HeaT StRoKe : KeMaTiaN KaNaK-KaNaK YanG DiTiNgGaLKaN Di DaLaM KeReTa

7/22/2013 10:45:00 AM

Assalamualaikum semua.. Pernahkah di antara kita meninggalkan anak di dalam kereta??? Pastinya ada jawapan pernah.. Saya pun pernah meninggalkan anak di dalam kereta kerana mereka sendiri tidak mahu ikut.. Selalunya saya tinggalkan dalam keadaan enjin yang terpasang dan ekon yang masih berfungsi.. Tempoh saya meninggalkan anak2 di dalam kereta lebih kurang sekitar 5 minit.. Selalunya ke kedai topup atau ke mesin ATM..
 
Apapun hari ini saya ingin kongsikan info berkaitan punca kematian kanak-kanak di dalam kereta yang mungkin akan menyebabkan kita akan lebih berhati-hati sebelum meninggalkan kereta di mana2 sekalipun..
 
Tersentuh hati saya bila membaca berita mengenai kanak-kanak yang meninggal di dalam kereta.. Kebetulan pula, pagi ini saya terlihat video ini di dalam Facebook sahabat saya.. Ini mungkin antara sebahagian kisah yang mungkin terjadi.. Kita boleh melihat macam mana seksanya kanak-kanak yang dibiarkan di dalam kereta dalam keadaan panas sebegitu..
 
Selain itu, saya juga ingin kongsikan info berkaitan yang dibaca di dalam entry seorang doktor.. Meh kita baca, semoga kita dapat mengelakkan perkara seumpama ini dari terjadi di kalangan masyarakat kita..


 
 

Kajian menunjukkan bahawa suhu dalam kereta akan meningkat secara mendadak apabila kereta dibiarkan di bawah panas matahari. Ia boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah dalam masa 20 minit sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau kepada bayi atau kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta. Suhu dalaman (core temperature) badan akan meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celsius.

Berikut kenaikan suhu dalam kereta yang berlaku:
•    10 minutes ~ 19 deg F (Farenheit)
•    20 minutes ~ 29 deg F
•    30 minutes ~ 34 deg F
•    60 minutes ~ 43 deg F
•    1 to 2 hours ~ 45-50 deg F
Sumber: http://www.ggweather.com/heat/

Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku (proses ‘normal regulation’ bagi menyejukkan badan kita) yang seterusnya menyebabkan kekurangan air dalam badan (dehydration), sawan, kekeliruan (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan dan seterusnya kematian. Ia dikenali sebagai ‘HEAT STROKE’.

Kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) kerana kekurangan udara (oksigen) akibat tingkap ditutup rapat. Membuka tingkap sekadar beberapa inci atau membiarkan penghawa dingin (aircond) dalam keadaan hidup juga tidak dapat memastikan keadaan ini tidak berlaku.

Heat Stroke berlaku di seluruh dunia. Data dari Amerika Syarikat menunjukkan 33 kes kematian pada tahun 2012 dan 22 kes pada tahun 2013 (setakat ini). Sejak tahun 1998 terdapat 583 kematian akibat Heat Stroke bagi kanak-kanak atau bayi yang ditinggalkan di dalam kereta.

Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi memastikan kita tidak lupa kepada anak atau bayi kita yang sedang tidur di kerusi belakang ialah:

1    Meletakkan beg kerja atau fail penting kita di tempat duduk belakang. Kita pasti akan mengambil barang-barang ini apabila keluar dari kereta.

2    Meletakkan tanda ‘Baby On Board’ atau apa-apa barangan bayi di stering, dashboard atau cermin depan kereta

3    Menjadikan memeriksa kereta sebagai rutin check-list sebagaimana seperti kita hendak meninggalkan rumah. Ketika hendak meninggalkan rumah kita akan memastikan pintu semuanya berkunci, suis elektrik dan paip air ditutup dan sebagainya.

4    Bagi kenderaan awam (seperti van sekolah), perlu melakukan ‘head-count’ atau perlu ada senarai nama kanak-kanak yang menaiki van tersebut.

5    Pastikan kunci kereta sentiasa ditempat selamat dan anak-anak tidak dapat mengambilnya. Ada kes dimana kanak-kanak ini masuk ke dalam kereta tanpa disedari.

6    Hubungi pihak berkuasa sekiranya anda terlihat kanak-kanak keseorangan di dalam kereta yang ditinggalkan.

7    NAMUN, YANG PALING UTAMA DAN TERBAIK IALAH, JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN ANAK-ANAK KITA KESEORANGAN DI DALAM KERETA
 
 
 


Klik video di atas..




Sumber dari blog http://drmahyuddin.blogspot.com/ dan video dari youtube..




You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti