berlari

Gelugor Power Run 2018

2/15/2018 04:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru nak mula bercerita alkisah larian untuk tahun 2018. Padahal dah sebulan setengah kita di tahun 2018 kan.

Maaflah bila kesibukan kerja hakiki disambut dengan kemalasan nak transfer dan edit gambar melanda memang agak lambat untuk sesebuah entry tu disiapkan.

Hari ini dengan kekuatan yang ada, Eyda cuba siapkan walaupun agak ringkas entry kali ini. Tahun 2018 ini Eyda mulakan dengan larian Gelugor Power Run 2018. Agak cantik baju larian kali ini.

Di pagi hari Ahad, 7 Januari 2018 yang lalu. Eyda menyertai larian Gelugor Power Run 2018 kategori 5 km fun run.

Memandangkan bukanlah agak awal Eyda sampai, nampaknya Eyda terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari tempat program tersebut.

Berpeluh jugak menapak ke tempat program tesebut. Memang awal-awal pagi lagi dah bakar kalori. Sampai saja ke tempat acara, apa lagi posing dulu. Ehh ada juga yang menumpang posing kat belakang tu.



Selesai saja acara berlari, acara zumba pula mengambil tempat. Silalah berzumba ya. Eyda tak berzumba sebab tak reti dan kalau ikut sekali pun silap step mau sakit badan nih.


Posing bersama medal, tak sah kan klu tak posing. Tapi ikut mood juga, klu tak ada mood memang gambar pun tak banyak.

Kali ini Eyda memakai seluar larian yang baru. Seluar dari ididactivewear Eyda beli Easy Fit 2.0 Skirtpant. Selesa sangat pakai seluar tu.


Cantik medal larian Gelugor Power Run 2018 nih sebabnya berbentuk baju tshirt. Kombinasi warna yang digunakan juga cantik dan menarik.


Sedap juga air tenaga Warrior perisa strawberi nih. Memang betul-betul rasa strawberi. Kalau nak minum air nih pastikan habiskan ya. Sebabnya diaorang akan buka tin nih, jadinya memang kena minum air nih sampai habis.


Alhamdulillah berjaya tamatkan larian ini di bawah sejam. Memang catatan yang agak baik, walaupun bukanlah yang terbaik. Larian ini juga melibatkan sedikit berbukit sekitar Tesco.


Ini merupakan larian yang pertama Eyda di tahun 2018. Masih banyak larian yang telah pun Eyda sertai dan daftar buat masa sekarang. Tak sabar nak cerita semua larian Eyda dan juga berlari untuk event yang telah didaftarkan.


hiking

Hiking Bukit Kukus dan Bukit Jambul, Pulau Pinang

2/09/2018 04:50:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah keinginan nak hiking pada tahun lepas berjaya direalisasikan.

Pada 23 Disember 2017 yang lalu sehari sebelum larian OBS Run 2017, Eyda bersama rakan pejabat dan tidak ketinggalan anak-anak juga sertai aktiviti hiking ke Bukit Kukus dan Bukit Jambul, Pulau Pinang.



Jika ada yang mendengar macam jauh saja lokasi antara keduanya. Tetapi ianya terletak bersebelahan antara satu sama lain. Jadinya anda boleh mendaki kedua-duanya sekaligus.


BUKIT KUKUS, PULAU PINANG

Seronok Eyda bila dengar ada aktiviti hiking. Yelah, dah lama sangat Eyda nak join tapi ada saja halangan yang mendatang. 

Ingatkan hanya Eyda bersama rakan pejabat yang akan mendaki, rupanya anak-anak juga ingin turut serta untuk mendaki bersama.

Sebelum itu memang Eyda terangkan bahawa aktiviti mendaki ni dua kali ganda letih dan teruk berbanding aktiviti larian yang pernah mereka sertai.

Terkejut juga Eyda bila mana anak-anak begitu teruja nak sertai aktiviti mendaki tu. Bersemangat betul anak-anak ya.

Di awal pagi hari yang dijanjikan, Eyda memandu menuju ke pulau. Kami bersarapan dahulu dengan semua yang turut sama dalam aktiviti mendaki kali ini.

Selesai saja bersarapan, kami menuju ke destinasi yang ditujui. Setelah mendengar segala penerangan kami memulakan pendakian ke Bukit Kukus.

Memandangkan Izzat dan Kimie merupakan kali pertama mendaki, makanya Eyda perlu lebihkan perhatian terhadap mereka.

Setelah memasuki hampir 1/4 perjalanan Izzat kelihatan terlalu penat. Memang kami terpaksa berehat bersamanya. Manakala Kimie dan Amar bersama beberapa rakan pejabat terlebih dahulu mendaki.

Memandangkan Eyda mengikut Izzat mendaki. Eyda perlu memastikan Izzat mampu atau tidak untuk meneruskan pendakian. Alhamdulillah semangat Izzat tinggi untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak Bukit Kukus.

Satu semangat yang bagus tidak cepat mengalah walaupun terpaksa berhenti berkali-kali. Walaupun Eyda pada mulanya agak risau dengan keadaannya ketika mendaki tu.


BUKIT JAMBUL, PULAU PINANG

Setelah puas berehat di puncak Bukit Kukus, kami turun dari Bukit Kukus menuju ke Bukit Jambul. Sebenarnya bukit ini berada bersebelahan sahaja. 

Jadi jika anda mampu, anda boleh mendaki kedua-duanya. Jika anda tidak mampu, memadai mendaki Bukit Jambul sahaja. Ini kerana Bukit Kukus sedikit mencabar berbanding dengan Bukit Jambul.

Semasa kami turun dari Bukit Kukus nak menghala ke Bukit Jambul menggunakan jalan singkat, kami bertembung dengan beberapa ekor anjing yang menjaga kebun buah di kawasan tersebut.

Dalam berkira-kira nak berpatah balik atau meneruskan perjalanan, akhirnya kami diberikan kekuatan untuk meneruskan sambil masing-masing membaca ayat Al-Quran yang sepatutnya.

Akhirnya kami sampai di puncak Bukit Jambul. Di situ kami dapat melihat pemandangan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim.

Jangan tak tahu masa kami mendaki Bukit Jambul, kami terserempak dengan seorang pakcik cina yang menuruni Bulit Jambul, dan semasa kami hendak menuruni Bukit Jambul kami terserempak dua kali pakcik yang sama.

Hebat betul pakcik cina tu, kami yang muda ni pun belum mampu menandingi kehebatan pakcik cina tu. Naik dan turun pun siap ada berhenti lagi terutamanya ketika mendaki laa.

Tamat saja hiking kami hari tersebut sekitar 1.15 petang, kami terus ke sesi makan. Apa lagi, mengisi perut setelah banyak kalori terbakar kan.

Apapun ianya satu pengalaman yang seronok bagi Eyda untuk disimpan sebagai memori.




keputusan peperiksaan

Keputusan UPKK 2017

2/02/2018 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah seminggu Eyda tak mengemaskini blog. Kekangan masa dan tugas hakiki agak membataskan.

Ada saja, entry yang masih dalam draf, masih belum dapat siarkan lagi kerana masalah nak edit gambar. Memang agak membataskan bila melibatkan edit gambar atau video.

Okeylah, hari ini Eyda nak kongsikan sedikit kegembiraan Eyda dengan anak sulung Eyda. Walaupun tidak mendapat straight A, tapi ianya amat baik buat Eyda.

Keputusan UPKK 2017 Izzat Jazman

Alhamdulillah, Izzat dah berjaya mendapat 7A, 1B di dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2017.

Alhamdulillah satu keputusan yang baik kerana anak Eyda tidak masuk ke sekolah KAFA dari tahun 1, jadinya keputusan ini memang agak baik bagi pelajar yang belajar separuh perjalanan.

Pada mulanya memang Eyda tak tahu menahu langsung bahawa keputusan ini akan diumumkan pada 29 Januari 2018 yang lalu. Bila pulang saja ke rumah, Eyda meluangkan sedikit masa untuk melihat Instagram. Dari situ barulah Eyda tahu bahawa keputusan UPKK 2017 telah diumumkan.


CARA MENYEMAK KEPUTUSAN UPKK 

Ada dua cara untuk menyemak keputusan UPKK selain hadir ke sekolah agama anak-anak.

Cara Menyemak Melalui Online

1. Layari laman web http://semakan.islam.gov.my/ dan masukkan No. MYKID / No. Pengenalan Khas.

2. Klik butang Semak dan anda akan mendapat paparan seperti di atas.


Cara Menyemak Melalui SMS

1. Taip UPKK (jarak) No.MYKID / No. Pengenalan Khas dan hantar SMS ke 15888



Mengambil inisiatif yang lain, Eyda cuba semak melalui laman web Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK nih. Alhamdulillah Eyda dapat melihat keputusan UPKK 2017 Izzat, cumanya nanti Eyda perlu ke sekolah KAFA anak untuk mengambil keputusan penuh di sekolah KAFA mereka.

Hati memang tak sabar nak tahu keputusan penuh, tapi terpaksa memujuk hati mengambilnya di hari yang lain.

Dengarnya ramai yang mendapat 8A di dalam peperiksaan UPKK 2017 kali ini. Semoga semua anak-anak ini akan berjaya di dalam peperiksaan PPSR/UPSR yang akan datang.



Blog yang Diikuti