Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

1/15/2018 10:01:00 AM


Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy


berlari

OBS Run 2017

1/10/2018 04:39:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ehh tak habis lagi cerita larian tahun lepas ya, memang tak penuh pun larian tahun lepas yang Eyda ceritakan kat sini.

Apapun Eyda hanya habiskan cerita larian terakhir di tahun 2017. Eyda akan sambung cerita larian di tahun 2018 nanti.

Medal terakhir di tahun 2017

Di awal tahun 2018, dah banyak larian yang Eyda daftarkan. Niat dihati nak kumpul larian di awal tahun dulu, pertengahan tahun mungkin akan kurangkan larian untuk tumpukan perhatian pada anak-anak.

Harap tangan tak laju untuk mendaftar sudah laa. Itulah serupa addict pula bila dah terjebak dalam aktivti sihat sebegini. Pantang tengok ada larian dan ada yang ajak, mula lah berbelah bagi nak sertai atau tak. Hehehe.


OBS RUN 2017

Larian terakhir di tahun 2017 Eyda labuhkan tirainya dengan larian OBS Run 2017. Larian yang ditemani salji, tetiba rasa ala-ala berada di luar negara gitu. Hehehe. 

Larian penutup tahun 2017 ini Eyda buat secara santai bersama anak-anak Eyda. Dapat juga luangkan masa buat aktiviti sihat bersama anak-anak.

Larian ini dimulakan sekitar jam 7 pagi. Larian ini dilepaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Di pentas utama sebelum upacara pelepasan para peserta

Apapun semasa sampainya Eyda di sini, Eyda ajak anak-anak bergambar dulu. Yelah nanti bila dah lari susah pula nak ajak bergambar.

Muka nampak sangat macam baru bangun tidur
Muka masing-masing memang nampak macam baru bangun tidur, apa tidaknya masing-masing sempat lagi tidur sepanjang perjalanan ke Beach Street, Pulau Pinang nih.

Kena pakai untuk medal

Selepas dah dengar ucapan aluan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, peserta dilepaskan dengan siraman salji buatan. Meriah rasa, macam berada di luar negara pula kan.

Semburan salji buatan
Semburan salji buatan ini menandakan acara telah dimulakan. Eyda mulakan larian bersama Izzat dan akhiri larian bersama Kimie. Susah betul nak dapat lari bersama-sama dengan budak berdua tu.


Peserta larian

Apapun memang larian santai bersama anak-anak kali ni. Lari bersama anak tak boleh terlalu laju sangat, kena juga ikut rentak larian mereka.


Selfie bersama Kimie

Bila dah nama larian santai, apa lagi berposing dan ambil gambar banyak-banyak jawabnya. Jom laa layan gambar peserta larian yang lain.

Gigih snap gambar tulisan OBS Run tu
Nampak tak bertapa gigihnya Eyda nak snap gambar tulisan OBS Run dari baju peserta larian yang lain.

Panjang langkah abang sebelah nih
Masa snap gambar tak perasan pula peserta sebelah tu, bila nak pilih gambar baru terperasan peserta sebelah kami tu. Panjang betul langkahnya menghampiri garisan penamat.

Bising juga di sini dengan iringan lagu

Keadaan agak bising juga di sini dengan iringan lagu, jadinya kalau nak bersembang terpaksa kuatkan suara masing-masing.

Sambil melayan lagu, para peserta boleh bermain salji buatan yang disembur. Suka betul Kimie bermain.

Seronoknya dia boleh main salji buatan
 Sementara menunggu Izzat sampai dan juga dia ke tandas, acara posing menghiasi memori telefon.
Gigih nak selfie dengan medal terakhir di tahun 2017

Bila dah jumpa Izzat apa lagi, berposing kali terakhir sebelum pulang dan singgah ke sekolah anak-anak pula selesaikan urusan pembayaran yuran dan pembelian buku kerja dan buku tulis.

Akhirnya dapat juga bergambar bersama

Sempat juga Eyda rakamkan video ringkas detik semburan salji buatan pada hari tersebut. Jadi laa dapat juga main salji yang tak sejuk.


Okaylah, tamatlah cerita larian Eyda di tahun 2017. Cerita larian pertama di tahun 2018 akan Eyda sambung di entry akan datang,.


berjalan

Pencapaian Aktiviti Eyda di Tahun 2017

1/03/2018 09:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, ini adalah antara cabaran dalam merealisasikan impian Eyda di tahun 2017 telah pun tercapai.

Eyda sebenarnya mula terjebak dengan aktiviti larian nih selepas Eyda sertai sukan dwitahunan pejabat Eyda pada pertengahan tahun 2016. Masa tu Eyda tertarik untuk memiliki medal yang cantik-cantik direka oleh pihak penganjur dalam acara larian yang dianjurkan.

Pada penghujung tahun tersebut Eyda dapat mendaftar 2 larian. Alhamdulillah selepas tamatnya larian ini, semangat Eyda untuk terus menyertai aktiviti makin bertambah.

Semangat Eyda makin bertambah bila mana Farrah MF pernah postkan gambar medal milik adiknya di dalam media sosial. Apa lagi, makin bersemangat Eyda untuk berlari bagi memenuhi keinginan Eyda memiliki medal dengan jumlah yang banyak.

Alhamdulillah hasrat Eyda tercapai bila mana hampir setiap bulan pastinya Eyda mendaftar untuk sertai pelbagai aktiviti larian mahupun berjalan.




Eyda akui tujuan utama Eyda sertai aktiviti sebegini ialah mengejar medal yang disediakan. Tapi lama kelamaan Eyda lebih mengejar untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Dari masa ke semasa Eyda memperbaiki pace (kelajuan) yang Eyda buat bagi setiap larian yang Eyda daftarkan.

Tapi adakalanya pace Eyda tidak mencapai seperti yang Eyda harapkan, bila mana Eyda berlari bersama anak-anak. Ketika itu memang Eyda terpaksa mengikut rentak larian anak-anak yang adakalanya tidak mampu berlari seperti Eyda.


Medal 2017

Inilah hasil pengumpulan medal Eyda sepanjang tahun 2017. Ada 1-2 larian yang tidak ada disediakan medal, tapi ianya Eyda anggap sebagai latihan untuk Eyda bagi memastikan stamina diri terjaga.

Jangan tak tahu, bila kita tidak melakukan sebarang aktiviti sihat sebegini stamina kita akan turun dan tidak mustahil kita akan cepat pancit untuk menamatkan larian.

Cuba pastikan kita dapat melakukan aktiviti ini secara konsisten. Bukan saja medal yang dapat kita kejar, malah kita dapat menjaga kesihatan diri sendiri agar lebih sihat.


PENCAPAIAN AKTIVITI DI TAHUN 2017

MEDAL 2017

BM Tok Kun Hill (Walk/Run) Challenge 2017 - 6km
Chocolate Run 2017 Alor Setar - 6km
Alor Setar Half Marathon 2017 - 6km
Malaysia Breakfast Day 2017 Pulau Pinang - 3km
Zumba, Walk & Ride 2017 - 5km
💗Penang Seberang Perai 2017 - 6km
Perlis Marathon 2017 - 5km
Run For Peace 2017 Alor Setar - 7km
Smart Tunnel Run 2017 - 12km
I Love George Town Run 2017 - 8.8km
The Colourful Run 2017 - 5.6km
SP Half Marathon 2017 - 5km
UniKL MSI Auto Run 2017 - 5km
Ride In Pink, Walk In Pink 2017 - 4km
Provence Wellesley Run 2017 - 7km
Posibble Run 2017 - 5km
Penang Bridge International Marathon 2017 - 10km
OBS Run 2017 - 7km


TANPA MEDAL 2017

Antidrugs Community Fun Run Zon Utara 2017 - 5km
Penang Starwalk 2017 - 7km


HIKING 2017

Bukit Teresek, Taman Negara, Pahang - 334 meter
Bukit Kukus, Pulau Pinang - 426 meter
Bukit Jambul, Pulau Pinang - 293 meter


Aktiviti Eyda pada tahun 2017 bukan hanya tertumpu menyertai larian dan berjalan sahaja. Malah Eyda dah mula berjinak-jinak sertai aktiviti hiking bersama rakan-rakan pejabat.

Aktiviti hiking antara salah satu aktiviti yang ingin Eyda lakukan. Apapun hiking ini memerlukan stamina yang tinggi berbanding berlari. Jika anda mampu berlari dengan baik, in shaa Allah anda akan mampu hiking dengan baik juga.

Aktiviti berlari juga mampu mengurangkan rasa sakit pada kaki korang ketika hiking. Jadi kena rajin buat aktiviti berjalan atau berlari sebelum melakukan aktiviti hiking.



2018

2018

1/02/2018 10:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah sudah memasuki hari kedua kita di tahun 2018. Rasanya masih belum terlambat untuk Eyda ucapkan Selamat Tahun Baru 2018.

kredit


Macam mana pencapaian diri korang tahun 2017? Bagi diri Eyda ianya ada pelbagai, ada yang indah, baik dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Walau apapun banyak yang Eyda dapat banggakan untuk tahun 2017.

Alhamdulillah Eyda dapat berdikari dalam menempuh segala cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2017. Semoga ianya menjadi kekuatan Eyda untuk meneruskan kekuatan ini di tahun 2018.

Antara pencapaian Eyda pada tahun ini ialah 52 Weeks Money Challenge. Wow Eyda dapat menyimpan dan berjaya melengkapkan cabaran menyimpan duit selama 52 minggu. Terima kasih Farrah MF kerana mencetuskan idea menyimpan duit ini.

Tidak ketinggalan Eyda dapat melakukan aktiviti sihat iaitu berlari, berjalan dan tidak ketinggalan hiking. Aktiviti berlari yang Eyda lakukan ini adalah antara catatan indah sepanjang tahun 2017. In shaa Allah ianya akan diteruskan lagi di tahun 2018.

Cerita mengenai bilangan medal dan larian Eyda di tahun 2017 akan Eyda coretkan nanti. Maaf kerana agak ketinggalan untuk mengemaskini cerita mengenainya. Kekangan masa dan keadaan agak mengganggu Eyda sejak akhir-akhir ini.

Moga di tahun 2018 Eyda dapat menyiapkan seberapa banyak entri walaupun mungkin akan ada cerita lama yang Eyda coretkan di sini.

Apapun terima kasih korang kerana sudi menjadi sahabat Eyda sehingga kini.


Blog yang Diikuti