Penang Hop On Hop Off

10/21/2015 10:45:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sihat? Eyda Alhamdulillah suara makin baik.. Harap tak akan terkesan laa dengan cuaca jerebu yang kembali teruk melanda negara..

Pernah dengar Penang Hop On Hop Off? Ala bas dua tingkat, yang tingkat atas tak ada bumbung tuh macam kat gambar bawah nih.. Ala-ala bas kat luar negara lagi..



sumber

Sekarang ia telah ada di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.. Inilah tarikan terbaru yang ada di Pulau Pinang iaitu bas Penang Hop On Hop Off..

Di Pulau Pinang, bas nih menawarkan dua laluan yang berbeza iaitu laluan Bandar (City) dan laluan Pantai (Beach).. Makna kata boleh pusing hampir separuh Pulau Pinang..

Meh Eyda kongsi sikit maklumat berkaitan waktu perjalanan, laluan dan harga tiket bas Penang Hop On Hop Off nih..

Laluan bas Penang Hop On Hop Off

Hentian bas Penang Hop On Hop Off

Kita juga boleh memilih untuk menukar hentian seperti di bawah..




Dah citer sedikit sebanyak pasal laluan Penang Hop On Hop Off.. Harga tiket belum kongsi kan.. Okey, buat masa sekarang Penang Hop On Hop Off ada menawarkan harga promosi iaitu hanya RM5.. Tapi korang kena laa isi secara Online..

Tawaran tiket RM5 nih sah sehingga 30hb November 2015 bagi semua pemegang MyKAD.. Percuma bagi kanak-kanak berumur 5 tahun..

http://www.myhoponhopoff.com/pg/promotion/rm5/
PROMOSI


Harga tiket bagi yang walk in atau beli terus iaitu RM19 bagi Dewasa dan RM12 bagi Kanak-kanak/OKU/Pelajar.. Eyda cadangkan baik beli online jer.. Lagi murah dan menjimatkan..

Harga tiket juga ada untuk 24 jam dan juga 48 jam.. Boleh pilih, jika ingin gunakan perkhidmatan ini untuk sehari atau dua hari..

Harga tiket Penang Hop On Hop Off

Penang Hop On Hop Off juga ada menawarkan harga sebanyak 50% untuk pembelian kali kedua.. Sah sehingga 31 Disember 2015..

 

 
Waktu operasi bas Penang Hop On Hop Off nih iaitu dari 9 pagi hingga 8 malam setiap hari.. Jadual perkhidmatan bas ini sekitar setiap 20-30 minit.. Jadinya hampir setiap 20-30 minit akan ada bas ini melalui hentian yang ada..

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor di bawah atau layari laman web Penang Hop On Hop Off..




Jom sesiapa yang tinggal berhampiran Pulau Pinang atau yang merancang nak bercuti di Pulau Pinang mencuba perkhidmatan baru yang disediakan nih..

Eyda tengok ramai pelancong yang dah menggunakan perkhidmatan Penang Hop On Hop Off nih.. Boleh jugak kita ronda-ronda sambil menikmati pemandangan sekitar Pulau Pinang..



You Might Also Like

21 comments

  1. Best dapat sight-seeing naik HOHO ni. Pernah baca kat blog SYM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Farrah.. ya SYM pernah review HOHO nih..

      Delete
  2. best juga ni kalau ada kat ipoh tp xde kwsn syiok sni.ahaha

    ReplyDelete
  3. Yayyy..tak sabar nak naik..jumpa nanti! =D

    ReplyDelete
  4. cuaca sekrang macam xbest nak jalan2 dgn bumbung tak da tu.. Harga RM5 tu utk sekali baik ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rasa tak syok dengan cuaca sekarang.. ya dia untuk 1 hari perjalanan.. kiranya p balik laa..

      Delete
  5. entri prelude saya banyak ambik "inspirasi" dari entri ni.. heheh
    jumpa disana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja Pha Is.. Eyda pun banyak cilok dari laman web diaorang..

      Delete
  6. Menarik betul entry Kak Eyda nie.. Mendatangkan inspirasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka, rasa merepek ja lebih.. boleh ja, guna ayat apa yang okey..

      Delete
  7. Replies
    1. syok kan nina kita naik nih.. entri jer tak tau nak mula kat mana..

      Delete
    2. syokkk sangat kak eyda !! tp ayat tak reti nk buat. hehee

      Delete
  8. boleh jadikan guide untuk bercuti dekat Penang nanti ;)

    jom singgah sini
    http://shoyumilks.blogspot.my/

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti