Kelas Pengukuhan dan Pengayaan

12/12/2012 04:27:00 PM

Assalamualaikum semua.. hari ni masuk hari ke-3 Izzat pi Kelas Pengukuhan dan Pengayaan (tuisyen) yang cikgu wat untuk murid 6 tahun sebagai persediaan ke Tahun 1..

Alhamdulillah, hasil pengajaran cikgu Nurul Izzati anakku Izzat dah pandai membaca.. Walaupun masih pelan2, tapi dia boleh membaca.. Tapi cuma satu jer peel dia, malas nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi.. Jenuh jugak la aku marah untuk dia siapkan kerja rumah.. Memang angin jugak la, bila cakap tak jalan.. Hehehe..

Cepatnya masa berlalu, Izzat dah nak masuk Tahun 1.. Umur aku pun makin bertambah-tambah.. Tengok anak2 makin membesar, aku cukup terasa makin berumur aku nih..

Cuti sekolah makin ke penghujungnya, barang keperluan sekolah anak2 terutama Izzat masih lagi tak lengkap.. Nampak gayanya gaji minggu depan baru boleh membeli keperluan sekolah yang masih belum beli..

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti