OldTown White Coffee, Kulim, Kedah

10/10/2017 09:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Entry yang lepas Eyda cerita mengenai larian UniKL MSI Auto Run 2017. Balik dari acara ini, kami singgah menjamu selera sambil mengisi perut yang mula kelaparan.


OldTown White Coffe

kredit

Lokasi pilihan anak-anak Eyda kali ini ialah Oldtown White Coffee, kelas ya anak-anak. Inilah kali pertama ke sini, begitu juga dengan anak-anak.

Menu yang menjadi sarapan pagi anak-anak pun tak kurang hebatnya. Meh kita jengah apa yang dah menjadi pilihan tekak anak-anak.

Supreme Curry Mee

Pagi-pagi dah hadap pedas ya. Nak tahu siapa pemilik Supreme Curry Mee nih? Pemiliknya ialah Kimie, terkejut Eyda bila dia minta nak makan menu nih. Tak reti pedas ke? Tapi budak nih memang suka makanan yang pedas.




Ipoh Chicken Hor Fun

Izzat pula memilih sesuatu yang tidak pedas, Ipoh Chicken Hor Fun. Okay laa makan sesuatu yang tidak pedas di pagi hari.

Fresh Lemon Tea

Kedua-duanya memilih air Fresh Lemon Tea sebagai membasahkan tekak. Memang suka betul budak-budak nih dengan air lemon tea.


Half Boil Egg

Eyda pula memilih menu yang ringkas, telur separuh masak dan garlic bread. Sedap pula makan kedua-duanya. Sesekali layan sarapan ringkas sebegini.

Garlic Bread

Tapi bila balik tak lama selepas tu, masing-masing dah minta menu tengahari. Lastly, suruh tunggu sambil Eyda betulkan kaki yang dah mula sakit.



You Might Also Like

6 comments

  1. lalu sokmo depan kedai ni tapi tak pernah nak singgah sebab tak ada nampak melayu hahhahaha... lepas ni kena ajak abe g la

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa lalu selalu, tapi tak pernah terasa nak singgah.. hari lari tu memang kena lalu depan nih, lastly tempat ni jadi pilihan..

      Delete
  2. garlic bread diorg mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan memang sedap kan garlic bread diaorang, kena plak cicah dengan telur separuh masak tu.. fuhh tak terasa, tengok2 dah habis..

      Delete
  3. Lama pula rasanya tak lepak oldtown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kena singgah ni Azwar Syuhada..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti