Hari Yang Menyedihkan

12/18/2012 11:59:00 AM

Assalamualaikum semua.. Masih dalam mood kurang ceria.. Gara-gara kehilangan 6 ekor anak arnab kesayangan anak teruna aku si Kimie tu.. Sedih tak tau nak cakap la.. Yelah dah sebulan setengah aku bela, tup2 ada la tangan yang sedap2 mencurinya.. Curi plak time area tengah malam ke awal pagi.. Area 12.30mlm-3.00pagi.. Sapa yang tak geram tengok, comei, bulu plak panjang2.. Semalam hari yang paling sedih buatku dan family.. Anak arnab kesayangan dah ilang dicuri orang yang memecah masuk ke kawasan rumah kami.. Dulu pernah jugak arnab mati tup2 ditangkap kucing.. Tapi situasi masa tu tak sama macam sekarang sebabnya arnab yang mati ari tu baru beberapa hari jaga.. Kali ni paling sedih sebab aku jaga dari baru beranak tak ada bulu apa lagi sampai la bulu dia panjang elok.. Ni sebahagian antara gambar2 arnab yang telah dicuri termasuk sangkarnya sekali..








Cuma si ibunya "Chimie" ja tak dicuri bersama si bapaknya "Chipie".. Masih boleh menambah lagi koleksi.. tapi dah tak sama dengan yang dicuri.. Pagi tadi "Chimie" marah kat aku.. Dia gigit jari kakiku, nyaris luka.. Aku tau dia sedih, aku pun sedih jugak bila teringat pasal hal ni.. Sampai kan air mata aku mengalir bila mengenangkannya.. Ni pun air mata aku masih mengalir sambil taip blog nih.. Hanya Allah saja yang tahu akan nasib anak arnab kami tu.. Harap2 dia mendapat penjaga yang baik..


 "Chipie"

"Chimie"

Hanya ini saja yang tinggal.. Chimie, lepas ni beranak arnab yang comei lagi tau.. Aku janji aku tak kan biar orang curi anak kau lagi..


UPDATE TERKINI : Anak arnab yang hilang dah jumpa balik.. Thanks pada polis yang call aku selepas setengah jam aku publish blog ni tadi bagitau arnab aku yang hilang ada orang yang hantar tadi.. Nasib jugak aku ada wat report kelmarin.. Syukur Alhamdulillah di atas doa kawan2 dan doa2 yang aku search dalam internet..

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalam eyda,
    oohoiiii arnab pun nak curi kaaaaaaaaaaaa??
    manusia kan3

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti