Spicy Korean Burger McDonald's

8/15/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Asyik citer pasal larian jer kan. Hari ni tukar topik sikit. Cerita makan-makan.

Kisahnya semalam selepas Eyda ambil hadiah kontes daripada pak long Suhaime Abu Bakar. Balik jer rumah, anak-anak ajak keluar makan. Selepas mandi dan solat, terus Eyda bawa anak-anak keluar makan.

Rupanya anak nak makan Spicy Korean Burger, burger terbaru di McDonald's. Memandangkan Eyda dah makan sebelum balik, makanya kali ini sesi menemani anak-anak makan.


SPICY KOREAN BURGER McDONALD'S

Sampai saja di McDonald's, Kimie memesan set Spicy Korean Burger dan Izzat pula memesan Bubur Ayam McDonald's bersaiz besar. Izzat minta air Heaven and Earth, Kimie pula nak minum air Latte.

Set besar Spicy Korean Burger


Macam-macam laa hai anak, Eyda layankan jer. Kesian pula kan, dah anak-anak pula baru beberapa hari balik dari perkhemahan Jambori Pengakap.

Meh kita tengok dari jarak dekat set Spicy Korean Burger tu. Tak mampu Eyda nak makan roti berwarna hitam tu. Rasa macam tak mampu nak telan.. Hahaha..

Inilah rupa Spicy Korean Burger

Spicy Korean Burger ini disajikan dengan daging burger kimchi bersama sos pedas Korea, ianya dihiasi dengan keju, sayuran salad dan diapit dengan roti arang hitam.

Ini Criss Cut Chips rangup macam keropok pula

Sedap makan Criss-Cut Chips nih sebab rangup macam keropok. Hehehe. Memandangkan anak Eyda memang suka makan makanan pedas. Bagi diaorang burger ni boleh jer diaorang makan.

Kimie makan dengan penuh perasaan

Berselera tengok diaorang makan. Seronok Eyda tengok sambil snap beberapa keping gambar. Bateri smartphone pun dah nak habis, maka tak mampu nak snap banyak-banyak.

Rupa tu macam ada pedas skit

Bagi pendapat Kimie dia cakap sedap Spicy Korean Burger tu. Tahap kepedasan dia kurang sikit daripada megi Ramen. Ermm maknanya tahap kepedasan yang dia mampu makan laa. Izzat ada juga rasa sedikit, apapun anak-anak minta nak makan lagi nanti.


Harga Spicy Korean Burger McDonald's

Ala Carte - RM12.99
Set (R) Spicy Korean Burger bersama Fanta Frozen - RM15.99
Set (L) Spicy Korean Burger bersama Fanta Frozen - RM17.90


Nampaknya selepas ini akan ada sesi lagi membeli set Spicy Korean Burger laa. Bagi yang sukakan sesuatu yang pedas, bolehlah mencuba Spicy Korean Burger McDonald's ni pula.



You Might Also Like

14 comments

  1. Fav Dania ni...part ni dia suka la...part mengepau mama...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak SA.. part mengepau laa paling best.. hehehe..

      Delete
  2. sedapnyaaa. sy belum berkesempatan lg nak try.. teringin jgkk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah busyra.. manalah tahu kena dengan selera..

      Delete
  3. suka jugak yang pedas tapi tak pernah try lagi burger ni. singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba nanti Farhanna.. terima kasih sudi singgah ke sini..

      Delete
  4. roti dia wrna hitam tu nmpk xbrapa best..tapi rasa mcm nk cuba jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa, akak pun tengok roti warna hitam tak berapa nak boleh telan..

      Delete
  5. zaza tak try lagi rasa burgur baru ni..tapi ada bc kt review beberapa rakan lain ckp mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak cakap sedap.. boleh laa cuba nanti zaza

      Delete
  6. alaaaaaaaa lama x makan kt mekdi
    tapi mengiurkan lah

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti