sekolah

Persiapan Persekolahan Izzat..

12/26/2012 04:00:00 PM

Assalamualaikum semua.. Sekejap kan masa berlalu.. Izzat ari ahad ni dah kena pergi ke sekolah kerana ada Hari Suaikenal.. Semalam aku membeli segala keperluan yang masih belum beli.. Alhamdulillah semuanya dah settle.. Tinggal buku tulis yang perlu beli di koperasi sekolah pada hari Sabtu @ Ahad nih.. Aku harap segalanya berjalan dengan lancar.. Yelah dalam aku nak bercuti, tup-tup dah nak bukak sekolah balik.. Cuti ke mana apa ke mana.. Keja kat opis pun mai ujung-ujung tahun ni lah nak bertimbun-timbun.. Alhamdulillah masih tinggal satu dua keja ja lagi nak settle.. Harap minggu depan boleh cuti skit sempena anak masuk sekolah.. Boleh ke gitu??? Rasanya macam lagi banyak tugas yang perlu buat untuk pastikan anak-anak ok dengan persekitaran pembelajaran yang baru..


Baju sekolah, kasut sekolah, stokin, tali pinggang ngan kapur kasut..




Free gift sebab beli barang sekolah melebihi rm120..


doa

Doa Mendapatkan Kembali Barang yang Dicuri

12/26/2012 10:42:00 AM

Assalamualaikum semua.. Minggu lepas aku ada antaq entry pasal kehilangan arnab kan.. Hari ni aku nak berkongsi antara doa-doa yang diamalkan bagi mendapatan kembali arnab yang hilang.. dan mungkin juga di atas doa kak asti yang kini masih berada di Pulau Besar, Melaka.. Dibawah ni diletakkan doa yang dibaca yang dikredit dari http://lifegotstory.blogspot.com/2009/08/doa-untuk-kembalikan-barang-yang-dicuri.html


1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. Selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.


yakinlah pada Allah. tu yang paling penting.

Aku hanya baca doa al-hasry dari ayat 18-24 sambil niatkan nak dapat balik arnab yang hilang tu.. Untuk selawat tafrijiyyah plak aku hanya baca sebanyak 4 kali sahaja..

Selain itu, aku juga membaca doa dibawah ni  yang dikredit dari http://sihatbebas-azmi.blogspot.com/2012/02/untuk-mendapatkan-kembali-barang-yang.html


Untuk mendapatkan kembali barang yang telah dicuri oleh pencuri, 

hendaklah membuat amalan seperti berikut:




1. Anda mesti mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda 
membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.


3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, anda
 hendaklah pula membaca Qulhu Allahu Ahad sebanyak 7 kali.





4. Baca selawat Nabi 7 kali seperti dibawah ini.





5. Bacakan: Ya Allah sebanyak 3 kali.

6. Bacakan ayat dibawah ini sebanyak 119 kali.







7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa: 
"Ya Tuhanku, aku minta supaya dikembalikan barang 
(Nama tuan punya barang) yang telah dicuri secepat mungkin".
Setelah anda lakukan mengikut cara-cara yang diterangkan diatas,
 InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.

 

Sekiranya ada barang-barang yang dicuri, insyaAllah boleh diamalkan doa-doa yang search dalam mr.google ni..




arnab

Hari Yang Menyedihkan

12/18/2012 11:59:00 AM

Assalamualaikum semua.. Masih dalam mood kurang ceria.. Gara-gara kehilangan 6 ekor anak arnab kesayangan anak teruna aku si Kimie tu.. Sedih tak tau nak cakap la.. Yelah dah sebulan setengah aku bela, tup2 ada la tangan yang sedap2 mencurinya.. Curi plak time area tengah malam ke awal pagi.. Area 12.30mlm-3.00pagi.. Sapa yang tak geram tengok, comei, bulu plak panjang2.. Semalam hari yang paling sedih buatku dan family.. Anak arnab kesayangan dah ilang dicuri orang yang memecah masuk ke kawasan rumah kami.. Dulu pernah jugak arnab mati tup2 ditangkap kucing.. Tapi situasi masa tu tak sama macam sekarang sebabnya arnab yang mati ari tu baru beberapa hari jaga.. Kali ni paling sedih sebab aku jaga dari baru beranak tak ada bulu apa lagi sampai la bulu dia panjang elok.. Ni sebahagian antara gambar2 arnab yang telah dicuri termasuk sangkarnya sekali..








Cuma si ibunya "Chimie" ja tak dicuri bersama si bapaknya "Chipie".. Masih boleh menambah lagi koleksi.. tapi dah tak sama dengan yang dicuri.. Pagi tadi "Chimie" marah kat aku.. Dia gigit jari kakiku, nyaris luka.. Aku tau dia sedih, aku pun sedih jugak bila teringat pasal hal ni.. Sampai kan air mata aku mengalir bila mengenangkannya.. Ni pun air mata aku masih mengalir sambil taip blog nih.. Hanya Allah saja yang tahu akan nasib anak arnab kami tu.. Harap2 dia mendapat penjaga yang baik..


 "Chipie"

"Chimie"

Hanya ini saja yang tinggal.. Chimie, lepas ni beranak arnab yang comei lagi tau.. Aku janji aku tak kan biar orang curi anak kau lagi..


UPDATE TERKINI : Anak arnab yang hilang dah jumpa balik.. Thanks pada polis yang call aku selepas setengah jam aku publish blog ni tadi bagitau arnab aku yang hilang ada orang yang hantar tadi.. Nasib jugak aku ada wat report kelmarin.. Syukur Alhamdulillah di atas doa kawan2 dan doa2 yang aku search dalam internet..

happy birthday

Kelas Pengukuhan dan Pengayaan Hari Terakhir

12/13/2012 10:00:00 AM

Assalamualaikum semua.. Citer pasal Kelas Pengukuhan dan Pengayaan (tuisyen) Izzat lagi.. hari ni merupakan hari terakhir cikgu adakan kelas tuisyen nih.. Sepatutnya esok last, tapi hari ni cikgu gabungkan 2 subjek skali untuk hari ni..

Semalam aku suruh Izzat siapkan kerja rumah yang cikgu bagi.. Tup2 pagi tadi dia terlupa bawak beg sekolah dia skali laa dengan kerja rumah tak bawak.. Disebabkan aku dah terlambat nak masuk opis, terpaksa la biarkan jer dia tak bawak beg.. Nak buat macam mana lagi, dah aku pun keja.. Kalau tak kerja, boleh lagi balik umah ambik beg sekolah dia.. Macam2 hal bila dah lambat nih..

Citer pasal tuisyen semalam.. Izzat balik umah mintak aku belikan hadiah untuk cikgu kesayangan dia.. Sebabnya semalam merupakan birthday cikgu.. "Happy Birthday" cikgu.. Rasanya nak belikan juga, yelah dah 2 tahun cikgu mengajar anakku di tadika dari tak reti apa2 smpai dah pandai membaca.. Kiranya banyak sumbangan cikgu untuk Izzat..

Tapi hadiah apa yang sesuai untuk diberikan untuk cikgu ye??? Masih terpikir2 lagi nak beli hadiah apa buat cikgu kesayangangan Izzat nih.. Ada cadangan yang terbaik tak???

izzat

Kelas Pengukuhan dan Pengayaan

12/12/2012 04:27:00 PM

Assalamualaikum semua.. hari ni masuk hari ke-3 Izzat pi Kelas Pengukuhan dan Pengayaan (tuisyen) yang cikgu wat untuk murid 6 tahun sebagai persediaan ke Tahun 1..

Alhamdulillah, hasil pengajaran cikgu Nurul Izzati anakku Izzat dah pandai membaca.. Walaupun masih pelan2, tapi dia boleh membaca.. Tapi cuma satu jer peel dia, malas nak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi.. Jenuh jugak la aku marah untuk dia siapkan kerja rumah.. Memang angin jugak la, bila cakap tak jalan.. Hehehe..

Cepatnya masa berlalu, Izzat dah nak masuk Tahun 1.. Umur aku pun makin bertambah-tambah.. Tengok anak2 makin membesar, aku cukup terasa makin berumur aku nih..

Cuti sekolah makin ke penghujungnya, barang keperluan sekolah anak2 terutama Izzat masih lagi tak lengkap.. Nampak gayanya gaji minggu depan baru boleh membeli keperluan sekolah yang masih belum beli..

family day

Hari Keluarga @ Bukit Merah Laketown Resort

12/10/2012 05:03:00 PM

Assalamualaikum semua.. Lama betoi tak mengupdate blog ni.. Busy sangat, apa kan daya kerja terlalu banyak perlu disiapkan.. Mai ujung2 tahun sibuk nak isi SKT plak.. Keja gomen besa laa, waktu macam ni la nak kalut antaq SKT nih..

Hai nak citer pasal SKT ka family day nih.. Lama betoi aku tak join family day opis aku.. Tahun ni aku berkesempatan join family day di Bukit Merah Laketown.. Orang yang paling seronok, sapa lagi si Izzat ngan Kimie ler.. Family day ni diadakan pada 24 November yang lepas di Bukit Merah Laketown.. Lama betoikan, dah hampir 3 minggu baru nak update.. Hehehe.. Jom ushar gambar sekitar family day kami..



perasmian hari keluarga @ Bukit Merah Laketown



senamrobik.. panas2 ni aku tak join lerr.. dalam tak join pun dah berpeluh2 cari orang yang nak main sukaneka..



tengoklah Izzat yg di sebelah kanan, laju ja lari nak kutip gula2.. baru kuar dari kolam mandi nak kutip coklat..



Izzat tengah kutip coklat


kimie plak masih ushar2, mana taknya baru kuar dari kolam mandi..


Kimie baru nak mengutip...


Kimie masuk sukaneka tuip belon..belon sama padan ngan colour baju dia..oren..hehehe..


Tengok la tiup belon sambil nak cubit.. Akhirnya Kimie dapat jugak No.1.. Hasil pengajaran aku masa dia ada sukaneka Tabika dia sebelum family day ni.. Sukaneka Tabika Kemas yang dia sertai baru ni dapat no.2.. Sebabnya tiup belon sampai besaq pun tak mau pecah.. Hehehe..

^

^

^

^

^


Hahaha.. lastly aku sempat berposing lagi.. dah orang nak snap gambar, tunggu apa lagi, posing jelah..



Izzat Berpuasa?

7/24/2012 04:27:00 PM

Assalamualaikum semua.. macam tak percaya plak aku, izzat berpuasa ari ke-3 Ramadhan.. itupun setelah memujuk dia macam2.. yelah, nama pun budak.. umuq plak baru 6 tahun, badan plak memang comei sgt laa and sentiasa suka makan.. kelmarin lepas aku beli lauk kat pasar Ramadhan, macam biasa la pi ambik anak2 dari umah ngasuh..

Sesampainya kat umah area kul 6petang, masing2 trun keta nak p main..aku apa lagi pesan jugak kat izzat jangan lari ngan main yang penat.. dia kat "Ok saya jalan ja, tak lari".. tup2 dalam kul 6.50 petang, dia balik lorat dahaga.. apa lagi pujuk dia la macam2, rugi la bukak posa sekarang.. sekejap ja lagi nak bukak posa dah..

Apa lagi aku suruh dia pi mandi dulu sebelum berbuka, nasib baik makan pujuk.. lepas mandi lorat nak mandi lagi, cakap kat dia tak boleh mandi dah.. klu nak mandi, lepas berbuka boleh laa.. abis tu suruh dia tengok CD citer katon, nasib baik la makan pujuk lagi..

Last nk dekat berbuka asyik dok tanya berapa minit lagi sampai la waktu berbuka.. Alhamdulillah, dapat jugak dia berpuasa kelmarin.. harap2 hari ni dia boleh berpuasa lagi..

al-fatihah

Takziah Kepada Mohamad Faizi

1/16/2012 02:51:00 PM

Assalamualaikum semua..agak lama tak berceloteh di sini, bukan apa baru lepas sembuh dari demam campak dan banyak keja di pejabat yang perlu disiapkan..


Takziah diatas kembalinya kerahmatullah Mohamad Faizi pada 14 Januari 2012 jam 1 pagi, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..

Memang terkejut bila mendapat mesej dari member dari pejabat yang sama dengan Faizi.. Rasa macam baru lagi jumpa dia.. Boleh kenai dengan dia pun sebab kami masuk keja sama.. Jadi sedikit sebanyak memang kenai laa.. Last jumpa dia kat lif pun penghujung tahun 2011.. Tu la kali terakhir jumpa.. Ishh macam tak percaya bila dapat mesej yang dia dah meninggal.. Khabarnya dia meninggal kerana sakit buah pinggang.. Umurnya dalam 30++, masih muda lagi.. Tapi itulah, bila dah sampai masanya tak kira muda atau tua kita akan menemui Allah pencipta segala makhluk di dunia ini.. Cuma masanya kita tak tau..

Blog yang Diikuti