. Seorang ahli Blogger Utara diberi peluang untuk masak bersama Chef Yang Ibrahim..

Chef jemputan Blogger Aryshafayyadh


Khusyuk memasak

Selepas sesi demo memasak


Ayam masak kicap




Selepas sesi food testing, penerangan dan demo masakan.. Kami bergambar bersama MD Integrated Public Relation, Mr. Thong, PR Mr. Raymond, Ms. Angeline Mah dan Chef Yang Ibrahim.




Tidak dilupakan sesi bergambar bersama ahli Blogger Utara yang turut sama memeriahkan program tersebut.





Lastly, gambar tuan tanah.

Food testing

Bersama Blogger Murni Alysa


Untuk mendapatkan inspirasi resipi, teknik pengendalian produk, informasi terkini dan banyak lagi, anda boleh layari UFC atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan di 03-22462288






Gambar kredit group #bloggerutaraofficial



You Might Also Like

16 comments

  1. hopefully ada next event dari UFS
    #kipidap
    #bloggerutara
    mmg sempoiiiiii baq hang

    ReplyDelete
  2. wow... merahnya event UFS... yg ptg makan.... hehe

    ReplyDelete
  3. i suka jus limau dengan mash potato dia..sedap!!!

    ReplyDelete
  4. okey ! kalau ada event by UFS lagi, kena join..macam best ja...

    ReplyDelete
  5. Amboi kak eyda.. tu food testing ke?? Cam x testing jer.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ehehe lastly gambar tuan tanah harusla kena ada kan Kak Eyda =D

    ReplyDelete
  7. thorbaek la.. nasib baik saya ada hal.. kalau x mesti serbu sekali.. hehehe

    ReplyDelete
  8. menarik.....untung kak sya dpat jadi chef ya...

    ReplyDelete
  9. gambar tuan kenapa bawah sangat hehee....

    ReplyDelete
  10. wow best nyer. byk aktiviti BU ye, eyda.
    tahniah...
    comel tuan tanah :)
    next week aida ke penang 3 mlm.

    ReplyDelete
  11. happening semua.. muka ceria2. hahah
    kak sha msak sedap ke. hahah

    ReplyDelete
  12. meriahhhhhhh sangat tengok. tumpang hepy sekali hihihi

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti