resepi

Resepi Nasi Goreng 3 Minit oleh Kimie

9/18/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak kongsi perihal anak Eyda si Kimie tu. Baru-baru ini, Kimie ada bagitau yang dia nak masak nasi goreng untuk Eyda makan.

Jadinya, Kimie terus ke dapur dan ambil semua bahan, cuma bawang jer dia minta Eyda potongkan. Lainnya dia buat sendiri. Dapat juga Eyda merasa air tangan anak sendiri kan.

Sebenarnya, inilah nasi goreng paling mudah yang boleh disiapkan dalam masa 3 minit sahaja. Bahan pun agak mudah, ikut kepada selera masing-masing.

Kalau ikutkan, resepi ini sesuai untuk kanak-kanak yang minat untuk belajar memasak. Sebagai perangsang untuk dia masak lagi di masa akan datang.


RESEPI NASI GORENG 3 MINIT



Bahan-bahan
Nasi 
Seulas Bawang Besar (saiz kecil) / Bawang Merah
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Chili Flakes (ikut kesukaan)
Minyak 
* Tambahkan ayam, daging dan sebagainya jika suka.

Cara-caranya
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
2. Masukkan bawang besar / bawang merah yang dipotong halus ke dalam minyak yang dipanaskan.
3. Setelah bawang telah naik bau, masukkan sos tiram ke dalam kuali dan kacau rata (tambahkan ayam dan daging sekiranya suka).
4. Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan chili flakes dan gaul sebati bersama nasi tadi.
6. Siap! Nasi goreng sedia untuk dinikmati.





Mudah sangat nasi goreng nih, tak memerlukan bahan yang banyak dalam penyediaannya. Kanak-kanak pun mampu memasak dengan pengawasan orang dewasa.



larian

The Colourful Run 2.0 2017

9/11/2017 04:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Rajin betul kan Eyda sertai larian semenjak dua menjak ni. Semangat berlari Eyda ini diteruskan lagi dengan The Colourful Run 2.0. Kiranya larian kali ini melibatkan peserta normal dan juga yang mengalami masalah pendengaran.



Larian The Colourful Run 2.0 telah pun diadakan pada 27 Ogos 2017 yang lalu. Larian ini merupakan kali kedua diadakan setelah diadakan buat pertama kali pada tahun 2016.

The Colourful Run ini diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Pekak Pulau Pinang (PDA) untuk projek mengumpul dana bagi menyokong pendidikan dan pembangunan masyarakat pekak. Acara laria ini juga diadakan bersempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa.

Sebenarnya Eyda agak teragak-agak untuk sertai larian ini. Beberapa kali Eyda tengok larian ini dalam senarai, tapi Eyda tak juga mendaftar.

Tapi akhirnya, ada rakan sepejabat Eyda yang melanjutkan pelajaran teringin nak sertai, maka akhirnya Eyda daftar juga larian ini bagi menemaninya berlari bersama.

Posing jangan tak posing

Macam biasa, acara posing haruslah ada dalam kamera kan. Kali pertama Eyda berlari dengan sahabat Eyda nih, tanya lagi bab larian ni. Eyda nih pantang ajak jer, in shaa Allah jadi kalau tak ada clash dengan jadual larian atau aktiviti yang lain.

Inilah sahabat yang Eyda nak teman

Sebahagian peserta larian The Colourful Run 2.0 ini. Jangan tak tahu, majoriti peserta yang berada di kiri gambar tu merupakan peserta OKU masalah pendengaran. Boleh tengok diaorang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. 

Sebahagian peserta The Colourful Run 2.0

Run Happy, jadi larilah dengan gembira sepanjang perjalanan ini. Seronok sebenarnya berlari sambil tengok bangunan lama dan pemandangan indah sepanjang laluan larian.

Ni jalan ke lari dik?

Eyda suka tengok pemandangan di Padang Kota Lama nih, tenang jer rasa suasana ketika itu, sini banyak jalan laju sambil ambil gambar.

Suka tengok view ni di pagi hari

Gigih nak ambil gambar mercu tanda menarik pada bulatan tu. Maaf gambar kurang jelas, sebab tak betul-betul berhenti. 
Posing dulu sambil nampak mercu tanda di belakang tu

Alhamdulillah berjaya juga habiskan larian mengikut target masa yang Eyda tetapkan untuk diri sendiri. Walaupun dalam 2km terakhir Eyda dan beberapa peserta hampir dilanggar kereta yang tiba-tiba membelok masuk ke arah laluan kami berlari.

Bawah sejam, purata sekitar 8min/km

Posing terus lepas sampai ke garisan penamat bersama dengan medal ke-11 untuk tahun ini. Ermm Eyda memang tak sangka, asalnya dari suka-suka dah jadi sebahagian hobi Eyda untuk aktif dan sihat. Masih ada beberapa larian lagi yang telah didaftarkan dalam tahun ini.

Alhamdulillah medal ke 11

Larian kali ini ada sijil selain dari medal. Sebenarnya ada juga larian yang tidak memberikan sebarang sijil, hanya mendapat medal sahaja. Tidak kurang juga yang memberikan e-certificate, itu okay juga boleh cetak sendiri.

Medal dan sijil The Colourful Run 2.0

Punya tak tahu nak posing kat mana, dalam kereta juga yang jadi kerja kami berdua. Ada juga kenangan bergambar berdua bersama dengan medal.

Posing dalam kereta pun jadi

Sebenarnya Eyda ketika itu agak mengejar masa, dah kena tinggal untuk ikut lawatan kerja. Terpaksa berkejaran untuk pickup point seterusnya. Destinasinya, tunggu entry akan datang.



hari raya aidiladha

Ketupat Ohh Ketupat

9/07/2017 01:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah dah seminggu kita merayakan Hari Raya Aidiladha. Macam mana dengan raya korang pada tahun ini?

Bagi Eyda sekeluarga, ianya sedikit suram kerana pertama kali beraya Hari Raya Aidiladha tanpa emak. Kiranya genap setahun emak Eyda mula kurang sihat.

Walaubagaimanapun, raya Aidiladha kali ini kakak Eyda pulang beraya di sini dulu memandangkan tahun ini kakak ambil bahagian korban yang kami kumpul bersama ibu dan bapa saudara bagi mendapatkan seekor lembu. Raya pula kena di penghujung cuti sekolah, jadinya kakak sekeluarga balik beraya di sini.

Sehari sebelum kakak pulang ke kampung, dia dah bagitau Eyda yang dia dah tempah ketupat, kiranya raya kali ini tak perlu fikir pasal ketupat.

Tapi nak jadi cerita pagi hari Kemerdekaan dalam perjalanan balik ke kampung, kakak Eyda bagitahu yang dia tertinggal ketupat yang dah ditempah di dalam peti ais rumahnya.

Apa lagi agak kecoh sedikit bab ketupat, akhirnya kami bersepakat nak buat saja ketupat memandangkan ada pulut di rumah.

Nasiblah raya Aidiladha tahun lepas, kakak Eyda sempat belajar sepenuhnya membalut ketupat daun palas dengan mak. Alhamdulillah kakak Eyda dapat buat sendiri.

Kiranya di pagi hari Kemerdekaan tu Eyda bertungkus lumus mencari bahan untuk memasak untuk raya dan juga untuk ketupat. Nasib daun palas ayah ada tanam, kiranya tak perlulah beli.

Ketupat yang kami berjaya balut

Alhamdulillah usaha kami berdua membalut ketupat berjaya, walaupun ada juga yang kurang kemas balutannya. Ini merupakan kali pertama Eyda berjaya membalut ketupat. Gara-gara tahun lepas tak mau belajar bersungguh-sungguh. Hahaha.

Ketupat pertama yang Eyda balut

Rasanya raya tahun depan boleh ambil tempahan tak? Hahaha berangan je lebih kan. Apapun dah tahu cara membalut ketupat dengan betul bolehlah tahun depan belajar buat ketupat sendiri. Harap tahun depan rajin macam tahun ini.




Blog yang Diikuti