Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Secara Online

6/09/2016 04:34:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuti sekolah pun dah menghampiri penghujungnya.. Korang sudah tahu, keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak-anak anda?

Kalau belum tahu, apa kata kita semak secara online saja.. Ianya memang senang dan mudah nak pantau keputusan anak-anak dengan hanya di hujung jari..


Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Secara Online





1. Buka laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/



2. Sila masukkan No KP/Sijil Lahir anak (isi di ruangan no.1 dalam gambar di atas)

3. Klik sama ada anak anda SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH (klik di ruangan no.2 dalam gambar di atas)

4. Klik TAHUN peperiksaan yang anda ingini (klik di ruangan no.3 dalam gambar di atas)

5. Klik SEMAK LAPORAN (klik di ruangan no.4 dalam gambar di atas)




6. Anda akan di bawa ke page baru seperti paparan di atas



7. Semak sama ada maklumat yang dipaparkan betul. (Manalah tahu tetiba keluar maklumat orang lain plak kan.. Setakat yang Eyda buka belum pernah salah laa.. Kecuali taip No KP/Sijil Lahir anak anda tadi salah.)

8. Dah pasti betul maklumat yang dipaparkan, pilih KEPUTUSAN PEPERIKSAAN yang diingini. (klik seperti gambar no.5 di atas)



9. Selepas memilih KEPUTUSAN PEPERIKSAAN yang diingini, kemudian anda klik PAPAR SLIP KEPUTUSAN (di ruangan no.6 dalam gambar di atas)



  
10. Selepas itu anda akan dibawa ke page seperti di atas.

11. Anda boleh memilih samada nak cetak atau simpan.



12. Inilah contoh slip peperiksaan anak anda yang telah siap dicetak.



* Maaf maklumat sebenar pemilik perlu dipadamkan untuk mengelakkan ianya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



You Might Also Like

16 comments

  1. Replies
    1. ya senang ibu bapa nak pantau keputusan peperiksaan anak2 awal2.. kekadang nak tunggu cikgu bagi lambat sangat..

      Delete
  2. Replies
    1. ia masih ada dua cara, online ngan manual..

      cara cepat secara online laa.. kita boleh check awal..

      cara lambat, cara manual laa.. nak kena cikgu panggil ke sekolah atau anak2 bawa balik keputusan peperiksaan untuk kita tandangan..

      Delete
  3. Alhamdulillah ok. Tapi, merosot dari yg lps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Shikin.. anak2 ada yang meningkat ada yang menurun..

      Delete
  4. canggih dah sekarang.. parents boleh tahu result anak sebelum sampai ke rumah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang canggih Zaf.. kita tahu dulu sebelum cikgu bagitau atau anak2 bawa balik keputusan peperiksaan..

      Delete
  5. patut la anak saudara mari tanya ekin tadi nak chek keputusan periksa online moksu taw tak... tq kak nanti boleh guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome ekin.. info untuk ibu bapa yang belum tahu cara cepat menyemak keputusan peperiksaan anak2..

      Delete
  6. Heheeh saya selalu dapat result bebudak mak ayah diorang hantar. Senang kan online begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, menyenangkan ibu bapa memantau keputusan peperiksaan anak masing2..

      Delete
  7. Replies
    1. ya shahida, memang memudahkan kita untuk memantau keputusan peperiksaan anak2..

      Delete
  8. Replies
    1. kan, kalau tak awal2 lagi ayah dah tau keputusan peperiksaan kita..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti