Kek Coklat Moist

8/27/2015 08:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari-hari berlalu dengan pantas.. Tak sampai seminggu lagi kita akan meninggalkan bulan Ogos.. Sekejap jer kan, rasa masa berlalu sekarang.. Semoga apa yang kita impikan dimakbulkan..

Eyda tak mau laa memanjangkan entry nih.. Hari nih Eyda nak kongsikan mengenai Tepung Ajaib Kek Coklat.. Tepung yang amat memudahkan bagi yang tak pandai buat kek macam Eyda nih.. Tak perlu nak sukat apa bagai, hanya masukkan ikut susunan yang diberi..

Tepung kek coklat nih lebih sedap jika dimasak dengan cara kukus dan menghasilkan Kek Coklat Moist yang lazat.. Bila dah rasa sekali mesti tak cukup..

Eyda dah beberapa kali buat kek nih, Eyda hanya sempat rasa sedikit saja.. Yang lainnya dihabiskan oleh Izzat dan Kimie.. Kimie laa yang paling suka dan teruja sangat.. Selalu dia laa yang rajin buat permintaan untuk Eyda masakkan kek nih..

Jom Eyda tunjukkan peket tepung yang memudahkan Eyda dalam penyediaan Kek Coklat Moist.. Cepat dan mudah hanya Adun, Masak, Siap.. Mudah kan..


Peket Tepung Ajaib Kek Coklat

Bahan yang diperlukan


Kat belakang pek ada disertakan cara penyediaan kek coklat moist nih.. Senang dan mudah untuk membuatnya..


Cara penyediaan

Cara Penyediaan

Langkah A

* Panaskan periuk kukus
   Tips : Biarkan air mendidih sebelum mula memasak kek

* Pukul 2 biji telur sehingga kembang
   Tips : Tekstur putih dan kental

* Tambah bahan Pek A dan Pek B. Gaul sebati

* Tuang adunan ke dalam bekas. Kukus selama 35 minit. (Jika guna bekas yang kecil, masa memasak akan lebih cepat)
  Tips : Alas tudung periuk dengan kain supaya air wap tidak menitis pada kek.


Langkah B

* Tambah 4 sudu besar air didih dan 1 sudu besar susu pekat bersama Pek C. (Jika lambat cair, buat double boil jer)

* Gaul sehingga larut. Tuang dan ratakan ke atas kek.

* Hiaskan bersama bahan hiasan Pek D atau lain-lain (Ikut kreatif dan kesukaan masing-masing).





Bahan Penyediaan

* 1 set pek Tepung Ajaib Kek Coklat
  
   Pek A - Krim Coklat
   Pek B - Bahan Adun
   Pek C - Topping
   Pek D - Coklat Urai

* 2 biji telur


Jom tengok hasil yang Eyda buat.. Boh dalam bekas kecil-kecil, memudahkan untuk makan.. Semua penuh bekas kan, mana taknya nak buat sekali masak jer.. Tak apa untuk makan sendiri macam mana pun ok..



Hasil untuk satu pek Kek Coklat.. Boleh dapat bekas lebih lagi,
kalau kurangkan kuantiti bagi satu bekas..


Ini untuk cikgu kelas Kimie.. Amboi, nak jugak bagi cikgu rasa ya, Kimie..


Bagi Eyda okey tepung nih, memang memudahkan kerja bagi yang kurang mahir membuat kek macam Eyda nih.. Bukan kata yang tak reti, budak-budak pun boleh buat sendiri..

Kek ni juga boleh dijadikan sebagai juadah kepada tetamu.. Yelah, kekadang tetamu tetiba jer bagitau nak datang, mana sempat nak mencari bahan untuk memasak.. Boleh jer buatkan kek nih.. Mesti tetamu suka dengan rasanya.. Cubalah..


Harga untuk sepeket Tepung Ajaib Kek Coklat hanya RM14.90 sahaja..

Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh jer order dengan Eyda atau pun SMS/WHATSAPP Eyda 017-4597615





You Might Also Like

21 comments

  1. wah mudahnya..leh gak nanti try beli pek ni je nak buat kek coklat..

    ReplyDelete
  2. tepung ajaib...?? hahaha...

    sedap nya. uish....

    ReplyDelete
  3. mna akak beli tepung tu.. nk jugak... hihi

    ReplyDelete
  4. Rindunya nak makan chocolate moist cake!

    ReplyDelete
  5. waaa.....senang jer nk buat kek ni....tetiba teringin lak nk carik tepung cenggini.....hihih

    ReplyDelete
  6. sekarang ni senang je nak buat kek kan kak...Beli yang dah ada campuran adunan dia..Fidah pun buat kek mcm ni gak..
    Jemput join segmen Fidah yer kak.
    http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/08/segmen-bloglist-afidah-azmi88-sept-oct.html

    ReplyDelete
  7. nampak pun macam sedap je.. elok je kek tu naik...

    #BU

    ReplyDelete
  8. Ya Allah,sedapnya cake coklat..feveret wawa ni..")

    ReplyDelete
  9. ehem ehem.. bila nak buat lagi kak ? bleh i pegi terjah opis u lagi hehe..

    ReplyDelete
  10. Best nyer.
    mudah.
    dulu ada opismet aida jual.
    now dia da pindah :-(

    ReplyDelete
  11. Sekarang nie da makin banyak yg mudah dan segera camnie.. cepat untuk ibu2 yang berkerjaya..

    ReplyDelete
  12. untung buat sendiri...beli 1 bekas RM10..beli satu paket tepung ajaib ni baru RM14.90...dapat byk...untung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos gas atau letrik x mo amik kire ke Jay Emm? He He He..

      Delete
  13. Wah, senangnya nak buat dia...hehehe...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti