Resepi Nasi Goreng 3 Minit oleh Kimie

9/18/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak kongsi perihal anak Eyda si Kimie tu. Baru-baru ini, Kimie ada bagitau yang dia nak masak nasi goreng untuk Eyda makan.

Jadinya, Kimie terus ke dapur dan ambil semua bahan, cuma bawang jer dia minta Eyda potongkan. Lainnya dia buat sendiri. Dapat juga Eyda merasa air tangan anak sendiri kan.

Sebenarnya, inilah nasi goreng paling mudah yang boleh disiapkan dalam masa 3 minit sahaja. Bahan pun agak mudah, ikut kepada selera masing-masing.

Kalau ikutkan, resepi ini sesuai untuk kanak-kanak yang minat untuk belajar memasak. Sebagai perangsang untuk dia masak lagi di masa akan datang.


RESEPI NASI GORENG 3 MINIT



Bahan-bahan
Nasi 
Seulas Bawang Besar (saiz kecil) / Bawang Merah
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Chili Flakes (ikut kesukaan)
Minyak 
* Tambahkan ayam, daging dan sebagainya jika suka.

Cara-caranya
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
2. Masukkan bawang besar / bawang merah yang dipotong halus ke dalam minyak yang dipanaskan.
3. Setelah bawang telah naik bau, masukkan sos tiram ke dalam kuali dan kacau rata (tambahkan ayam dan daging sekiranya suka).
4. Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan chili flakes dan gaul sebati bersama nasi tadi.
6. Siap! Nasi goreng sedia untuk dinikmati.





Mudah sangat nasi goreng nih, tak memerlukan bahan yang banyak dalam penyediaannya. Kanak-kanak pun mampu memasak dengan pengawasan orang dewasa.



You Might Also Like

10 comments

  1. mudah sangat tu.. rajin la kimie masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah sangat.. boleh lah tiba-tiba rasa nak makan, tapi masa tu hanya ada nasi..

      Delete
  2. mmg simple cpt dan menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Yanty Lee simple dan sedap pula tu..

      Delete
  3. bagus jugak dia. dari kecik dah rajin ke dapur.
    1st time ke dia masak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada hari juga tu.. apapun ini bukan kali pertama dia memasak, cuma kali ini Eyda baru sempat merakamkan aksi dia memasak..

      Delete
  4. Replies
    1. dia boleh masak, tapi kadang-kadang jer rajin macam tu.. alhamdulillah dia nak juga belajar memasak..

      Delete
  5. nti senanglah lau ibu tak sihat kimie boleh masak dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya laa, kadang tu ada hari juga nak rajin macam tu..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti