Buffet Ramadhan Dapoq Pak Beh di Iconic Hotel Penang

5/29/2017 12:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita telah pun beberapa hari menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Jika inginkan kelainan untuk berbuka sambil menikmati hidangan berbuka dengan suasana kampung, apa kata anda singgah ke Iconic Hotel.

Dapoq Pak Beh

Di Iconic Hotel, pastinya anda dapat merasai suasana berbuka seperti anda berada di kampung halaman dengan pelbagai barangan antik digunakan bagi membangkitkan lagi suasana kampung.

Hiasan di pintu masuk

Hiasan di ruangan dalam untuk buffet Ramadhan

Pihak Iconic Hotel telah menyediakan lebih 160 pelbagai menu untuk semua pengunjung. Menu utama pastinya nasi menjadi sajian utama. Di sini disediakan beberapa jenis nasi untuk anda pilih mengikut selera tekak anda. Pelbagai jenis lauk pauk yang menarik pastinya menjadi kesukaan anda untuk berbuka di sini.

Nasi Putih

Nasi Tomato

Nasi Beriyani

Ketam

Daging Masak Hitam

Sayur Campur


Telur Dadar

Ayam masak ros

Sayur kobis

Sotong

Sambal telur

Ikan Goreng

Ayam Goreng Madu
Pelbagai Ulam-Ulaman dan Sambal
 
Tidak ketinggalan pelbagai gerai juga turut dibuka untuk anda menikmati pelbagai menu segar dan panas dari kuali chef.

Nasi Ayam Hainan

Murtabak

Cucur Goreng-Goreng Panas

Char Koey Teow

Satay

Bihun Sup Utara

Asam Laksa

Ais Kacang

Selain itu, anda boleh menikmati pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut yang sedap yang disajikan di sini.


Kuih Lopeh

Kuih Cara Manis

Kuih LOmpang

Kuih Keria

Buah Melak



Puding Jagung



Pelbagai jenis Kek

Cream Puff


Kuah Durian

Pulut

Puding Roti

Buah-buahan

Banyak kudapan yang boleh anda pilih di Buffet Ramadhan Dapoq Pak Beh di Iconic Hotel ini.

Rojak

Pelbagai jenis keropok

Jeruk


Selain itu, ada pelbagai jenis minuman boleh anda pilih untuk menghilangkan dahaga dan melegakan tekak anda.

Pelbagai jenis air sejuk




BUFFET RAMADHAN DAPOQ PAK BEH, ICONIC HOTEL


HARGA

RM58 nett Dewasa
RM29 nett Kanak-kanak

Promosi Pembelian Awal
RM48 nett Dewasa
(dijual bermula 8 Mei 2017)

Sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +604 505 9988


LOKASI ICONIC HOTEL PENANG



ICONIC HOTEL PENANG
71, Jalan Icon City, 
Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam, 
Pulau Pinang


You Might Also Like

9 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti