Pencapaian Aktiviti Eyda di Tahun 2017

1/03/2018 09:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, ini adalah antara cabaran dalam merealisasikan impian Eyda di tahun 2017 telah pun tercapai.

Eyda sebenarnya mula terjebak dengan aktiviti larian nih selepas Eyda sertai sukan dwitahunan pejabat Eyda pada pertengahan tahun 2016. Masa tu Eyda tertarik untuk memiliki medal yang cantik-cantik direka oleh pihak penganjur dalam acara larian yang dianjurkan.

Pada penghujung tahun tersebut Eyda dapat mendaftar 2 larian. Alhamdulillah selepas tamatnya larian ini, semangat Eyda untuk terus menyertai aktiviti makin bertambah.

Semangat Eyda makin bertambah bila mana Farrah MF pernah postkan gambar medal milik adiknya di dalam media sosial. Apa lagi, makin bersemangat Eyda untuk berlari bagi memenuhi keinginan Eyda memiliki medal dengan jumlah yang banyak.

Alhamdulillah hasrat Eyda tercapai bila mana hampir setiap bulan pastinya Eyda mendaftar untuk sertai pelbagai aktiviti larian mahupun berjalan.




Eyda akui tujuan utama Eyda sertai aktiviti sebegini ialah mengejar medal yang disediakan. Tapi lama kelamaan Eyda lebih mengejar untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Dari masa ke semasa Eyda memperbaiki pace (kelajuan) yang Eyda buat bagi setiap larian yang Eyda daftarkan.

Tapi adakalanya pace Eyda tidak mencapai seperti yang Eyda harapkan, bila mana Eyda berlari bersama anak-anak. Ketika itu memang Eyda terpaksa mengikut rentak larian anak-anak yang adakalanya tidak mampu berlari seperti Eyda.


Medal 2017

Inilah hasil pengumpulan medal Eyda sepanjang tahun 2017. Ada 1-2 larian yang tidak ada disediakan medal, tapi ianya Eyda anggap sebagai latihan untuk Eyda bagi memastikan stamina diri terjaga.

Jangan tak tahu, bila kita tidak melakukan sebarang aktiviti sihat sebegini stamina kita akan turun dan tidak mustahil kita akan cepat pancit untuk menamatkan larian.

Cuba pastikan kita dapat melakukan aktiviti ini secara konsisten. Bukan saja medal yang dapat kita kejar, malah kita dapat menjaga kesihatan diri sendiri agar lebih sihat.


PENCAPAIAN AKTIVITI DI TAHUN 2017

MEDAL 2017

BM Tok Kun Hill (Walk/Run) Challenge 2017 - 6km
Chocolate Run 2017 Alor Setar - 6km
Alor Setar Half Marathon 2017 - 6km
Malaysia Breakfast Day 2017 Pulau Pinang - 3km
Zumba, Walk & Ride 2017 - 5km
💗Penang Seberang Perai 2017 - 6km
Perlis Marathon 2017 - 5km
Run For Peace 2017 Alor Setar - 7km
Smart Tunnel Run 2017 - 12km
I Love George Town Run 2017 - 8.8km
The Colourful Run 2017 - 5.6km
SP Half Marathon 2017 - 5km
UniKL MSI Auto Run 2017 - 5km
Ride In Pink, Walk In Pink 2017 - 4km
Provence Wellesley Run 2017 - 7km
Posibble Run 2017 - 5km
Penang Bridge International Marathon 2017 - 10km
OBS Run 2017 - 7km


TANPA MEDAL 2017

Antidrugs Community Fun Run Zon Utara 2017 - 5km
Penang Starwalk 2017 - 7km


HIKING 2017

Bukit Teresek, Taman Negara, Pahang - 334 meter
Bukit Kukus, Pulau Pinang - 426 meter
Bukit Jambul, Pulau Pinang - 293 meter


Aktiviti Eyda pada tahun 2017 bukan hanya tertumpu menyertai larian dan berjalan sahaja. Malah Eyda dah mula berjinak-jinak sertai aktiviti hiking bersama rakan-rakan pejabat.

Aktiviti hiking antara salah satu aktiviti yang ingin Eyda lakukan. Apapun hiking ini memerlukan stamina yang tinggi berbanding berlari. Jika anda mampu berlari dengan baik, in shaa Allah anda akan mampu hiking dengan baik juga.

Aktiviti berlari juga mampu mengurangkan rasa sakit pada kaki korang ketika hiking. Jadi kena rajin buat aktiviti berjalan atau berlari sebelum melakukan aktiviti hiking.



You Might Also Like

10 comments

  1. tahniah percapaian tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ekin.. untuk tahun 2018 belum tahu lagi macam mana..

      Delete
  2. alhamdulillah tahniah..good luck Eyda ..utk tahun 2018

    ReplyDelete
  3. tahniah eyda. good luck utk tahun ni

    ReplyDelete
  4. haaaaa bestnya tgk medal banyak2 tuuuu :D skrg kita try join banyak offline running events aja. sbb selalu sgt nak join events weekend2, end up kena cancel sbb ada hal lain yg kena bagi priority. mujur la offline ni pun ada medal jugak, just peserta kena jujur hehe

    semoga 2018 ni kita sama2 teruskan healthy lifestyle. ameen!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang best tengok medal banyak-banyak macam nih.. kesiannya kat Hanis Amanina, kalau tak boleh join cuba jual.. selalu ada orang akan cari no bib last minute..

      offline running / virtual run pun ok juga, asalkan niat kita untuk jalani cara hidup sihat.. medal dia pun tidak kurang cantik juga..

      Delete
  5. Tahniah. Medal dpt badan pun sihat. Bertambah sihat bertambah cntik.

    Eyda, siapa dia Farrah MF?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih en Adam.. salah satu cara untuk sihat dengan berlari.. Farrah MF tu salah seorang blogger juga.. dia banyak kongsi resepi, hasil kerja kreatif, info dan banyak lagi..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti