Surprise Birthday Kimie di Lexis Suites Penang

7/20/2017 01:17:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Minggu lepas merupakan hari lahir cinta hati Eyda iaitu Izzat Hakimi atau lebih dikenali dengan Kimie. Jadinya ada laa beberapa perancangan buatnya.

Alhamdulillah minggu lepas Eyda berjaya buat surprise birthday yang ringkas buat cinta hati Eyda tu. Ianya hanyalah perancangan yang lebih kepada santai saja.

Perancangan Eyda bermula, bila mana mendapat gaji bulan Jun yang lalu. Setelah menimbang hasil survey dan permintaan anak-anak yang lalu. Eyda akhirnya memilih hotel Lexis Suites Penang untuk surprise birthday Kimie.

Terasa terlalu ringkas pula birthday Kimie ni. Jadinya Eyda menambah dengan special bouquet Dadih Botoi birthday. Ini pun rancangan last minute setelah surprise birthday kek agak sukar untuk Eyda lakukan.


13 Julai 2017

Bila tiba hari kejadian, Eyda mengambil cuti untuk memudahkan operasi kejutan Eyda. Pagi-pagi hari Eyda hantar anak-anak ke sekolah macam biasa.

Pulang dari hantar anak-anak ke sekolah, Eyda pun mulakan operasi mengemas pakaian dan barangan yang ingin dibawa bersama. Semua barangan yang ingin dibawa termasuk pakaian, Eyda letak dalam kereta terus. Lebih mudah operasi kejutan.

Selepas selesai urusan barangan tu, apa lagi proses masak memasak laa. Eyda masak untuk menu makan tengahari dan menu makan petang atau malam.

Bab menu masak ni, Eyda buat kononnya nak bawa anak-anak berkelah di luar petang tersebut. Jangan tak tahu selepas makan tengahari, Eyda kerah anak-anak bersiap hensem-hensem dan ajak keluar. Semua masing-masing keluar tanpa bawa barangan lain bersama kecuali makanan kononnya berkelah.

Rancangan Eyda hampir kantoi bila special bouquet Dadih Botoi birthday sampai lambat. Mana taknya, dah kerah anak-anak siap awal tapi masih berada di rumah.

Mula laa Eyda mencari akal untuk melengahkan masa. Dalam masa melengahkan masa tu, barangan yang ditunggu pun tiba. Alhamdulillah, selesai bab pertama.

Special Bouquet Dadih Botoi Birthday

Selepas itu, Eyda terus memandu ke destinasi yang ditujui. Banyak jugak soalan birthday boy nih. Nasib tak kantoi. Si abang pun nasib pandai simpan rahsia.

Bila perjalanan diteruskan ke Teluk Kumbar, di situ birthday boy macam dah pelik. Tapi Eyda teruskan jer rancangan tanpa sebarang jawapan.

Ketika Eyda masuk ke lobi untuk urusan check in, mulanya Eyda ditawarkan dari bilik Executive Pool Suite yang Eyda tempah melalui perkhidmatan Agoda ke Premium Pool Suite dengan penambahan kos sebanyak RM100.

Tapi Eyda tolak, akhirnya pihak Lexis Suites Penang menawarkan bilik Premium Pool Suites secara percuma. Alhamdulillah rezeki birthday boy. Dapat bilik pemandangan laut dan jalan.

Bilik 1611, Premium Pool Suite

Jom tengok sedikit gambaran di dalam bilik 1611, Premium Pool Suite di Lexis Suites Penang nih yang sempat Eyda rakamkan.









Complimentary yang ada di dalam peti sejuk boleh ambil ya. Selamat semuanya menjadi kudapan kami.



Complimentary

Sampai jer bilik, acara berendam laa pilihan pertama anak-anak. Tak sempat nak ajak bergambar masa hensem. Semua pakat tukar baju terus terjun berendam dalam kolam. Kedalaman kolam di sini 1.2 meter dalam. Panjang 6 kaki dan lebar 4.5 kaki. Besar kan kolamnya.

Seronok betul budak berdua tu

Ceria jer anak-anak

Kalau dah basah dan sejuk tu boleh jer bersauna dalam Steam Room yang disediakan di sebelah kolam. Santai jer rasa berada dalam Steam Room nih.

Jom bersauna dalam Steam Room

Kali ni Eyda terasa nak meronda di dalam Lexis Suites Penang. Kali nih sampai ke tingkat atas Eyda terjah bersama anak-anak. Birthday boy ni asyik usung belon Happy Birthday dia jer ke mana saja.

Jom ronda-ronda dalam Lexis Suites Penang. Bergambar di kaki lima bilik.

Kali nih Eyda naik ke tingkat 24. Di sini merupakan Sky Terrace. Angin kuat sungguh di sini, Kimie hampir terlepas belon Happy Birthday dia. Nasib dia dapat tangkap.
Pemandangan di Sky Terrace ni memang cantik.

Yang di atas tu Sky Lite Bar. Menarik jer rupanya. Dah puas melihat pemandangan di Sky Terrace, kami turun ke tingkat 8.
Sky Lite Bar


Di tingkat 8 ada pelbagai aktiviti santai untuk pengunjungnya. Di sini ada kolam mandi pelbagai permainan, gym, spa dan karaoke. Bukan itu saja, anda boleh menyewa rod memancing dengan harga RM30 untuk tempoh 3 jam. Semua kelengkapan disediakan.


Pemandangan di tingkat 8

Kolam mandi

Blok Kayu, Congkak, Karom

Catur dan Scrambler

Ping Pong

Games Room

Kidz World

Lexis Spa

Karaoke




LOKASI LEXIS SUITES PENANG



LEXIS SUITES PENANG
28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia. 
Tel :   +604-628 2888
Fax :   +604-628 2889
Email :   reservations@lexissuitespenang.com
Website    :   www.lexissuitespenang.com









You Might Also Like

12 comments

  1. wah..happy birthday Kimie..seronok dia sambut besday kat hotel yer..happy for u sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Siti Sharini.. seronok laa dapat tempat yang request lepas pergi tahun lepas..hehehe..

      Delete
  2. wah..seronoknya Kimie...happy belated birthday Kimie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dapat berendam dalam kolam bila-bila masa.. terima kasih kak SA di atas ucapan..

      Delete
  3. Replies
    1. memang best dan relax jer kat sini..

      Delete
  4. Wahhh meriah.. mmg seronok ni. Pengalaman manis yg pasti takkan dilupakan. Happy birthday Kimie.. semoga menjadi insan yg cemerlang di dunia dan akhirat... aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah dan seronok.. ya pengalaman manis di sini.. terima kasih bro Khir Khalid di atas ucapan..

      Delete
  5. Happy Birthday Kimie. Perancangan yang trratur untuk surprise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kamil Salleh.. ya, alhamdulillah perancangan yang agak sempurna..

      Delete
  6. tukar ke Premium secara percuma?

    untung la...rezeki besday boy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Zai, dapat free tukar bilik tu.. rezeki birthday boy laa kan..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti