aKTiViTi Di KaLa TeNSioN

4/30/2015 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu kan.. Dah pun hari Khamis.. Sekejap jer nak cuti balik.. Tapi cuti panjang tu.. 4 hari direct gitu..

Okey laa, jom straight to the point.. Korang pernah tak tension? Tak kira laa tension di rumah ke pejabat ke? Dengan rakan pejabat atau family sendiri.. Kalau tension, apa yang korang buat?




Eyda ada aktiviti yang boleh Eyda buat kalau tension nih.. Nak tengok tak apa aktiviti Eyda di kala tension di pejabat..

Jom ushar gambar kat bawah nih.. Haa menarik tak aktiviti melepaskan tension kat bilik tempat keja Eyda nih? Selalunya Eyda main nih time tension sangat.. Lagi satu tak ada orang dalam bilik Eyda..









Inilah hasil pemain amatur macam Eyda.. Main sekali sekala jer.. Eyda paling tak lupa first time main benda nih tahun lepas.. Sempena pemilihan sukan mewakili negeri dalam sukan jabatan..

Baling dart nih ntah macam apa lagi.. Siap kena dinding pun ada.. Nasib laa tak ada orang dok dekat.. Naya tu kalau kena orang..

Okey nak tengok tak part yang paling sukar nak dapat.. Jeng jeng jeng..


V


V


V


V


V




Susah tuh nak kena tengah-tengah tuh.. Ni pun ntah berapa kali balingan baru nak kena.. Time nak tunjuk kat korang baru kena.. Kekadang baling kena kat dinding pun ada.. Nasib laa nama pun main untuk suka-suka.. Kalau game, rugi tuh..

Nampak sangat sekali sekala jer Eyda main dart nih kan.. Kiranya kategori tak tension sangat laa.. Okey laa, ni laa aktiviti melepaskan tension Eyda kat opis.. Best tak aktiviti Eyda?






You Might Also Like

31 comments

  1. wah.. dapat perfect score....
    tension betul ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. main2 jer tuh, tak sangka nak dapat yang tengah tuh.. hehehe..

      Delete
  2. Yup..Fida hari2 stress..Stress dkt tempat keja dan family..
    Cara Fida lepas stress senang jer...tgk drama sedih n teriak puas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun bagus jugak untuk lepaskan stress kita tanpa sesiapa pun sedari..

      Delete
  3. wah dasyat kena yang tengah2 tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa terkejut jugak.. tak pernah dapat pun sebelum nih..

      Delete
  4. Replies
    1. yang buat balingan nih pun terkejut jugak.. macam tak percaya..

      Delete
  5. saya memang x reti la kak.. hahahhaa.. saya kalau tension, sama ada menyanyi, menari and workout. itu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun baru berapa kali jer main.. mula memang tak reti pun.. baling pun tak kena langsung.. ok laa menyanyi, menari ngan workout tuh.. tu pun salah satu cara untuk lepaskan tension..

      Delete
  6. sis JM tak leh main game ni nanti berTAMBAH TENSION sbb asyik baling terkena dinding

    ReplyDelete
    Replies
    1. main suka-suka tak ada masalah.. jangan game lawan jer.. memang tension..

      Delete
  7. best lah org tu ada bilik sendiri...ada ruang utk hilangkan tension eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik pun berkongsi jugak dengan orang lain.. selalu kawan ngan fail laa.. bilik keja sekali ngan fail keja dalam satu bilik..

      Delete
  8. sis JM kalau nak hilang tension tgk RUnning Man...huhh....habis 1 episod hilang terus TENSION tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tuh running man.. kat opis tak boleh nak layan.. huhuhu..

      Delete
  9. hanya org yg pakar je dpt balingan tepat mcm tu...ntah2 Eyda sengaja letak pastu cakap balinga tepat...matilah statement minta penampor hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh tu pun ada baling kena dinding.. cuma tak tunjuk jer.. nak penampor ke kak JM? sila mintak dengan orang lain.. hehehe..

      Delete
  10. Zumal pun agak stress sejak Sabtu lepas. Hari nie reda sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau stress kena buat something jugak.. kalau tak makin bertambah stress tuh..

      Delete
  11. fuiyioooo kak.. dasyat tu hakhak..
    itew tak reti main.. rasanya baling dart pun x penah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua gara-gara kena paksa rela main tahun lepas.. kalau tak sampai sekarang tak reti main..

      Delete
  12. Ekin tension dengan.jiran sini suka jaga tepi kain.orang la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kat dia.. Ekin kena hadiah kat dia kain sehelai..

      Delete
    2. Hahhaa bankprup ekin kak eyda bagi kain ramai gilo hok xcukup kain ni

      Delete
  13. lama xmain panah2 ni.. hehe. kena beli juga nk hilangkan tension

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli laa sesekali boleh laa main.. boleh jugak buat penawar tension..

      Delete
  14. kalau ada benda ni dekat office kan best..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun yang opis nyer.. PRA kat opis nih letak untuk main sekali sekala.. kita apa lagi tumpang sekaki laa..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti