BaSiKaL BaRu KiMie

8/29/2013 08:02:00 AM

Assalamualaikum semua.. Setelah lama mintak basikal, makanya ari Sabtu lepas aku dah tunaikan permintaan Kimie.. Yelah dari sebelum puasa sampai raya hinggalah Sabtu lepas barulah hasrat di hati kecil Kimie dapat dipenuhi..

Mulanya dia mintak beli guna duit raya yang dia kumpul raya baru nih.. Memandangkan birthday dia tak beli apa2, inilah adiah birthday buat Kimie.. Sebelum ni kan dia dok naik basikal yang dibeli untuk birthday Izzat masa dia umur sekitar 2 tahun.. Dah Izzat penakut sangat nak naik basikal selepas jatuh kali pertama naik basikal, maka nya Kimie la yang pandai naik basikal dulu..

Apapun sekarang Izzat dah pandai naik basikal.. Itu pun setelah Kimie dah ada basikal baru.. Basikal yang dibeli untuk Izzat dulu kini dia yang naik balik.. Sekarang dua2 beradik tengah ciwi nak naik basikal ja..

Bayangkan Kimie ari Ahad yang lepas boleh kuar main dari awai pagi hingga lewat petang.. Balik pun semata-mata nak minum air ngan tambah air bekalan untuk main.. Makan sampai tak mau langsung.. Malamnya baru dia makan nasi.. Malam tuh masing-masing tido awai, keletihan la jawabnya.. Yelah kul 8 lebih masing2 dah tergolek atas tilam..

Meh layan Kimie ngan basikal baru..







Ok la sekian saja citer dari kami.. Citer seterusnya akan menyusul kemudian.. Ntah citer apa plak nak sumbat dalam blog nih.. Tungguuuu.... Ok nak choww dulu..




You Might Also Like

3 comments

  1. SAlam. Hee chanteknya basikal baru kimie itu.

    ReplyDelete
  2. Assalam eyda,
    wooowwww
    santek beskat :)

    ReplyDelete
  3. Canteknya basikal baru kimie.. Mesti seronok berbasikal..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti