KHaSiaT PeTai

8/14/2015 03:22:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa suka petai? Eyda suka, cuma kekadang tak tahan dengan baunya ja.. Yelah bila membuang tuh kan meninggalkan baunya yang agak kuat.. Itu jer yang Eyda kurang gemar, makan tetap makan kalau ada depan mata.. Hehehe..

Sumber google


Eyda tau, ada yang memang tak suka rasa dan baunya sekali.. Apapun alasan anda, petai nih mengandungi banyak khasiat.. Nak tau, jom kita baca..


Isi petai

Sumber google


KHASIAT PETAI
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbandingtumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsiumfosforuszat besivitamin AB1B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia(UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai).
(Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkala mendapat sindrom premenstrual.
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.
Kulit licin di bahagian dalam poket biji petai boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.
 
Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:
 
Kemurungan 
Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.
 
PMS (sindrom pra-haid) 
Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.
 
Anemia 
Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.
 
Tekanan darah tinggi
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.
 
Kuasa minda 
Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.
Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.
 
Sembelit 
Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat. Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.
 
Keletihan 
Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.
 
Pedih ulu hati 
Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.
 
Gigitan nyamuk 
Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.
 
Saraf 
Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.
 
Berat badan yang berlebihan 
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.
 
Ulser 
Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.
 
Kawalan suhu 
Petai dianggap "penyejuk" dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.
 
Merokok 
Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh. Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.
 
Tekanan perasaan (stres) 
Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.
 
Mengatai masalah cacing dalam badan 
Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.
 
Merawat demam kuning
Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.
 
Strok 
Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".
 
Ketuat 
Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan. Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.
 
Mengurang kemabukan
Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.




Wow tak sangka banyak betul khasiat petai nih.. Ingatkan biasa-biasa jer khasiatnya.. Lepas nih boleh amalkan makan petai, tapi tak boleh laa sampai setiap hari.. Sebulan dalam beberapa kali pun ok dah.. Nanti tak pasal-pasal bilik air dan tandas dapat pewangi baru plak.. Hehehe..



 

You Might Also Like

21 comments

  1. makan petai..kencing di rumah orang sebelah rumah leh bau huhuhu

    ReplyDelete
  2. baru tahu byk khasiat rupanya petai ni...sis JM ada dapat satu petua tau utk hilang bau mulut dan waktu kencing pun x de bau...nak tahu?

    ReplyDelete
  3. lepas kencing tu sembur minyak wangi keh keh keh.....tak lah..mmg ada petua...petua nya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik minum minyak wangi tu... usahkan bau hilang... dengan kite sendiri ilang dari muka bumi ni! keh keh keh...

      Delete
    2. SS buat dulu pastu JM ikut..nak?

      Delete
  4. PETUAnya mkn terung...katakanlah selepas makan petai tu ada cari terung...kalau terung yg kelik tu yg selalu kita makan buat ulam tu....haaa...terung tu bagus...kunyah...kalau terung panjang warna purple pun boleh...kita rebus buat ulam...in shaa Allah kencing x de bau

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh.. terung boleh hilangkan bau petai ea.... hokey2

      Delete
  5. Pergh!!! KUASA MINDA tu..sis JM ni skrg kerap lupa...nampaknya perlu mkn petai byk2 lepas ni

    ReplyDelete
  6. kalu letak dalam sambal ikan bilis sedap...

    ReplyDelete
  7. Baru je mkn sambal udang petai, tp bila m'buang mengaum baunye...

    ReplyDelete
  8. tak sangka kan dalam bau busuk macam tu pun banyak khasiat dia. makan sedap tapi bau tu la yang erm erm tu hihihihi

    ReplyDelete
  9. petai kenot laaa Kak Eyda.. dah cuba banyak kali..
    kalo sambal udang petai.. amek udang saja..

    ReplyDelete
  10. Bnyk sungguh khasiat petai nie..sh mg minat mkn petai tp x mkn selalulah.. semuanya sbb bau dia..hehehe..

    ReplyDelete
  11. Hehe petai pun Zumal tak makan ^-^

    ReplyDelete
  12. Fida suka sgt petai ni..jering pun fida suka.Adik2 Fida tak berapa gemar..Tapi fida lain.Masak p la apa pun...tetap makan petai..dekat KL ni 4 tangkai RM 4.00...tapi ada la yg busuk dan berulat tu...kena pandai pilih..Mama fida kata Fida ni selera orang kampung..suka makan ulam..hehehe..Sebab tu la..Susah jatuh sakit kot...hehehe

    ReplyDelete
  13. Assalam eyda,
    oohooiiii
    peberet hokeyh petai ni
    makan mentah ka, rebus ka, bakor ka, sambai tumis kaaaa
    oooohooiiii sodap3
    tapiiiiiii iols ni kalo makan petai nanti kena serangan ANGIN
    sob3

    ReplyDelete
  14. byk nyer kebaikan nyer...
    aida suka jugak, tapi makan skit skit la aje.
    especially kalau buat sambal or masak tempoyak.
    asben aida x bleh makan byk, nanti berangin satu badan!
    lately, suka order petai jeruk dari mak mertua adik.
    lebih sedap & tahan lama :)

    ReplyDelete
  15. Abe ekin suka petai mkn saja siap kunyah2 gitu...buatsambal petai mkn bertambah... Ekin pun selera hahaha

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti