KhaSiaT BuaH MaRKiSa

8/29/2015 09:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada yang kenal dengan buah markisa? Mungkin ada yang pernah dengar tapi tak pernah tengok rupanya..

Eyda pernah minum jus markisa, itu pun tumpang rasa air yang member beli.. Dia pun tak mampu nak habiskan kerana rasa manis masamnya..

Eyda baru jer pernah tengok rupa buah markisa nih.. Itu pun kebetulan ada buah yang masak di rumah mak Eyda.. Sebelum ni tengok pokok jer.. Itu pun masih tak tahu pun pokok markisa.. Ingatkan pokok kekacang apa.. Daun jer penuh, tak Nampak rupa buah langsung.. Bila belek baru nampak buahnya..


Buah markisa


Kalau tengok rupa buahnya macam buah plastik hiasan pun ada.. Kulitnya yang kilat dan buahnya yang ringan memang macam buah hiasan ja.. Inilah buah yang mak Eyda petik..



Khasiat Buah Markisa

Buah markisa merupakan salah satu buah yang mempunyai banyak sekali manfaat untuk kesihatan, buah yang mempunyai rasa manis sedikit asam ini memang mengandungi banyak nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Ini dia beberapa manfaat buah markisa untuk kesihatan:

Sumber vitamin C.
Buah markisa merupakan salah satu buah dengan kandungan vitamin C yang sangat baik. Mengambil buah markisa telah memenuhi sekitar 50 peratus daripada keperluan vitamin C harian anda. 

Sumber antioksidan.
Buah markisa merupakan buah yang tinggi dengan kandungan antioksidan yang cukup mujarab untuk melawan berbagai macam penyakit seperti kanser dan keradangan. 
Manfaat buah amrkisa untuk kesehatan
Isi buah markisa

Menjaga kesihatan pencernaan.
Buah markisa bermanfaat untuk mengatasi berbagai macam masalah pencernaan seperti sembelit. buah ini juga merupakan ubat yang sangat baik untuk rawatan hyperacidity, perut dan ulser duodenum.

Kaya dengan Beta karoten.
Kandungan beta karoten dalam buah markisa  dapat mendorong perkembangan tulang dan gigi, membaiki tisu tubuh, mengurangkan risiko arthritis, penyakit Parkinson dan kemurungan.   
Kaya dengan kandungan zat besi
Markisa merupakan salah satu makanan yang mengandungi zat besi cukup tinggi. Dalam 1 cawan buah markisa mengandungi kira-kira 4 mg zat besi.

Mengandungi folat
Buah markisa diketahui merupakan salah satu dari makanan yang mengandungi folat (vitamin B9) yang cukup baik, folat (vitamin B9) berfungsi untuk menjaga kesihatan mental dan otak, serta dapat mencegah terjadinya kecacatan pada bayi sepanjang masa kehamilan ibu mengandung. Selain itu, asid folik juga dapat menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan peredaran.


Membantu menstabilkan berat badan.
Buah markisa boleh membantu dalam menurunkan berat badan kerana mengandungi rendah kalori, sodium dan lemak. Walaupun buah markisa ini rendah kalori dan juga lemak, ia juga kaya dengan karbohidrat dan gula semula jadi yang dapat mempercepatkan peningkatan stamina anda selepas aktiviti yang memenatkan.  


Tinggi serat.
Buah markisa adalah sumber terbaik serat. Dalam 100 g buah markisa mengandungi 10.4 g atau 27% serat. Serat sangat diperlukan untuk pemakanan dan membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Selain itu serat dalam buah markisa juga boleh membantu melindungi selaput lendir usus dengan cara mengurangkan pendedahan kepada bahan-bahan toksik di dalam usus besar serta mengikat bahan kimia yang merupakan penyebab terjadinya kanser di usus besar.



Mengandung tinggi kalium.
Buah markisa sangat kaya dengan kalium. Dalam 100 g buah markisa mengandungi kira-kira 348 mg kalium. Kalium merupakan komponen yang sangat penting untuk membantu mengawal degupan jantung dan kestabilan tekanan darah.

Baik untuk pesakit asma.
Buah markisa mengandungi khasiat yang boleh melegakan serangan asma. Selain buah ini mengandung vitamin C, markisa juga mempunyai kesan menyekat histamin yang menyebabkan gejala penyakit asma.




Sumber diedit daripada khasiatmanfaatsehat


 

You Might Also Like

16 comments

  1. kecur liur tengok buah markisa..dah lama x makan yg ori..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedap markisa ni....saya telan jer sekali dengan biji-bijinya...

    ReplyDelete
  3. buah dia tak berapa minat.. masam..

    air dia, laju lah... hehe

    ReplyDelete
  4. Pernah minum jus markisa.
    tapi x pernah tgk buah nya secada live atau makan :-)
    A great sharing ni eyda...

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi makan buah ni.. minum air ja penah

    ReplyDelete
  6. Saya suka jus markisa. Masam-masam sedappppp :)

    ReplyDelete
  7. Selalu tgk yg warna hijau..bergayut2 je kat umah nenek sedara..

    ReplyDelete
  8. letak atas pavlova sedap buah markisa ni

    ReplyDelete
  9. pernah dengar tapi x pernah tengok rupa depan mata..

    ReplyDelete
  10. suka jus markisa ni..beli di cameron highland..masam tu yg sedap

    ReplyDelete
  11. dh lama x minum air markisa kt umah mak

    ReplyDelete
  12. Buah ni masam... Tapi banyak khasiat...

    ReplyDelete
  13. xpenah dgr pulak nma buah ni...first time tgk buahnye,,,heee

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti