D'Coconut Shake Kulim

4/14/2016 10:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama Eyda nak berkongsi satu tempat makan yang menarik di Kulim, Kedah..

Beberapa kali Eyda singgah ke sana barulah Eyda dapat siapkan entry nih.. Bagi Eyda, walaupun dah beberapa kali singgah makan, rasanya memang sedap..




Ehh tengok tajuk coconut shake kan, tapi kenapa pula citer pasal makan.. Sebenarnya menu utama yang sedap di sini ialah coconut shake.. Tidak ketinggalan Laksa Special (Sambal Sotong) pun sedap juga..

Gambar terkini kunjungan ke D'Coconut Shake Kulim


Coconut Shake Special dan Laksa Biasa

Bihun Sup Ayam..
Maaf gambar kurang cantik skit sebab pencahayaan..

Bihun Sup Daging


Bukan itu saja, di sini ada menawarkan, pelbagai menu ringan yang boleh dinikmati.. Malah baru nih masa Eyda berkunjung ke sini, ada ditawarkan menu Nasi Ayam dan Mee Kari.. Ianya merupakan menu baru di sini..




MENU DAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN D'COCONUT SHAKE KULIM

MAKANAN
Bihun Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Kuey Teow Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Mee Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Laksa Biasa - RM 3.00
Laksa Special (Sambal Sotong) - RM 3.50
Mee Kari - RM 4.50
Nasi Ayam - RM 4.50


MINUMAN

Coconut Shake
Biasa - RM 2.50
Special - RM 3.00

Air Kelapa
Lemon - RM 2.50
Ice Cream - RM 2.50
Laici - RM 2.50

Jus Buah-Buahan
Apple -  RM 2.50
Fresh Orange - RM 2.50
Belimbing Asam Boi - RM 2.50
Amra Asam Boi - RM 2.50
Jambu Asam Boi - RM 2.50
Carrot Susu - RM 2.50
Tembikai - RM 2.50
Laici - RM 2.00

ABC
Biasa - RM 2.50
Special - RM 3.00

Cendol
Biasa - RM 2.50
Pulut - RM 2.50
Tapai - RM 2.50
Jagung - RM 2.50
Ice Cream - RM 2.50
Durian - RM 3.00
Special - RM 3.50





LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN


Ianya merupakan gerai yang berada di tepi jalan besar berhampiran Taman Selasih, Kulim.. Kalau anda daripada Kulim anda akan nampak gerai ini di sebelah kanan anda selepas Petronas, Taman Selasih dan sebelum Tesco Kulim.. Kalau anda dari arah Machang Bubok, Bukit Mertajam dan Junjong anda akan melepasi Tesco Kulim dan ianya akan berada di kiri anda.. Kalau nampak kereta banyak parking di bahu jalan tu, kiranya anda berada di D'Coconut Shake Kulim..


Tengok pelan yang Eyda pinjam daripada FB D'Coconut Shake Kulim nih..





Ianya dibuka dari jam 12.00 tengahari - 7.00 malam setiap hari kecuali hari Jumaat




You Might Also Like

26 comments

  1. ohhh ! okey2 !

    nak kena pi ni.. tapi, minggu ni tak dapat la.. minggu depan kot..

    tengok coconut shake tu teringat coconut shake Batu Berendam.. rinduuu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila2 boleh laa singgah Zaf.. kira sejalan dengan CKT Tok Hery jugak.. kekadang tempat duduk sampai penuh, jenuh jugak laa..

      Delete
  2. Wahhh..ada CS yg biasa n spesel same.
    Suke sgt..selalu beli CS kalau pi umah adik kt Pontian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ada kedua2 nya.. klu tengok, tak putus2 tukang buat CS tu memenuhi permintaan pelanggan..

      Delete
  3. silap lah petang2 mai sini
    lapo jadinya
    jom eyda belanja ruhil konut shake ngan laksa tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca tajuk nak singgah jugak.. hehehe.. mai laa, kita p dating2 kat situ plak..

      Delete
  4. Nanti balik kedah, boleh singgah kut. Lapaq bihun sup utaqha punya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau mama 3farhanah singgah ke kulim

      Delete
  5. haduhh nasib dh makan malam.. hehee
    boleh tahan

    ReplyDelete
  6. aida lom pernah singgah kedah.
    terus fly ke langkawi ajer tau eyda.
    one day... one sweet day pasti aida dtg holiday kedah plak.
    memang akan roger eyda ler dulu.
    mau tanyer detail :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja Aida, sini dengan Penang dekat dah. Boleh skali ke Penang.

      Delete
  7. saya jadi lapar balik tengok makanan ....
    fuhhhh nasib lah jauh kalau dekat dah boleh pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nasib laa Kedah ni jauh daripada Namia

      Delete
  8. Cantiknya si katak! Tang mata tu yang mahal!

    ReplyDelete
  9. wah macam macam ada. sedapnya coconut shake lagi lagi time panas berdeting macam ni kan

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Setahu saya dia buka setiap hari. Sekarang ni dia dah berpindah kat tepi pasar borong dekat dengan kawasan tu juga

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti