SeDaPnYa DoNuT

4/29/2015 11:14:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa kat sini suka makan donut? Tak kisah laa donut yang biasa letak gula ke atau yang siap ada dekorasi dan perisa tuh ala-ala dunkin donut tuh..

Eyda suka jugak, tapi tak ada laa sampai nak kena mencari.. Kalau jumpa Eyda beli, kalau sebaliknya tak kisah pun.. Anak Eyda si Kimie suka makan donut plain biasa yang letak gula tuh.. Kekadang mintak belikan donut tuh untuk dia..

Eyda pernah beberapa kali beli donut plain atau berperisa nih.. Selalunya kalau Eyda beli sebab singgah ke bank berhampiran.. Tapi dua hari berturut-turut Eyda sesaja singgah beli untuk makan..

Yang nih Eyda beli hari Isnin yang lepas.. Ini namanya donut cheese ya.. Harga RM1.50 sebiji.. Memang sedap.. Dah laa donut dia lembut sesangat.. Budak-budak pun mudah nak gigit dan makan..


Donut Cheese


Anak Eyda mulanya tak mau donut.. Pakat beli sate ikan sorang 4 cucuk RM1.. Okey tak apa jual mahal ye.. Lastly, bila tengok Eyda makan.. Terus nak rasa.. Bila dah rasa apa lagi pakat nak ngap jelah.. Hehehe..

Semalam apa lagi pakat request laa nak donut macam semalam laa siap nak pilih perisa laa.. Macam-macam.. Lastly, inilah rembatan Eyda petang semalam mengikut order anak-anak.. Rasa-rasa yang mana menjadi pilihan Izzat, Kimie dan Eyda? Boleh teka ke?




Abang nih dia jual kat area ATM Maybank, Bertam sekitar jam 5.30 petang sehingga habis.. Hari Isnin yang Eyda beli tuh dia kata dia buka 45 minit dah nak abis..

Kiranya siapa yang tinggal berdekatan dan ingin merasai kesedapan donut nih, boleh laa terjah ke Maybank Bertam.. Nak order siap-siap pun boleh.. Abang tuh cakap, contact jer nombor telefon ada kat pek tuh..



Original Donut
HP : 019-5920093
Home : 04-5750395




You Might Also Like

44 comments

  1. ala..jauh sgt pulak.,.tapi Fida memang suka makan donut..selalu p Big Apple

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak daya laa nak tolong.. Eyda tak pernah makan donut Big Apple lagi.. nanti boleh cuba laa..

      Delete
  2. singgah pagi...suka donut..tp big apple..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka.. Eyda tak pernah cuba lagi donut Big Apple.. next time laa cuba..

      Delete
  3. suke jugak makan donut..xkisah ape janji donut tuh kene sedap..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh Falsya.. donut kalau mahal sekalipun, kalau tak sedap pun buat apa kan.. :D

      Delete
  4. Feveret juga donut ni, sdpnya ada cheese plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap donut cheese.. anak2 pun suka..

      Delete
  5. Febret ekin donut ni... sedap tengok donut

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tengok je sedap.. makan pun memang sedap..

      Delete
    2. Tengok je mana sedap... Nak sedap kena telan...

      Delete
    3. seda semasa kunyah terasa di lidah dah telan rasa kenyang kih kih kih

      Delete
    4. seda? hehehe nasib tak tersedak membacanya..

      Delete
  6. BERTAM? jau hbenor..kalau nk mkn donut mesti cari kat big Apple...lembut, gebus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah laa susah payah datang jauh2.. ramai aihh suka beli donut Big Apple.. nak kena cuba laa..

      Delete
    2. ada yang nak kena cubit nih hehehe

      Delete
  7. i pun suka donut! kalau donut yang guna tepung custard semata tu lagi i suka! hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo lia suka donut yang guna tepung custard ya..

      Delete
  8. saya pun suka makan donut,saya suka makan donut chocolate :-)

    ReplyDelete
  9. sedapnye donut..tibe2 teringt dunkin donut...donut die mmg sedap..dan kurang manis..lame tak beli,last time buat sbb ank2 request...

    bw dr housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan.. bila anak2 request mesti cuba nak penuhi permintaan diaorang..

      Delete
  10. SS suka kampong yang gula biasa tu je... Donut moden pon suke jugak...

    ReplyDelete
  11. Meleleh air liur. Tetiba lapar. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok makanan memang akan membuatkan kita cepat lapar.. hehehe..

      Delete
  12. sedapnye donut..lama tak mendonat dah...

    ReplyDelete
  13. dulu suka donat big apple

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang suka donut apa plak? ramainya yang suka donut Big Apple..

      Delete
  14. Walaupun donut macam ni sedap, saya tetap suka donut gula yang biasa tu. Rindu nak makan donut gula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah, nanti balik malaysia boleh makan donut gula..

      Delete
  15. adik selalunya beli big apple, bole la menumpang sekali. nak makan beli tu, malas. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib malas membeli bukan malas makan.. hehehe.. sedap makan yang orang belanja nih..

      Delete
  16. bertam kepala batas ? huhuhu.. weekend ni nak balik sana.. tp target nak makan coq udang ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bertam kepala batas.. mai sini makan coq udang ja ka CT?

      Delete
  17. lama xmakan donut buatan sendiri.. selalu nina lebih suka J.Co donut . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda tak reti nak buat sendir.. beli jelah.. ohh ada J.Co donut ya..

      Delete
  18. Tak berapa gemar sangat sebab manis..hehe :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti