giveaway

Birthday Giveaway By Izzeyda

6/30/2016 11:59:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Memang dah lama niat di hati nak buat giveaway, maka hari ini Eyda melancarkan satu giveaway sempena birthday Eyda..




SYARAT PENYERTAAN

1.  Terbuka kepada semua blogger
2.  Sila follow blog Eyda, follow IG Eyda, like page facebook Projek Blogger Utara dan IG Projek Blogger Utara
3.  Buat entri bertajuk Birthday Giveaway By Izzeyda
4.  Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini
5.  Giveaway ini akan tamat pada 11.59 malam 30 Jun 2016

HADIAH YANG DITAWARKAN

RM 30 untuk seorang pemenang
RM 10 untuk dua orang pemenang



SOALAN TAMBAHAN

1. Berapakah umur Eyda pada tahun 2016?

2. Bilakah Eyda mula berblogging? (Nyatakan bulan dan tahun)

3. Ucapan buat Eyda sempena hari lahir Eyda.


# Sesiapa yang menjawab soalan tambahan berpeluang mendapat hadiah tambahan.

* Hadiah mungkin akan bertambah sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan




giveaway

Senarai Peserta Birthday Giveaway By Izzeyda

6/30/2016 11:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah tak sangka Giveaway yang Eyda anjurkan ada mendapat sambutan sahabat blogger.. Eyda harap Giveaway Eyda kali ini mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan..





SENARAI PESERTA BIRTHDAY GIVEAWAY BY IZZEYDA

1.  http://arwendanish.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

2.  http://sayasukala.blogspot.com/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

3.  http://lyindastories.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

4.  http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

5.  http://jombercontest.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

6.  http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

7.  http://www.khirkhalid.com/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

8.  http://miamorzafirah.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

9.  http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

10.  http://cikash.blogspot.com/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

11.  http://adna2029.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

12.  http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

13.  http://bluechoralpearl.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

14.  http://jom-santai-aje.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

15. http://tujuhpetak.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

16. http://storymoryluahanku.blogspot.com/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

17. http://princesskawaiigurlzz.blogspot.com/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

18. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

19. http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

20. http://www.vetovirago.com/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

21. http://bicaragadisbiasa.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

22. http://saytoalhamdulillah.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

23. http://nims007.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

24. http://belogftnqsfsyhrsli.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

25. http://hakmilikmyra.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

26. http://lokmanamirul.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

27. http://mama3farhanah.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

28. http://www.tengkubutang.com/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

29. http://honeyoyeke.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

30. http://mushyzaini.blogspot.my/2016/06/birthday-giveaway-by-izzeyda.html

31. TAMAT





segmen & GA

Kad Raya GA by Nina

6/21/2016 12:54:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ni Eyda nak join lagi GA kad raya.. Jom join sebelum ditutup..


http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_22.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Moga ada rezeki hendakNya.. Tak sabar nak menambah kad raya lagi..

info

Bahayanya Internet

6/20/2016 10:54:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa pada tahun ini.. Moga amalan kita makin banyak dari hari ke hari ya.


Ada sesiapa kat sini tak pernah menggunakan internet? Rasanya semua memang pernah guna dan sememangnya menjadi seorang pengguna tegar.

Kalau tak, macam mana nak baca entri blog Eyda nih kan.. Hehehe.. Lagi satu rasa dunia tak lengkap kalau tiada data internet atau di luar kawasan liputan internet.
 

KEMAJUAN INTERNET

Seiring dengan kepesatan teknologi, kita pastinya tidak ketinggalan dalam penggunaan internet. Kalau diikutkan zaman kita dahulu, memasuki sekolah menengah baru mengenal apa itu komputer. Selepas tamat SPM baru tahu apa itu internet kan.

Zaman sekarang, anak-anak kecil pun dah mengenal apa itu internet. Mereka pastinya banyak menggunakan internet untuk melihat video berkaitan dengan cerita kartun di dalam laman youtube.

 
Hal ini dilakukan bagi menghilangkan rasa bosan dan mengisi masa anak-anak itu sendiri. Tidak ketinggalan ianya digunakan sebagai cara untuk elakkan anak-anak mengamuk.

Tapi ketika melayari internet, adakalanya ada iklan dan laman web yang tidak sepatutnya melintasi halaman yang kita sedang layari.

Kita sebagai orang dewasa pun rasa terganggu, inikan pula anak-anak kecil yang sedang meningkat usia yang sememangnya dalam proses belajar tentang apa yang dilihatnya.

Hal ini pastinya agak menyukarkan kita sebagai ibu bapa ingin mendedahkan anak-anak dengan internet.

BAHAYANYA INTERNET

Makin hari makin mencabar dan menakutkan dunia sekarang, terutamanya penggunaan internet dalam kehidupan kita sendiri. Sejak akhir-akhir ini Eyda banyak terbaca keluhan ibu bapa di luar sana tentang kandungan video youtube yang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak kecil terutamanya.


Bila hal ini berlaku, kita sebagai ibu bapa pastinya rasa takut dengan kepantasan teknologi yang ada kini. Pastinya pelbagai cara kita akan lakukan untuk menangkis laman web dan juga video yang tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak kecil.



Eyda pun tidak terkecuali berasa risau dengan fenomena yang pastinya mendatangkan kegusaran dalam diri kita sebagai ibu bapa.

Tidak mustahil ada ibu bapa yang akan menghalang anak-anak untuk membuka internet sesuka hati sehinggakan ada yang meletakkan katalaluan bagi melayari internet.

Tidak kurang juga yang terpaksa berada bersama anak-anak untuk memantau apa yang dilihat oleh anak masing-masing kan.

Ini kerana kanak-kanak ini masih dalam proses belajar dan tidak memahami apa yang boleh dan tidak boleh ditonton oleh mereka.

Jadi, tidak mustahil jika ianya tidak dipantau dan dikawal, anak-anak akan terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Perkara ini adalah berpunca daripada pengaruh internet terhadap mereka.


SALAM BROWSER
 
Tahukah anda, kini ada satu pelayar web baru yang memenuhi syarak telah diwujudkan? Pelayar web yang patuh syariah dan mementingkan keselamatan kepada penggunanya telah mula meniti bibir pengguna internet.



Inilah dia Salam Browser iaitu pelayar web islamik, kita dapat menapis kandungan iklan, perjudian, laman web dan video yang tidak sepatutnya dari memasuki internet kita.

Untuk pengetahuan semua, Salam Browser telah memberi amaran terhadap lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi unsur maksiat, perjudian dan lain-lain unsur yang memudaratkan.

Selain itu, ia mengehadkan hasil carian video dan visual berunsur maksiat dan keganasan.

Alhamdulillah, Eyda rasa lega sangat dengan adanya Salam Browser nih. Eyda boleh biarkan anak-anak melayari internet tanpa pengawasan yang ketat.




Eyda sarankan semua ibu bapa di luar sana muat turun pelayar web Salam Browser. Ini kerana isnya merupakan pelayar web islamik yang patuh syariah dan menjaga adab sopan dalam melayari internet.

Sekarang ibu bapa dapat menarik nafas lega dengan adanya pelayar web ini. Ianya boleh dimuat turun dengan mudah hanya di laman web www.salambrowser.com




buffet Ramadhan

Buffet Ramadan Park Avenue Hotel, Sungai Petani

6/13/2016 10:30:00 AM


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua.. Sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. Setelah seminggu yang dah berlalu, di mana destinasi berbuka anda?

Bagi yang inginkan kelainan berbuka puasa, apa kata anda mencuba Buffet Ramadan yang disediakan oleh pihak Park Avenue Hotel, Sungai Petani.. Pelbagai jenis menu disediakan di sini..

Untuk pengetahuan semua, di sini disediakan lebih 300 jenis hidangan.. Ianya pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih menu untuk berbuka..





Sebaik anda menjejakkan kaki ke Park Avenue Hotel, anda akan nampak pelbagai jenis kiosk di luar perkarangan lobi hotel.. Di sini anda dapat melihat lebih 10 kiosk disediakan di sini..




  Menu yang menjadi tumpuan, pastinya Kambing Bakar yang ada di kiosk luar perkarangan lobi hotel..




ANTARA MENU YANG ADA DI BUFFET RAMADAN, PARK AVENUE HOTEL

Pelbagai pilihan lauk pauk yang anda boleh pilih bagi mengikut selera masing-masing.. Fuh semuanya sedap tak tidak mengecewakan..




Tidak ketinggalan Nasi Ayam juga ada disediakan di sini..



Jika anda tidak mahu makan makanan berat, di sini disediakan beberapa pilihan menu untuk anda..




Bukan itu saja, pelbagai jenis bubur ada di sini termasuklah Bubur Lambuk.. Tidak ketinggalan pelbagai jenis sira buah-buahan turut disediakan di sini..





Ulam-ulaman, kerabu dan desert yang disediakan pun cukup menambat selera sesiapa yang menjamahnya..



Selalunya Ais Kacang hanya mempunyai bebrapa jenis campuran di dalamnya.. Di sini anda akan rambang mata untuk memilih campuran untuk dinikmati bersama Ais Kacang anda.. Banyak tuh, memang anda akan berfikir berkali-kali untuk memilihnya..


Antara minuman yang ada di sini..



Jom tengok penuh tak meja kami? Masing-masing makan sampai kenyang tu.. Itu gambar sebelum berbuka..


Antara team Projek Blogger Utara dan juga tidak ketinggalan terima kasih kepada Eiqa Almond kerana sudi turut sama berbuka puasa bersama team Projek Blogger Utara di Park Avenue Hotel, Sungai Petani..


Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Park Avenue Hotel, Sungai Petani kerana sudi menjemput kami menikmati Buffet Ramadan yang disajikan..




Waktu Buffet Ramadan
7 Jun - 4 Julai 2016
7.00 PM - 10.00 PM

Harga Voucher
RM70 Dewasa
RM49 Kanak-Kanak

Walk In
RM75 Dewasa
RM53 Kanak-Kanak

Untuk Tempahan
Email : general@parkavenue.com.my
Tel : 04-431 7777



LOKASI PARK AVENUE HOTEL



PARK AVENUE HOTEL
1 Jalan Indah Dua
Taman Sejati Indah
08000 Sungai Petani
Kedah



info

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Secara Online

6/09/2016 04:34:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuti sekolah pun dah menghampiri penghujungnya.. Korang sudah tahu, keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak-anak anda?

Kalau belum tahu, apa kata kita semak secara online saja.. Ianya memang senang dan mudah nak pantau keputusan anak-anak dengan hanya di hujung jari..


Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Secara Online





1. Buka laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/



2. Sila masukkan No KP/Sijil Lahir anak (isi di ruangan no.1 dalam gambar di atas)

3. Klik sama ada anak anda SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH (klik di ruangan no.2 dalam gambar di atas)

4. Klik TAHUN peperiksaan yang anda ingini (klik di ruangan no.3 dalam gambar di atas)

5. Klik SEMAK LAPORAN (klik di ruangan no.4 dalam gambar di atas)




6. Anda akan di bawa ke page baru seperti paparan di atas



7. Semak sama ada maklumat yang dipaparkan betul. (Manalah tahu tetiba keluar maklumat orang lain plak kan.. Setakat yang Eyda buka belum pernah salah laa.. Kecuali taip No KP/Sijil Lahir anak anda tadi salah.)

8. Dah pasti betul maklumat yang dipaparkan, pilih KEPUTUSAN PEPERIKSAAN yang diingini. (klik seperti gambar no.5 di atas)



9. Selepas memilih KEPUTUSAN PEPERIKSAAN yang diingini, kemudian anda klik PAPAR SLIP KEPUTUSAN (di ruangan no.6 dalam gambar di atas)



  
10. Selepas itu anda akan dibawa ke page seperti di atas.

11. Anda boleh memilih samada nak cetak atau simpan.



12. Inilah contoh slip peperiksaan anak anda yang telah siap dicetak.



* Maaf maklumat sebenar pemilik perlu dipadamkan untuk mengelakkan ianya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



hadiah

WoRdLeSS WeDNeSDaY #51

6/08/2016 09:04:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah separuh minggu di dalam minggu ini dan dah masuk hari ketiga kita berpuasa..

Sebenarnya hari ini, Eyda nak berterima kasih kepada Nina di atas hadiah yang top komentar di blognya..




Alhamdulillah, Eyda dapat hadiah dari Vietnam plak tu.. Cantik, Eyda suka sangat.. Memang warna kesukaan tu.. Macam tau-tau jer Nina nih.. Terima kasih banyak-banyak Nina kerana sudi hadiah Eyda dengan hadiah-hadiah nih..




segmen & GA

Contest Jubah By Zaza Iman

6/07/2016 03:12:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mood join contest jap.. Jom join, manalah tahu rezeki kan..



www.zazaiman.com ( link kan ) merupakan sebuah blog personal dan lifestyle seharian seorang blogger. Banyak berkongsi tentang motivasi, tip, dan juga review mengenai produk-produk yang pernah digunakan.
Pemiliknya Zaza Iman juga membuat servis cetakan kad bisnes dengan harga hanya RM55 je untuk 3 kotak ( 300 pcs ). Juga menjual secara online produk pakaian. Untuk sebarang tempahan kad bisnes dan lain boleh berhubung terus melalui instagram @byzazaiman
Contest Jubah By Zaza Iman
Berita baik, www.zazaiman.com kini sedang membuat SATU CONTEST iaitu CONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN. Dimana hadiah yang ditawarkan adalah :
HADIAH YANG DITAWARKAN 

1 x Miri Jubah @ Riya Baju Kurung By Zaza Iman
1x RM10 Topup by Tengkubutang


Nota ** 
seorang pemenang yang berjaya boleh memilih sama ada mahu
jubah merah atau baju kurung hitam
Sekiranya baju yang dipilih kehabisan stok, maka baju lain akan digantikan dimana anda juga boleh memilih SATU dari  beberapa pilihan yang ditawarkan
Yeahhh..best kan??
Kalau korang nak join boleh klik SINI .
 
 
 

ramadhan

Ramadan 1437H Kembali Lagi

6/06/2016 08:43:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas untuk menempuh bulan Ramadan pada tahun ini.. Semoga kita dapat melipat gandakan amalan kita pada tahun ini.. In shaa Allah..


kredit

Semoga tahun ini kita dapat melakukan ibadah yang lebih daripada hari biasa dan daripada tahun yang lepas..




Ermm macam mana sahur pertama korang pada pagi ini? Ada ke yang terbabas tak bangun sahur? Ada ke yang terlupa bahawa hari ini merupakan 1 Ramadan 1437H? Meh la kongsi dengan Eyda sikit..

Bagi Eyda dengan anak-anak, Alhamdulillah pagi nih dapat bangun sahur seperti tahun-tahun yang lepas.. Cuma anak-anak agak liat sikit nak bangun.. Apapun memasing bangun sahur.. Harap tahun ini diaorang dapat berpuasa penuh sepertimana macam tahun lepas..




info

Perlaksanaan Mengenai Waktu Peringkat (WP) Bekerja Khas Pada Bulan Ramadan

6/04/2016 07:37:00 AM


Assalamulaikum dan selamat sejahter semua.. Alhamdulillah semalam Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan kenyataan akbar mengenai Waktu Peringkat Bekerja Pada Bulan Ramadan.

Semua penjawat awam akan dibenarkan pulang awal 30 minit daripada biasa. Ini dilakukan dengan mengurangkan 30 minit waktu rehat setiap hari. Maka ianya tidak menjejaskan waktu bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan..

Di sini Eyda lampirkan kenyataan akhbar tersebut.




SUMBER 



event

Majlis Kempen Pelancaran Bufet Ramadan dan Pengedaran Bubur Lambuk Percuma oleh The Light Hotel

6/03/2016 04:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah semalam telah pun berlangsung Majlis Kempen Pelancaran Bufet Ramadan dan Pengedaran Bubur Lambuk Percuma oleh The Light Hotel.


Majlis ini telah disempurnakan oleh Charmain The Light Hotel, En. Azhar Mohammad. Majlis ini merupakan Program CSR The Light Hotel bersama dengan Rapid Penang.





Di dalam program ini, pihak The Light Hotel telah mengedarkan sebanyak 1500 bekas bubur lambuk kepada sesiapa yang melalui hadapan The Light Hotel sekitar jam 4.30 petang sehingga 5.30 petang semalam.





Selain itu, pihak pengurusan dan kakitangan The Light Hotel bersama media menaiki bas Rapid Penang  singgah ke Tesco Seberang Jaya untuk mengedarkan bubur lambuk ini.



Untuk pengetahuan semua, majlis ini telah pun memasuki tahun kedua penganjurannya.. In shaa Allah, ianya akan diteruskan lagi di tahun akan datang.

Inilah antara barisan kakitangan The Light Hotel yang terlibat dalam Pengedaran Bubur Lambuk Percuma semalam..




Inilah rupanya bubur lambuk yang diedarkan semalam. Walaupun nampak kering, tapi ianya memang sedap. Alhamdulillah dapat juga Eyda dan anak-anak merasainya.. 




Bagi yang ingin merasai kelazatan bubur lambuk ini, korang kenalah berbuka di The Light Hotel. Pakej yang ditawarkan pun menarik. Untuk melihat antara menu yang disediakan dan juga tempahan, anda boleh baca di SINI..


Lokasi The Light Hotel




The Light Hotel

Lebuh Tenggiri 2, 
13700 Seberang Jaya, 
Pulau Pinang



Blog yang Diikuti