Bila Eyda Tidak Sihat

10/23/2017 12:54:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Macam mana semua, sihat? Eyda macam mana pun kurang sihat sikit sebenarnya.

Hampir seminggu kesihatan kurang memuaskan, harap semuanya cepat sembuh sepenuhnya. Banyak aktiviti sendiri dan tugasan yang perlu dihadkan di atas faktor kesihatan Eyda ini.

sumber mr.google

Sebenarnya Eyda nih jarang sekali nak sakit dan sebagainya. Tapi bila mula sakit, memang akan memakan masa untuk sembuh sepenuhnya.

Kalau ikutkan lebih daripada 2 tahun Eyda tak berkunjung ke mana-mana klinik untuk rawatan diri sendiri, tapi bila terasa badan tak mampu lagi bertahan, Eyda terpaksa berserah saja.

Lewat malam 18 Oktober 2017, bermulalah sesi kurang sihat yang melibatkan cirit birit berlaku. Beberapa kali Eyda berulang ke bilik air.

Memang teruk Eyda cirit birit, seperti membuka pili air jer. Rasa badan kekurangan bendalir akibat cirit birit yang berlaku sehinggakan Eyda membeli air Cool Rhino untuk sejukkan badan.

Pagi hari 19 Oktober 2017, Eyda ke pejabat seperti biasa. Rasanya seperti mampu bertahan kerana ada janji temu kerja. Tapi sangkaan Eyda meleset, ianya masih berlarutan selepas Eyda bersarapan dan berlanjutan seharian Eyda di pejabat.

Tengahari tu Eyda dah mula rasa tidak berselera untuk makan bila dah mula muntah, Eyda ada beli set happy meal McDonalds. Kononnya nak makan bubur ayam bagi mengembalikan selera yang tiba-tiba hilang. Rupanya selera memang hilang terus. Eyda makan saja apa yang mampu dan terus mendapatkan ubat di farmasi yang berdekatan.

Bukan main menu, tapi tak mampu habiskan

Petang tu, Eyda masih cirit birit dan muntah-muntah. Kali ini muntah teruk sehingga muntah keluar dari hidung. Ya Allah, memang makin teruk kesihatan Eyda. Badan pun macam nak demam. Eyda terpaksa minta tolong rakan pejabat untuk hantarkan Eyda ke klinik.

Vitamin hadiah dari doktor

Alhamdulillah Eyda dapat juga cuti sakit untuk sehari dan dapat juga berehat di rumah. Tapi cuti pun kena ganggu dengan anak-anak. Macam-macam permintaan ada. Haishh laa anak.

Disebabkan selera makan dah menghilang, Eyda hanya mampu menelan roti sekeping, cicah dengan air coklat separuh mug. Huarghh tu pun, puas nak telan. Terpaksa makan untuk makan ubat kan.

Seronok pula bila si Kimie buatkan air coklat dan bawakan roti yang ada lukisan bentuk love nih. Sayang juga dia dengan ibu yang tak sihat nih.

Sweetnya Kimie

Hari Sabtu barulah Eyda ada selera skit, Eyda masakkan Ikan Masak Asam. Alhamdulillah dapat juga menelan nasi walaupun sikit.

Nasi pertama selepas tidak sihat

Alhamdulillah tiada lagi muntah dan cirit birit berlaku. Tapi ianya tak berpanjangan, ianya berulang kembali bila diri terlalu teruja dan ikut sama anak-anak makan. Akibatnya, Eyda muntah kembali setelah sampai ke kereta.

Muka dah ada senyum skit

Ianya berhenti, setelah habis semua makanan yang Eyda makan bersama anak-anak. Letih kembali menguasai diri. Malamnya Eyda habiskan lauk Ikan Masak Asam, alhamdulillah kali ini Eyda tidak muntah. Lega rasa hati.

Badan kembali down bila Eyda ke pejabat hari ini. Suara Eyda dah mula serak, selera ntah ke mana. Hari ini hanya mampu menelan kuih talam dua potong dan sekeping murtabak mini beserta secawan air milo.

Eyda harap ianya kembali sembuh seperti sediakala dan tiada lagi drama cirit birit dan muntah seperti sebelumnya. Memang Eyda rasa dalam badan sedikit panas. Rasanya faktor cuaca juga mengganggu.


You Might Also Like

10 comments

  1. Assalamualaikum Eyda. Apa khabar

    Maznee baru pertama kali sampai blog ni

    Semoga cepat sembuh

    Kesihatan memang nikmat yang mahal

    Sama sama kita jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mazni, belum sihat lagi. Suara rock dah dua hari.

      Terima kasih dia atas doa Mazni. Ya memang mahal kesihatan yang kita nikmati sekarang

      Delete
  2. Alhamdulillah. Nasib baik tak melarat. Kalau berpanjangan, kesian anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya belum sembuh sepenuhnya en.Adam. harap sangat semua ini cepat berlalu..

      Delete
    2. Jaga kesihatan tu.
      Kesian kat anak2.

      Delete
    3. terima kasih en.Adam. Eyda akan cuba sebaiknya jaga kesihatan sendiri.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti