Review : Cloth Pad atau Pad Kain dan Pantiliner

4/08/2016 04:21:00 PM


Untuk pembacaan WANITA sahaja..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama Eyda nak berkongsi, tapi baru hari nih dapat selesaikan entry nih..

Ada sesiapa pernah dengar Pad Kain atau Cloth Pad? Mesti ada yang pernah dengar kan.. Ala yang orang dulu-dulu guna kain batik yang dikoyak kecil-kecil atau tuala kecik Good Morning tuh.. Itu dulu..

Tapi kini Pad Kain atau Cloth Pad yang Eyda nak kongsikan nih moden skit.. Ianya masih berkonsepkan pad kain macam dulu jugak.. Tapi ianya diperbaharui sesuai dengan kita yang moden dan bergerak aktif nih..


Koleksi terkini Cloth Pad dan Pantiliner yang Eyda miliki

Pada mulanya Eyda hanya pernah mencuba pantyliner keluaran Snowdrop.. Ianya hadiah GA yang Eyda pernah sertai.. Lama kelamaan Eyda ingin mencuba Pad Kain atau Cloth Pad SnowDrop nih.. Ini kerana keselesaan pantylinernya membuatkan Eyda ingin mencuba cloth pad SnowDrop nih..




Selepas dah merasai sendiri keselesaan pantiliner, Eyda pun membeli Cloth Pad yang pertama.. Jom tengok salah satu daripada hasil rembatan Eyda..

Salah satu koleksi Cloth Pad jenama Snowdrop

Ternyata percubaan Eyda berbaloi.. Cloth Pad SnowDrop nih memang selesa.. Malah ianya lebih selesa daripada pad yang kita beli di pasaraya.. Lainnya ianya tidak mendatangkan rasa gatal pada alat sulit.. Ianya memang sesuai untuk sesiapa yang sentiasa alergik dengan pad biasa yang mudah di dapati di luar sana..

Lagi satu jangan risau, ianya tak kan bocor macam pad biasa yang kita guna.. Malah aliran haid kita tidak akan terlalu banyak sepertimana semasa kita menggunakan pad biasa.. Itu apa yang Eyda rasai sendiri.. Bahkan darah haid kita pun kurang berbau..

Mungkin ada yang beranggapan ianya mahal.. Memang harganya mahal, tapi ianya boleh bertahan hingga melebihi 5 tahun penggunaan..

Malah, ianya juga senang untuk dibasuh.. Boleh guna sabun mandi atau sabun kapak tanpa menggunakan berus.. Kalau tak sempat nak basuh, boleh rendam dalam timba kecil terlebih dulu di rumah.. Ianya memang senang, jadi jangan risau akan lekat kesan kotor pada cloth pad kita tu..

Pelbagai corak ditawarkan untuk kita.. Jadi ianya tidak membosankan bila melihatnya.. Untuk pengetahuan semua, Pad Kain nih merupakan Pad Kain Handmade ya.. Bagi Cloth Pad jenama Snowdrop, ada jaminan selama setahun..

Percubaan Eyda tak berakhir di situ, Eyda beli pula pantiliner dan cloth pad dari jenama Yuhmico, Redmoon, Bamboolite dan Sweet n Cozy..


Koleksi pantiliner jenama Yuhmico, Bamboolite dan Sweet n Cozy.. Tidak ketinggalan Cloth Pad jenama Yuhmico..

Majoriti jenama cloth pad ini menggunakan kain jenis minky.. Tapi bagi jenama Yuhmico, ianya menawarkan pelbagai jenis kain iaitu dari jenis minky, suede, fleece dan cotton knit..

Untuk pengetahuan, bagi jenama Yuhmico, jenis cotton knit lebih menjadi pilihan.. Kiranya lebih banyak pilihan yang kita boleh pilih dengan jenama Yuhmico..

Bagi Eyda setiap satunya ada keistimewaannya yang tersendiri.. Walau bagaimanapun, kain jenis minky memang lebih mudah untuk cuci berbanding jenis lain..


Tidak lama kemudian Eyda menambah lagi koleksi dengan cloth pad dan pantiliner jenama Red Moon.. Alhamdulillah semua jenama ini mempunyai tahap keselesaan yang tersendiri.. Nampaknya sekarang Eyda dah bertukar 100% menggunakan cloth pad dan pantiliner berasaskan kain..



Cloth Pad, Extreme Liner dan Daily Liner jenama Red Moon

Untuk Daily Liner atau Pantiliner, Eyda sukakan jenama Red Moon nih.. Bukan apa ianya agak nipis dan selesa untuk dipakai ketika hari biasa atau penggunaan harian..

Sesiapa yang jenis kebocoran pundi kencing atau yang suka terkeluar sedikit air kecil ketika batuk dan seumpamanya memang sesuai menggunakan Extreme Liner.. Ianya juga boleh digunakan ketika dihujung haid..

Pad kain jenama Red Moon menawarkan jaminan kerosakan pada butang atau jahitan sepanjang hayat pad kain tersebut.. Kiranya kalau rosak, akan dibaiki oleh pihak Red Moon..


SENARAI LAMAN WEB CLOTH PAD

Snowdrop

Yuhmico

Red Moon

Sweet N Cozy

Bamboolite



Jom kita bertukar daripada pad biasa kepada cloth pad atau pad kain yang lebih mesra alam.. Bukan itu saja, kita boleh menjaga kesihatan kita dengan menggunakan cloth pad yang terbukti tiada bahan kimia..




You Might Also Like

35 comments

  1. nampak menarikk je cloth pad nii,insyaAllah balik mesia nanti nak tryy cariii

    ReplyDelete
  2. singgah sini drpd segemen blogger mialiana...hehe

    ReplyDelete
  3. teringin juga nak try..apapun jimat duit beli pad kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba pakej percubaan pun ok.. yup memang jimat.. lagi satu dapat juga jaga kesihatan dalaman kita..

      Delete
  4. salam menarik untuk dicuba,
    ada ternampak jugak orang post pasal ni kat fb
    singgah dari blog kak mia.
    http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. ya memang menarik untuk dicuba.. sekarang kita lebih sedar tentang kebaikan menggunakan cloth pad..

      Delete
  5. igt budak2 je ada cd
    org dewasa pun ada...
    jimat nau nau

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..hi..sy azura..agen cp Redmoon..if ad yg berminat mai roger sy 013-2841482..selain agen sy pn pengguna cp dr Redmoon..mmg seronok guna..hihi..tq sb guna cp dr Redmoon sis izzeyda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. terima kasih ya, boleh juga sesiapa yang berminat contact puan.. saya beli baru nih direct dengan owner Redmoon.. lagi pun saya tinggal berhampiran dengan pemilik CP Redmoon..

      Delete
  7. hmmmm nice review ni eyda.
    menarik perhatian aida tau.
    aida x pernah membeli atau mencuba.
    in shaa Allah one day. mau research dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang menarik.. cuba laa Aida beli satu dua.. baru tahu macam mana ok ke tak..

      Delete
  8. wah.best ni.anaknke dua jer pakai. sebab semenyih selalu air tak der, terpaksa pakai diapers pakai buang. tapi nak bgtau mmg bagus cd ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan bagus guna jenis nih.. bila kanak-kanak pun bagus, kita lagi laa.. kalau air tak ada ni, susah juga kan, kena pulak buang yang besar tu..

      Delete
  9. Anaknpakai Cd bagus, sama juga mak2 pun bagus CD utk wanita ini.

    ReplyDelete
  10. kena bertukar kepada cloth pad suatu hari nanti ni

    ReplyDelete
  11. cuba la beberapa keping dulu..

    ReplyDelete
  12. Saya pun ada satu. Tu pun orang hadiahkan tapi tak pernah nak cuba pakai lagi.

    ReplyDelete
  13. tak pernah pakai pun eyda.. menarik

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..saya ada jual cloth pad daripada kain batik. Lebih tahan lasak dan kukuh. Harga pon lebih murah dari yg lain. Kalau berminat boleh wasap sy 0133822957

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. sesiapa ada teringin nak cuba clothpad daripada kain batik contact ila ezman ya..

      Delete
  15. Average harga utk sekeping berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantilinier sekitar rm15 sekeping
      pad sekitar rm20-rm30 sekeping

      jika ingin jimat, beli secara pakej boleh jimat banyak..

      Delete
  16. Assalamualaikum saya agen sah Snowdrop. Boleh whatsapp, telegram, wechat di number 0184670731 ataupun ig @anodyneaurorashop. Terima kasih eyda buat review ni. Masih ramai lagi yg tak tahu kewujudan pad kain ni. Sekali lagi terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. sama2, entri ni sebagai salah satu cara mempromosikan clothpad yang masih ramai belum kenal dan mengetahui kewujudannya.. memang selesa guna clothpad dan dah jatuh cinta dengannya..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti