khidmat masyarakat

Dana Bantuan Pembedahan Jantung Berlubang Nurin

8/18/2017 01:52:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Di hari yang mulia ini Eyda ingin meminta sedikit bantuan dari semua pembaca buat anak sepupu Eyda. Segala bantuan, dari segi kewangan, doa dan perkongsian maklumat ini amatlah dihargai.

Di sini Eyda sertakan serba sedikit maklumat mengenai anak kecil ini.


 
Anak kecil di atas ialah Nurin Aura Latisha yang kini berusia 3 tahun. Dia disahkan mengidap jantung berlubang sejak dilahirkan
 
Sebelum ini doktor menyatakan akan melakukan pembedahan bila beratnya mencecah 10 kg. Memandangkan hasil pemeriksaan terakhir baru-baru ini, doktor menyarankan pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana keadaan jantungnya terlalu lemah. Selain itu, jantung dia sekarang sudah mula bengkak. 
 
Doktor juga  mengesyorkan pembedahan dilakukan secepat mungkin iaitu pada bulan OKTOBER 2017 ini. Untuk makluman semua, anak kecil ini merupakan anak sepupu saya iaitu anak sulung Yaya Nur Hidayah Binti Sirojuddin. 
 
Eyda dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik semua pembaca di sini untuk menghulurkan serba sedikit bantuan ke atas kos perbelanjaan pembedahan Nurin yang memerlukan lebih kurang RM70,000. 
 
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki semua yang turut sama membantu. Aamiin

#mohonshare
#danapembedahanjantungberlubang
 
 
 

makan

Spicy Korean Burger McDonald's

8/15/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Asyik citer pasal larian jer kan. Hari ni tukar topik sikit. Cerita makan-makan.

Kisahnya semalam selepas Eyda ambil hadiah kontes daripada pak long Suhaime Abu Bakar. Balik jer rumah, anak-anak ajak keluar makan. Selepas mandi dan solat, terus Eyda bawa anak-anak keluar makan.

Rupanya anak nak makan Spicy Korean Burger, burger terbaru di McDonald's. Memandangkan Eyda dah makan sebelum balik, makanya kali ini sesi menemani anak-anak makan.


SPICY KOREAN BURGER McDONALD'S

Sampai saja di McDonald's, Kimie memesan set Spicy Korean Burger dan Izzat pula memesan Bubur Ayam McDonald's bersaiz besar. Izzat minta air Heaven and Earth, Kimie pula nak minum air Latte.

Set besar Spicy Korean Burger


Macam-macam laa hai anak, Eyda layankan jer. Kesian pula kan, dah anak-anak pula baru beberapa hari balik dari perkhemahan Jambori Pengakap.

Meh kita tengok dari jarak dekat set Spicy Korean Burger tu. Tak mampu Eyda nak makan roti berwarna hitam tu. Rasa macam tak mampu nak telan.. Hahaha..

Inilah rupa Spicy Korean Burger

Spicy Korean Burger ini disajikan dengan daging burger kimchi bersama sos pedas Korea, ianya dihiasi dengan keju, sayuran salad dan diapit dengan roti arang hitam.

Ini Criss Cut Chips rangup macam keropok pula

Sedap makan Criss-Cut Chips nih sebab rangup macam keropok. Hehehe. Memandangkan anak Eyda memang suka makan makanan pedas. Bagi diaorang burger ni boleh jer diaorang makan.

Kimie makan dengan penuh perasaan

Berselera tengok diaorang makan. Seronok Eyda tengok sambil snap beberapa keping gambar. Bateri smartphone pun dah nak habis, maka tak mampu nak snap banyak-banyak.

Rupa tu macam ada pedas skit

Bagi pendapat Kimie dia cakap sedap Spicy Korean Burger tu. Tahap kepedasan dia kurang sikit daripada megi Ramen. Ermm maknanya tahap kepedasan yang dia mampu makan laa. Izzat ada juga rasa sedikit, apapun anak-anak minta nak makan lagi nanti.


Harga Spicy Korean Burger McDonald's

Ala Carte - RM12.99
Set (R) Spicy Korean Burger bersama Fanta Frozen - RM15.99
Set (L) Spicy Korean Burger bersama Fanta Frozen - RM17.90


Nampaknya selepas ini akan ada sesi lagi membeli set Spicy Korean Burger laa. Bagi yang sukakan sesuatu yang pedas, bolehlah mencuba Spicy Korean Burger McDonald's ni pula.



berlari

I Love George Town Run 2017

8/14/2017 04:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah semalam iaitu 13 Ogos 2017, Eyda telah pun berjaya menamatkan larian yang ke 10 bagi tahun ini.

Larian yang ke 10 yang Eyda maksudkan ini ialah larian I Love George Town 2017. Larian ini merupakan kali kedua ianya dianjurkan, iaitu kali pertama telah diadakan pada tahun 2016.

Selfie, acara wajib sebelum memulakan larian

Selfie skit

Larian kali ini disertai oleh 3,051 orang peserta yang mendaftar termasuk peserta dari Thailand, Singapura, Indonesia, Korea, Amerika dan Jepun.

Antara peserta yang hadir

Ramai juga peserta yang terlibat, tidak ketinggalan peserta yang menggunakan nombor bib SPONSOR pun turut sama hadir.

Banner promosi yang diadakan oleh pihak 1st Avenue selaku penganjur utama


Larian kali ini bagi Eyda, rasa agak santai dan tenang berbanding larian sebelum ini. Larian ini membawa pesertanya melalui jalan yang mempunyai bangunan warisan di sekitar bandar George Town, Pulau Pinang.



Kiranya para peserta larian dapat berlari sambil menikmati keindahan bangunan warisan yang ada di sepanjang laluan larian I Love George Town 2017 ini.

Ketika acara larian ini, ada satu lagi acara berbasikal di kawasan berhampiran. Acara berbasikal ini melibatkan lebih kurang 6,000 peserta. Ramai kan. Tak sempat nak snap gambar yang cantik. 

Selisih dengan peserta acara berbasikal

Alhamdulillah kali ini Eyda dapat momentum larian Eyda. Kali ini dapat memperbaiki larian Eyda. Satu catatan masa yang terbaik untuk diri Eyda. Tak sabar nak teruskan larian seterusnya.


Cuma tempat mengambil medal dan goodies bag bagi Eyda kurang sistematik. Para peserta yang sampai di garisan penamat di pintu masuk 1st Avenue perlu berjalan turun ke Lower Ground dan beratur dengan dua barisan. 

Pentas yang menempatkan acara cabutan bertuah dan tingkat yang sama tempat mengambil medal dan goodies bag

Medal I Love George Town Run 2017

Ada tulis jalan yang menjadi laluan larian I Love George Town Run 2017

Apapun 1st Avenue selaku penganjur larian ini telah membuat persiapan dan promosi yang terbaik dalam penganjurannya. Cuma ianya perlu ditambah baik sedikit sebanyak bagi memantapkan penganjurannya di masa akan datang.


larian

Pengalaman Berlari di SMART Tunnel Run 2017

8/02/2017 04:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah pada 30 Julai 2017 yang lalu, telah pun berlangsungnya acara larian SMART Tunnel Run 2017.

SMART Tunnel atau nama panjangnya Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) telah pun menganjurkan acara larian SMART Tunnel Run 2017 iaitu sempena meraikan ulangtahun 10 tahun pembukaannya dan juga ulangtahun ke 85 Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS Malaysia).

Larian ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas Mac 2007 iaitu 10 tahun yang lepas. Nampaknya larian ini diadakan 10 tahun sekali. Mampukah Eyda untuk sertai acara ini 10 tahun akan datang? Semuanya bergantung pada masa dan keadaan diri ketika itu.



Larian SMART Tunnel Run 2017 ini menggunakan tema Running Through The World First Dual-Purpose Tunnel. Larian yang memberi pengalaman berlari di bawah bandar Kuala Lumpur. Larian lain dari yang lain dan unik buat para peserta yang menyertainya.

Selain itu, medal SMART Tunnel Run 2017 juga memang unik kerana ia merangkumkan model Tunnel Boring Machine (TBM) yang boleh diputarkan di sebelah belakang medal.

kredit penonton

Untuk acara larian ini telah dipecahkan ke 9 kategori. Lima kategori untuk orang awam dan empat kategori lagi untuk staf JPS sendiri.

Lima acara untuk orang awam ialah Lelaki Terbuka, Lelaki Senior Veteran, Lelaki Junior Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran. Manakal empat acara untuk staf JPS pula ialah Lelaki Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran.

Flag Off peserta acara larian Smart Tunnel Run 2017 ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar  di Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Hadir bersama beliau ialah YB Datuk Dr. Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang turut sama menyampaikan hadiah kepada para pemenang larian.

Menteri dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Acara larian bagi kategori Lelaki Terbuka dan Lelaki Terbuka JPS dimulakan jam 6.30 pagi manakala acara larian bagi kategori Lelaki Senior Veteran, Lelaki Junior Veteran, Wanita Terbuka, Wanita Veteran, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran pula dimulakan jam 6.40 pagi.



Larian kali ini Eyda dapat mulakan sepertimana larian lain yang Eyda pernah sertai. Tapi dipertengahan jalan, Eyda dapat rasakan kurang selesa dengan diri Eyda. Jadinya larian kali ini, Eyda lebih banyak jalan laju berbanding berlari.



Larian kali ini, Eyda kerap berasa sakit di bahagian dada sebelah kanan ketika berlari. Ianya akan kembali baik jika Eyda hanya berjalan secara laju sahaja. Sempat juga Eyda google punca terjadinya perkara sedemikian sebelum menyiapkan artikel ini.

Bila Eyda membaca hasil carian Eyda di laman google, ada beberapa perkara yang mengiyakan punca Eyda berasa demikian.

Antara salah satu puncanya kurang air (dehidrasi) atau kekurangan elektrolit di dalam badan. Memang Eyda akui hari sebelumnya Eyda kurang minum air kosong ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Punca seterusnya angin dalam badan, ada juga minuman dan makanan Eyda hari sebelumya menyumbang kepada perkara tersebut.

Okeylah, bila dah tahu antara puncanya rasa hati lebih tenang. Tapi larian 12km ini memang membuatkan kaki Eyda sakit melebihi dari sehari. Memang pun Eyda akui kurang latihan dan kurang warming up sebelum dan warming down selepas larian.

Apapun larian kali ini merupakan pencapaian terbaik buat diri Eyda iaitu jarak larian paling jauh dalam rekod peribadi Eyda. Selain itu, memenuhi target masa bawah 2 jam dapat Eyda capai walaupun Eyda banyak berjalan laju dari berlari.

Alhamdulillah dapat sampai di garisan penamat di bawah masa 2 jam dengan purata masa 10 minit bagi setiap kilometer

Alhamdulillah berjaya mengumpul medal ke 9 untuk tahun ini.

Nampaknya Eyda kena mantapkan lagi stamina Eyda untuk larian akan datang. Harap perkara seumpamanya tidak lagi berulang.

Apapun JPS Pulau Pinang merupakan juara keseluruhan bagi kategori JPS. Tahniah kepada semua peserta JPS Pulau Pinang yang telah menyumbang kemenangan ini.

Pengarah JPS Pulau Pinang menerima hadiah juara keseluruhan kategori JPS

kredit penonton

Eyda juga ingin mengucapkan tahniah buat dua sahabat pejabat Eyda yang berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai.

Tahniah kepada rakan pejabat Eyda. Gambar kredit dari FB JPS Malaysia

Apapun larian yang menarik untuk disertai. Kali ini Eyda dapat berlari bersama ramai rakan pejabat dan jabatan yang sama juga bersama peserta yang lain.


Blog yang Diikuti