larian

Run For Peace 2017 @ Alor Setar

7/24/2017 01:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah Jumaat lepas, Eyda dan anak-anak menyertai larian Run For Peace 2017 di Alor Setar.



Larian ini merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Soka Gakkai Malaysia. Tahun pertama acara ini diadakan iaitu pada tahun 2013.

Larian Run For Peace 2017 ini diadakan di 19 buah tempat di seluruh negara dengan penyertaan seramai 85,000 orang. Penyertaan di Alor Setar mencatatkan hampir 5.500 orang. Ramai kan. Penyertaan yang melebihi jangkaan.

Acara pembukaan dan ucapan aluan Run For Peace 2017

Ini merupakan larian ke 8 Eyda pada tahun ini dan jarak yang paling jauh untuk kali ini. Ianya juga yang pertama selepas berehat lebih dari 2 bulan setengah. Lama kan Eyda bercuti.

Posing dulu sebelum acara dimulakan

Banyak belon besar macam kat belakang tu. Tumpang welfie dulu..

Memandangkan ianya larian selepas lama bercuti dan Eyda pula masuk bersama anak-anak, makanya Eyda jadinya ia sebagai larian santai buat Eyda. Memang Eyda tak letak sebarang target masa untuk larian kali ini.

Wristband yang perlu dipakai untuk ditukarkan dengan Goodies Bag nanti


Larian kali ini pun, Eyda lebih banyak joging dan jalan-jalan bersama Izzat. Mesti ada yang tanya, di mana pula Kimie. Jawapannya, dia dah lari dulu tinggalkan kami berdua.

Bila dah nama larian santai, makanya ada laa sesi selfie. Hanya ini gambar kami berdua ya. Sambil tu boleh laa ambil gambar apa yang ada di laluan larian.

Hanya kami berdua

Memang sepanjang larian atau jalan nih, kita akan sentiasa bersama ramai peserta larian Run For Peace 2017. Jadinya tak berasa sangat laa yang kita nih agak santai. Hehehe.


Antara peserta yang menyertai Run For Peace 2017

Memang santai pun sebabnya memasuki larian sekitar 4km, Izzat dah mengadu sakit kaki. Jadinya memang Eyda ambil keputusan untuk jalan saja sehingga ke garisan penamat. Eyda hanya bagi semangat buat Izzat untuk habiskan larian kami.

Bila tengok papan tanda nih, wah dah 6km kami joging dan jalan ya.

Lega tau bila dapat tengok papan tanda dah 6km kami berlari. Di saat itu, Eyda dapat rasakan garis penamat kian hampir. Cewah.

Catatan masa joging dan jalan Eyda bersama Izzat. Ini Eyda pinjam dari Runkeeper Izzat, sebab Eyda salah set untuk Runkeeper Eyda.

Catatan masa Eyda dan Izzat

Sebelum larian Eyda ada nampak tulisan Run For Peace 2017 dari smartphone peserta larian Run For Peace nih. Selepas larian, gigih Eyda cari. Akhirnya dapat jugak bergambar walaupun kena ambil nombor.

Dapat juga Eyda abadikan gambar di sini. Jenuh ambil nombor tau.

Bagi Eyda goodies bag yang kami dapat tu memang berbaloi laa. Memang banyak betul barangan dari para penaja untuk acara Run For Peace 2017 nih. Goodies bag Run For Peace 2017 ini merupakan paling banyak barangan yang Eyda pernah dapat sepanjang menyertai larian.

Barangan yang ada di dalam goodies bag yang diterima selepas tamat larian.

Untuk acara kali ini, Eyda hanya tempah hotel budget jer. Yelah minggu sebelumnya dah bercuti sakan kan.

Sedondon dari tudung hingga ke kasut.

Lawak pula bila Eyda dah pakai baju larian Run For Peace 2017 nih. Tengok laa dari tudung hingga ke kasut semua sedondon warnanya. Eyda suka warna torquise nih. Hehehe.

Apapun memang seronok laa event Run For Peace 2017 kali ini walaupun pada awalnya Eyda dah rasa cuak, bila mana Eyda dan anak-anak saja melayu yang lainnya cina. Selepas 30 minit baru ada melayu. Ermm tak sabar pula nak daftar untuk tahun 2019 nanti.

Medal ke 8, koleksi peribadi Eyda

Selepas ini Eyda akan sertai larian yang paling jauh dalam pendaftaran larian Eyda. Nak tahu di mana? Tunggu update terkini nanti.


cuti-cuti

Surprise Birthday Kimie di Lexis Suites Penang

7/20/2017 01:17:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Minggu lepas merupakan hari lahir cinta hati Eyda iaitu Izzat Hakimi atau lebih dikenali dengan Kimie. Jadinya ada laa beberapa perancangan buatnya.

Alhamdulillah minggu lepas Eyda berjaya buat surprise birthday yang ringkas buat cinta hati Eyda tu. Ianya hanyalah perancangan yang lebih kepada santai saja.

Perancangan Eyda bermula, bila mana mendapat gaji bulan Jun yang lalu. Setelah menimbang hasil survey dan permintaan anak-anak yang lalu. Eyda akhirnya memilih hotel Lexis Suites Penang untuk surprise birthday Kimie.

Terasa terlalu ringkas pula birthday Kimie ni. Jadinya Eyda menambah dengan special bouquet Dadih Botoi birthday. Ini pun rancangan last minute setelah surprise birthday kek agak sukar untuk Eyda lakukan.


13 Julai 2017

Bila tiba hari kejadian, Eyda mengambil cuti untuk memudahkan operasi kejutan Eyda. Pagi-pagi hari Eyda hantar anak-anak ke sekolah macam biasa.

Pulang dari hantar anak-anak ke sekolah, Eyda pun mulakan operasi mengemas pakaian dan barangan yang ingin dibawa bersama. Semua barangan yang ingin dibawa termasuk pakaian, Eyda letak dalam kereta terus. Lebih mudah operasi kejutan.

Selepas selesai urusan barangan tu, apa lagi proses masak memasak laa. Eyda masak untuk menu makan tengahari dan menu makan petang atau malam.

Bab menu masak ni, Eyda buat kononnya nak bawa anak-anak berkelah di luar petang tersebut. Jangan tak tahu selepas makan tengahari, Eyda kerah anak-anak bersiap hensem-hensem dan ajak keluar. Semua masing-masing keluar tanpa bawa barangan lain bersama kecuali makanan kononnya berkelah.

Rancangan Eyda hampir kantoi bila special bouquet Dadih Botoi birthday sampai lambat. Mana taknya, dah kerah anak-anak siap awal tapi masih berada di rumah.

Mula laa Eyda mencari akal untuk melengahkan masa. Dalam masa melengahkan masa tu, barangan yang ditunggu pun tiba. Alhamdulillah, selesai bab pertama.

Special Bouquet Dadih Botoi Birthday

Selepas itu, Eyda terus memandu ke destinasi yang ditujui. Banyak jugak soalan birthday boy nih. Nasib tak kantoi. Si abang pun nasib pandai simpan rahsia.

Bila perjalanan diteruskan ke Teluk Kumbar, di situ birthday boy macam dah pelik. Tapi Eyda teruskan jer rancangan tanpa sebarang jawapan.

Ketika Eyda masuk ke lobi untuk urusan check in, mulanya Eyda ditawarkan dari bilik Executive Pool Suite yang Eyda tempah melalui perkhidmatan Agoda ke Premium Pool Suite dengan penambahan kos sebanyak RM100.

Tapi Eyda tolak, akhirnya pihak Lexis Suites Penang menawarkan bilik Premium Pool Suites secara percuma. Alhamdulillah rezeki birthday boy. Dapat bilik pemandangan laut dan jalan.

Bilik 1611, Premium Pool Suite

Jom tengok sedikit gambaran di dalam bilik 1611, Premium Pool Suite di Lexis Suites Penang nih yang sempat Eyda rakamkan.









Complimentary yang ada di dalam peti sejuk boleh ambil ya. Selamat semuanya menjadi kudapan kami.



Complimentary

Sampai jer bilik, acara berendam laa pilihan pertama anak-anak. Tak sempat nak ajak bergambar masa hensem. Semua pakat tukar baju terus terjun berendam dalam kolam. Kedalaman kolam di sini 1.2 meter dalam. Panjang 6 kaki dan lebar 4.5 kaki. Besar kan kolamnya.

Seronok betul budak berdua tu

Ceria jer anak-anak

Kalau dah basah dan sejuk tu boleh jer bersauna dalam Steam Room yang disediakan di sebelah kolam. Santai jer rasa berada dalam Steam Room nih.

Jom bersauna dalam Steam Room

Kali ni Eyda terasa nak meronda di dalam Lexis Suites Penang. Kali nih sampai ke tingkat atas Eyda terjah bersama anak-anak. Birthday boy ni asyik usung belon Happy Birthday dia jer ke mana saja.

Jom ronda-ronda dalam Lexis Suites Penang. Bergambar di kaki lima bilik.

Kali nih Eyda naik ke tingkat 24. Di sini merupakan Sky Terrace. Angin kuat sungguh di sini, Kimie hampir terlepas belon Happy Birthday dia. Nasib dia dapat tangkap.
Pemandangan di Sky Terrace ni memang cantik.

Yang di atas tu Sky Lite Bar. Menarik jer rupanya. Dah puas melihat pemandangan di Sky Terrace, kami turun ke tingkat 8.
Sky Lite Bar


Di tingkat 8 ada pelbagai aktiviti santai untuk pengunjungnya. Di sini ada kolam mandi pelbagai permainan, gym, spa dan karaoke. Bukan itu saja, anda boleh menyewa rod memancing dengan harga RM30 untuk tempoh 3 jam. Semua kelengkapan disediakan.


Pemandangan di tingkat 8

Kolam mandi

Blok Kayu, Congkak, Karom

Catur dan Scrambler

Ping Pong

Games Room

Kidz World

Lexis Spa

Karaoke




LOKASI LEXIS SUITES PENANG



LEXIS SUITES PENANG
28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia. 
Tel :   +604-628 2888
Fax :   +604-628 2889
Email :   reservations@lexissuitespenang.com
Website    :   www.lexissuitespenang.com









hari raya aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Izzeyda 2017

7/06/2017 09:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hampir 2 minggu kita beraya di tahun ini. Macam mana sambutan hari raya korang?

Bagi Eyda, kami beraya secara sederhana sahaja. Lebih seronokkan hati anak-anak. Diri sendiri cukup ala kadar saja.


HARI RAYA PERTAMA

Raya Eyda dan anak-anak begitu ringkas saja pada tahun ini. Hari kami dimulakan dengan solat hari raya Aidilfitri, kemudian bergambar bersama anak-anak untuk simpanan.

Sesi Bergambar di Hari Raya Pertama

Bergambar sopan di Hari Raya Pertama

Freestyle daripada Keluarga Izzeyda


Bagi anak-anak pula, aktiviti keluar beraya sehingga penat merupakan antara aktiviti yang mewarnai Hari Raya pertama bagi mereka.

Di hari raya pertama juga Eyda beraya bersama sahabat zaman kanak-kanak Eyda sambil mengimbau zaman kanak-kanak kami. Kami membesar bersama-sama dan akan berjumpa semua bersama terutamanya di hari raya.

Sahabat Zaman Kanak-kanak dengan sebahagian anak

Sahabat Zaman Kanak-Kanak

HARI RAYA KEDUA

Di hari raya kedua, Eyda berkesempatan berkunjung ke rumah mak sedara yang terdekat dan tidak ketinggalan kawan kelas masa form 4 dan 5. Lama betul tak jumpa, last sekali jumpa pun masa ambil result SPM.

Bayangkan dah 18 tahun tak jumpa, bila jumpa banyak cerita diri masing-masing dapat dikongsikan bersama.



RAYA KETIGA

Raya ke tiga kami sekeluarga ke rumah pak sedara yang akad nikah pada hari tersebut setelah 6 bulan kehilangan mak sedara hujung tahun yang lalu. Mak sedara tu merupakan adik bongsu ayah. Kini hanya tinggal ayah seorang setelah mak ngah dan maksu telah pun pergi dahulu.

Acara membatalkan air sembahyang

Tahniah buat Paksu dan 'Maksu' baru

Malamnya ke rumah terbuka member kelas. Memang setiap tahun pasti ada acara rumah terbuka, baru tahun lepas Eyda dapat join. Tahun nih pula, baru dapat berjumpa dengan ramai member sekolah. Rindu dengan kisah zaman belajar dulu. Dok kat luar rumah nih pun lebih 30 minit bersembang, tak reti balik kata orang utara.

Geng sekolah Form 1-3. Gambar kredit dari Facebook.

HARI RAYA KELIMA

Hari raya kelima kami baru berkesempatan buat majlis tahlil buat arwah mak. Rindu kat arwah. Gambar tak sempat nak snap, sebab agak sibuk dengan majlis.

Sedara. Gambar kredit dari Facebook

Inilah gambar yang Eyda pinjam dari Facebook. Sedara merangkumi member sekolah. Lama betul tak jumpa, kali ni baru dapat bertemu.

Raya yang agak ringkas, tapi amat bermakna bagi Eyda pada tahun ini. Walaupun Eyda kehilangan insan yang paling Eyda sayang, tapi Eyda dapat juga dapat berjumpa dengan sahabat yang dah lama tidak bertemu.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang beraya di rumah. Maaf kiranya ada kekurangan daripada pihak Eyda.


larian

Smart Tunnel Run 2017

7/05/2017 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik bagi yang terlepas untuk mendaftar bagi menyertai larian Smart Tunnel Run 2017.



Larian Smart Tunnel Run 2017 ini dianjurkan sempena ulangtahun pembukaannya yang ke 10 tahun dan ulangtahun Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang ke 85 tahun. Tarikh tutup pendaftaran larian ini sepatutnya telah ditutup pada 30 Jun 2017 yang lalu.



Pihak penganjur berbesar hati untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 7 Julai 2017 ini. Oleh itu anda masih berpeluang untuk mendaftar sehingga hari Jumaat ini.



Larian Smart Tunnel Run 2017 ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan warga asing yang mempunyai status penduduk Malaysia.

Acara bagi Smart Tunnel Run 2017 ini terbahagi kepada 5 kategori iaitu :-

* Lelaki Terbuka (18 tahun dan ke atas)
* Lelaki Junior Veteran (40 tahun - 49 tahun)
* Lelaki Senior Veteran (50 tahun dan ke atas)
* Wanita Terbuka (18 tahun dan ke atas)
* Wanita Veteran (35 tahun dan ke atas)

Yuran pendaftaran larian Smart Tunnel Run 2017 ini ialah RM70 seorang. Jarak larian ini sejauh 12 km bagi setiap kategori. Larian ini akan bermula dan berakhir di Berjaya Times Square dan seterusnya menggunakan laluan Smart Tunnel.

Setiap peserta akan menerima pelbagai goodies dan tidak ketinggalan Finisher Medal yang menarik dan E-Certificate turut diterima oleh setiap peserta yang menyertai larian ini.


Blog yang Diikuti